Kenyataan Undang-undang

Mustahak! Sila baca kenyataan undang-undang ini dengan teliti sebelum menggunakan laman web.

Lawan web ini, www.huggies.com.my dimiliki, disenggara dan dikendalikan oleh KIMBERLY-CLARK CORPORATION atau badan bersekutunya (“Kimberly-Clark”) dan telah dirangka untuk makluman, pengetahuan, hiburan dan komunikasi anda. Akses dan penggunaan laman web ini adalah bersyarat atas persetujuan dan kepatuhan anda dengan terma dan syarat yang terkandung di dalam dokumen ini (“Terma dan Syarat”). Dengan mengakses dan melayari laman web ini anda bersetuju, tanpa kelayakan atau batasan, dengan Terma dan Syarat ini.

Harta intelektual

Setiap hak cipta dalam segala bentuk maklumat, teks, bahan-bahan, grafik dan perisian (“Kandungan”) dalam laman web ini adalah hak milik Kimberly-Clark. Kandungan ini dilindungi oleh undang-undang hak cipta Malaysia dan Antarabangsa.

Semua nama, logo dan tanda dagangan merupakan harta Kimberly-Clark atau badan bersekutunya. Segala butiran yang terkandung di dalam laman web ini tidak bererti ianya bebas digunakan oleh mana-mana pihak bagi tujuan lain, tanpa sebarang kebenaran atau keizinan yang diberikan oleh Kimberly-Clark.

Batasan penggunaan

Laman web ini hanya untuk kegunaan peribadi dan bukan tujuan komersial (kecuali seperti yang dibenarkan di seksyen ‘Mempromosikan perniagaan anda’). Anda boleh (1) cetak helaian Kandungan untuk kegunaan peribadi sahaja; (2) simpan fail-fail di dalam komputer untuk kegunaan peribadi sahaja; (3) merujuk dokumen hiperteks di dalam rangkaian dari dokumen peribadi; dan (4) jika anda Pembekal Perkhidmatan Internet, menyalurkan Kandungan kepada pelanggan anda.

Anda tidak boleh: (1) menyalin, mengubahsuai, menerbit semula, menyiar atau mengedarkan Kandungan dalam sebarang bentuk melainkan anda menerima kebenaran bertulis dari pihak Kimberly-Clark; atau (2) menggunakan laman web dalam apa cara sekali pun yang melanggar undang-undang atau sebarang perilaku yang mencabuli hak-hak Kimberly-Clark atau yang dilarang oleh Terma dan Syarat.

Idea yang Tidak Dialu-alukan

Kimberly-Clark sentiasa terbuka untuk menerima maklum balas dan menjawab soalan anda tentang produk atau syarikat kami. Walau bagaimanapun kami tidak mencari atau kami tidak boleh menerima idea, cadangan atau bahan-bahan berkenaan dengan perkembangan, reka bentuk, pembikinan atau pemasaran produk-produk kami. Dengan berpegang kepada polisi ini, kami berharap untuk menghindari sebarang salah faham daripada orang awam yang menghantar maklum balas atau idea yang berkenaan dengan produk-produk atau konsep yang diterajui oleh pekerja-pekerja Kimberly-Clark.

Sekiranya anda menjadi pekerja Kimberly-Clark, tiada isi kandungan yang disediakan di laman ini merupakan atau perlu dipertimbangkan sebagai sebahagian atau keseluruhan kontrak pekerjaan. Tambahan pula, perwakilan yang dibuat tidak menentukan sebarang jaminan atau tanggungjawab bagi pihak Kimberly-Clark.

Rangkaian Bayi dan Forum Huggies®

Anda mesti mengakses dan gunakan Huggies® Baby Connections, Huggies® Forum dan blog di laman ini (secara kolektifnya, “Forum”) hanya mengikut arahan untuk prnggunaan yang diberikan atau disediakan oleh Kimberly-Clark dari semasa ke semasa.

