Semua kategori
Penjagaan kulit bayi
Penyusuan Susu Ibu
Berpantang
Panduan penggunaan lampin
Ambil tahu - bayi baru lahir
Penjagaan selepas kehamilan
Waktu tidur
Vaksinasi

Fakta tentang najis bayi anda

Scoop-on-newborn-poop

Semua yang anda perlu tahu tentang apa yang ada di dalam lampin bayi anda

Ia agak melucukan bagaimana ramai ibu bapa obses dengan segala benda yang bayi mereka lakukan, termasuk juga apa yang mereka hasilkan di dalam lampin mereka. Tetapi sejujurnya, najis bayi anda dapat memberitahu banyak perkara tentang kesihatan mereka, jadi ia sangat berguna jika anda lebih memberikan perhatian kepada lampin kotor mereka. Tetapi bagaimana anda hendak tahu apa yang normal dan apa yang tidak?

Mengenali najis bayi baru lahir anda

Berita baiknya, bayi anda tidak membuang air besar ketika di dalam rahim. Tetapi berita buruknya adalah najis bayi anda untuk beberapa hari pertama merupakan sejenis bahan yang melekit, kehijauan-hitam yang bernama mekonium. Ia diperbuat daripada cecair amnion, lendir, sel kulit dan benda-benda lain yang bayi anda telah hadam ketika di dalam rahim. Sangat menakjubkan, bukan?

Selepas beberapa hari pertama, jika anda memberi susu badan, najis bayi anda akan berubah menjadi berair, berwarna kuning biji sawi, jika anda memberi susu formula, najisnya berwarna coklat atau hijau

Susu ibu cepat dicerna, jadi jangan terkejut jika bayi anda membuang air besar selepas setiap penyusuan. Semua bayi kurang membuang air besar apabila mereka semakin membesar tetapi kekerapannya tidaklah sepenting konsistensi. Najis kerap yang lebih berair daripada selalu atau hijau bermakna bayi anda mungkin mengalami cirit-birit, manakala najis yang keras dan berketul-ketul, terutama sekali dipalit dengan warna merah atau hitam, bermakna bayi anda mungkin sembelit.

Kesan makanan pejal ke atas najis

Ketika bayi anda sudah mula makan bijirin dan makanan berpuri, anda akan mula melihat kaitan antara apa yang mereka makan dan warna najis mereka. Apabila mereka mula makan makanan pejal, bayi yang diberi susu badan selalunya mempunyai najis yang lebih tebal tetapi bayi yang diberi susu formula najisnya selalunya lembut. Membuang air besar juga menjadi kurang kerap. Anda mungkin akan menemui sisa-sisa yang telah dicernakan di dalam lampin bayi anda tetapi ia akan hilang tidak lama lagi apabila mereka mengunyah makanan dengan lebih baik dan sistem pencernaan mereka membuat penyesuaian.

Najis luar biasa diterangkan

Jika najis bayi anda hijau dan berbuih, mereka mungkin telah mendapat lebih banyak susu awal dan tidak cukup susu akhir. Susu awal adalah susu yang berkalori rendah yang datang di awal penyusuan dan susu akhir adalah susu yang tinggi dengan lemak yang bagus, yang selalunya datang kemudian. Ia mungkin disebabkan anda tidak menyusukan bayi anda dengan cukup pada setiap payudara anda.

Bayi anda selalunya kenyang dengan susu awal pada payudara pertama dan sebelum mereka boleh mendapat susu akhir, anda menukar ke payudara sebelah untuk lebih susu awal. Ini selalu terjadi apabila anda cuba untuk menyusu pada tempoh masa tertentu daripada membenarkan bayi anda menentukan rentak mereka sendiri.

Untuk memastikan bayi anda mendapat jumlah susu awal dan susu akhir yang mencukupi, biarkan bayi anda habis menyusu daripada satu payudara sebelum menawarkan payudara sebelah. Atau mulakan penyusuan yang seterusnya pada payudara yang terakhir anda menyusu sebelum ini.

Jika anda memberikan bayi anda tambahan zat besi atau formula yang diperkayakan dengan zat besi, najis mereka mungkin akan bertukar menjadi hijau gelap atau hampir hitam.

Najis bermasalah yang anda perlu berbincang dengan doktor anda

  • Jika bayi anda yang diberikan susu badan membuang najis dengan kerap dan berat badannya tidak bertambah, mereka mungkin tidak mendapat penyusuan yang mencukupi.
  • Bayi anda mungkin mengalami cirit-birit jika najis mereka lebih berair daripada biasa dan kelihatan lebih berair daripada pejal.
  • Jika najis bayi anda keras, kelihatan seperti batu-batu kecil dan dipalit dengan darah, dan mereka kelihatan tidak selesa semasa membuang air besar, kebarangkalian bayi anda sembelit.
  • Najis yang melekit dan berwarna hijau bermakna terdapat mukus pada najis bayi anda. Ini boleh menjadi tanda jangkitan atau alergi. Jadi jika ia muncul untuk dua hari atau lebih atau didatangi dengan simptom lain, lebih baik anda bertemu dengan doktor.
  • Darah merah yang terang selalunya boleh bermakna pelbagai perkara, tetapi kebanyakannya bukanlah perkara yang baik. Najis biasa dengan sedikit palitan darah boleh bermakna alergi darah protein. Darah pada najis sembelit mungkin bermakna terdapat kekoyakan pada anus atau buasir kecil. Cirit-birit bercampur dengan darah mungkin bermakna jangkitan bakteria.
  • Kadang-kala darah pada najis boleh kelihatan hitam, yang bermakna ia telah dicernakan. Jika najis bayi anda berwarna hitam dan mereka tidak mengambil sebarang tambahan zat besi atau formula yang diperkayakan dengan zat besi, periksa bersama doktor anda untuk memastikan tiada pendarahan yang berlaku di sepanjang laluan usus.

Awas!

Najis-najis ini selalunya luar biasa tetapi boleh menunjuk kepada keadaan yang serius dan perlu mendapat perhatian perubatan dengan segera

  • Najis yang melekit dan hitam yang kebanyakannya merupakan darah yang telah dicernakan
  • Najis yang keseluruhannya berdarah merah, yang mungkin bermakna masalah usus yang teruk.
  • Najis yang pucat, berkapur dan berwarna seperti tanah liat yang mungkin bermakna kegagalan hati atau pundi hempedu.

Adakah anda tahu bahawa rata-rata bayi akan memerlukan 1057 perubahan lampin dalam 6 bulan pertama? Dapatkan promosi eksklusif dan sampel lampin percuma dengan menyertai Huggies Club sekarang! 

Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah untuk tujuan perkongsian informasi sahaja dan bukan sebagai gantian kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan oleh pakar. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan untuk sebarang persoalan berkenaan keadaan perubatan. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan, tidak mengendahkan nasihat perubatan atau berhenti mengambil rawatan perubatan disebabkan oleh maklumat di dalam laman ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Kimberly-Clark tiada liabiliti