Forum ini direka untuk ahli-ahli Huggies® (“Ahli”) bagi menyatakan pendapat dan pandangan mereka berkaitan kehamilan, kelahiran dan keibubapaan. Segala pendapat dan pandangan yang dikemukakan dalam Forum adalah pendapat dan pandangan ahli-ahli yang terlibat dan bukannya Kimberly-Clark. Kimberly-Clark tidak menyokong sebarang pendapat atau pandangan atau menjamin ketepatan sebarang maklumat atau fakta yang dipaparkan di dalam Forum.

Tanpa mengehadkan perkara di atas, pendapat dan pandangan yang dikemukakan bukanlah dari kalangan pakar perubatan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan atau memerlukan sebarang khidmat nasihat pakar berkenaan kandungan yang terdapat di dalam Forum, anda hendaklah berunding dengan doktor atau pakar penjagaan kesihatan. Ini termasuk juga maklumat yang diberikan di "Huggies® Help Panel".

Mesej yang dihantar melalui bahagian Pesanan Persendirian adalah ditujukan untuk penerima sahaja. Ia tidak boleh disalin dan disiarkan bagi tatapan umum di Forum. Tetapi ianya boleh dihantar kepada Kimberly-Clark atau moderator Forum untuk dikaji semula.

Kimberly-Clark berhak untuk mengalih atau mengunci jaluran dan secara amnya mengendali struktur maklumat di dalam Forum sekiranya ia bersesuaian.

Forum “Mempromosi Perniagaan Anda” merupakan satu-satunya tempat di mana Ahli-ahli boleh memberikan butiran perniagaan mereka. Setiap pos di seksyen ini akan dipantau dan diluluskan di atas budi bicara Kimberly-Clark.

Ahli-ahli tidak dibenarkan untuk meminta maklumat daripada Ahli-ahli lain dengan niat untuk menggunakannya bagi tujuan penyelidikan, pengajian akademik atau penerbitan tanpa meminta kebenaran pihak pentadbir laman web.

Ahli-ahli tidak dibenarkan untuk memuat naik sebarang maklumat di Forum menggunakan lebih dari satu nama pengguna untuk log masuk ke dalam Forum.

Fungsi untuk Membuat Aduan, fungsi Hubungi Moderator dan Servis Khidmat Pelanggan merupakan cara pendekatan yang disediakan untuk membuat aduan atau menbincangkan perilaku Ahli-ahli yang kurang disenangi. Sebarang perbincangan seperti subjek yang dinyatakan di dalam Forum awam akan dipadam.

Kandungan dijana pengguna

Berkenaan dengan data, teks, emel, fail, nama, persamaan, logo, karya seni, grafik, imej, video, audio, HTML atau kod reka bentuk lawan web lain, peta imej, aplikasi perisian dan kandungan lain atau bahan yang dimuat naik, dihantar atau dikomunikasi oleh anda atau bagi pihak anda kepada Laman atau Forum (“Kandungan Dijana Pengguna”), anda mengakui dan bersetuju yang anda bertanggungjawab terhadap:

  1. kesesuaian, pemasangan, konfigurasi, memuat naik, penggunaan, operasi, komunikasi, ketepatan dan keundangan Kandungan Dijana Pengguna, dan Kimberly-Clark tidak pantau, pasang, konfigurasikan, muat turun, ulang kaji, memberi kebenaran, sunting atau ubah Kandungan Dijana Pengguna; dan
  2. gantian Kandungan Dijana Pengguna dan sebarang tarikh atau fail, melainkan ianya dipersetujui oleh Kimberly-Clark

Anda mengizinkan dan membenarkan Kimberly-Clark untuk menyalin, menghasilkan semula, berkomunikasi, mengedar, membuat dan mempamerkan Kandungan Dijana Pengguna bagi tujuan memberikan Forum, Laman dan servis berkaitan kepada anda.

Anda harus memastikan anda mengikut Kandungan Dijana Pengguna dan penggunaan Kandungan Dijana Pengguna oleh anda dalam Forum:

  1. mematuhi undang-undang yang berkenaan;
  2. tidak menjelikkan, tidak biadab, tidak sesuai untuk kanak-kanak bawah umur, tiada unsur-unsur keganasan melampau, palsu, mengelirukan, memesongkan, penipuan atau fitnah;
  3. tidak melanggar sebarang hak harta intelektual atau hak-hak entiti atau orang lain;
  4. tidak melibatkan pornografi, kelucahan, kandungan seksual bagi orang dewasa atau apa-apa barangan berkaitan seks;
  5. tidak merosakkan pangkalan Kimbery-Clark atau pangkalan lain di dalam internet;
  6. tidak mengandungi sebarang bahan-bahan promosi atau pengiklanan bagi tujuan komersial atau keuntungan kewangan peribadi (kecuali seperti yang dibenarkan di forum ‘Promosikan Perniagaan Anda’ ; dan
  7. tidak mengiklankan barangan terpakai atau mencari barangan terpakai daripada Ahli-ahli lain; dan
  8. tidak melibatkan bahan atau sumber berkaitan dengan menggodam, virus, anarki, atau mempromosi atau terlibat dengan aktiviti berniat ingin merosakkan laman Internet atau pembekal.

Kimberly-Clark tanpa sebarang notis awal boleh memadam, memperbetul, mengubah atau menolak akses ke sebarang laman Kandungan Dijana Pengguna di atas budi bicaranya:

  1. Anda dikehendaki untuk mematuhi undang-undang yang berkaitan atau penghakiman oleh Mahkamah atau fakta atau undang-undang tribunal atau mana-mana perbadanan yang layak (termasuk sebarang “notis pembatalan segera”); atau
  2. pada pendapat Kimberly-Clark jika sebarang Kandungan Dijana Pengguna adalah berbaur lucah, menyinggung perasaan, biadab, berunsur keganasan melampau, haram di sisi undang-undang, mengelirukan dan fitnah, atau sebaliknya tidak diterima, diingini atau boleh dibangkang (termasuk jika mengandungi maklumat tentang jenama atau sistem produk alternatif yang menjadi saingan Kimberly-Clark atau produk keluaran Kimberly-Clark.

Penafian perubatan

Maklumat di dalam laman ini tidak bermakna ia mengambil alih kepakaran pakar perubatan yang berkelayakan. Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan atau memerlukan nasihat pakar berkenaan sebarang maklumat yang terdapat di dalam laman, anda perlu berunding dengan doktor atau pakar penjagaan kesihatan. Sila rujuk pihak yang berkelayakan dan berkenaan setiap kali ingin mencari sumber daripada pakar kecergasan dan kesihatan.

Bidang kuasa

Produk yang dirujuk di laman ini disediakan di Malaysia (seperti ditunjuk) dan mungkin tidak terdapat di negara anda. Laman ini dikawal dan dikendali Kimberly-Clark dari Amerika Syarikat, Malaysia, atau Thailand dan Kimberly-Clark tidak membuat sebarang perwakilan yang maklumat dan bahan-bahan di Laman ini, termasuk tanpa had yang maklumat dan bahan-bahan lain mepromosikan produk yang dikenal pasti di sini, adalah sesuai atau boleh digunakan di luar Malaysia. Beberapa perisian dari Laman ini mungkin tertakluk kepada kawalan eksport yang dikenakan oleh Kerajaan Amerika Syarikat atau Malaysia dan mungkin tidak akan boleh dimuat turun atau sebaliknya dieksport atau dieksport semula ke (atau kepada warganegara atau pemastautin) mana-mana negara dimana Malaysia atau Amerika Syarikat telah meletakkan sekatan. Jika anda muat turun atau guna perisian tersebut, anda mewakili dan menjamin yang anda tidak berada di, atau di bawah kawalan, atau warganegara mana-mana negara yang tersenarai.

Penafian jaminan

Kimberly-clark tidak membuat sebarang perwakilan atau menjamin berkenaan ketepatan, kebolehpercayaan atau kesempurnaan kandungan. Semua terma, syarat dan jaminan yang diberitatu secara nyata atau tersirat oleh kastam, undang-undang atau statut yang berkaitan dengan akses kepada, atau tidak boleh akses kepada, laman ini atau penggunaan anda, atau kebergantungan kepada, laman ini atau kandungan ini dikecualikan. Kimberly-clark tidak menjamin secara nyata atau tersirat yang akses anda ke laman (atau sebarang laman yang dipautkan dengan laman ini) akan tidak terganggu atau tiada sebarang masalah. Imberly-clark tidak menjamin secara nyata atau tersirat yang sebarang kerosakan akan diperbetulkan atau laman (atau sebarang laman yang dipautkan dengan laman ini) atau rangkaian yang menyimpan dan menyalurkan kandungan kepada anda, bebas dari sebarang virus atau komponen yang membahayakan.

Had liabiliti

Kimberly-Clark tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan tidak langsung, kebetulan, khas dan/atau berturutan termasuk tetapi tidak terhad kepada peningkatan kerugian keuntungan melalui akses anda untuk, atau tidak boleh mengakses, Laman ini atau penggunaan anda, atau kebergantungan kepada, Laman atau Kandungan ini. Disamping itu, Kimberly-Clark tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini Laman ini atau Kandungan dan Kimberly-Clark tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kegagalan untuk mengemas kini sebarang maklumat.

Pautan

Kimberly-Clark menafikan semua jaminan dengan mengambil kira kandungan atau sebaliknya berkaitan laman web lain atau sumber-sumber yang dikaitkan dengan Laman ini. Sebarang pautan kepada pihak ketiga disediakan bagi kemudahan sahaja. Kimberly-Clark tidak bertanggungjawab terhadap dan tidak mewakili sebarang syarat dan kandungan, atau produk yang ditawarkan di laman pihak ketiga. Satu pautan tidak menunjukkan, secara nyata atau tersirat, yang Kimberly-Clark menyokong laman itu atau produk mahupun perkhidmatan yang ditawarkan. Akses anda kepada sebarang pautan laman web dan penggunaan sebarang produk dan perkhidmatan ditawarkan adalah di atas tanggungan anda sendiri.

Undang-undang pentadbiran

Sebarang pertikaian berkenaan Kandungan atau sebaliknya yang berkaitan dengan Laman ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia.

Privasi

Sebarang data peribadi yang anda hantarkan ke Laman menggunakan emel atau sebaliknya, akan digunakan oleh Kimberly-Clark mengikut Polisi Privasi yang tertera di Laman ini.

Perubahan di masa depan

Kimberly-Clark pada bila-bila masa boleh mengubah Kenyataan Undang-undang, mengikut budi bicaranya, termasuk sebarang atau semua Terma dan Syarat. Dengan terus menggunakan Laman ini selepas sebarang perubahan telah dilakukan, anda terikat dengan perubahan tersebut.

Lain-lain

Kimberly-Clark, dengan budi bicaranya, berhak untuk memantau dan memadam pos dan menghentikan ketersediaan laman ini pada bila-bila masa tanpa notis. Jika sebarang terma, syarat atau peruntukan pada Kenyataan Undang-undang ini disifatkan sebagai menyalahi undang-undang, tidak sah, atau atas apa-apa sebab ianya tidak boleh dikuatkuasakan, kesahan dan penguatkuasaan terma, syarat dan peruntukan lain-lain tidak akan terjejas olehnya. Kenyataan Undang-undang ini merupakan keseluruhan perjanjian di antara anda dan Kimberly-Clark berkaitan dengan perkata ini.

Dengan menggunakan laman ini, anda mengakui anda bersetuju dengan terma dan syarat di atas. Jika anda tidak bersetuju dengan terma dan syarat ini, diminta untuk tidak menggunakan laman ini.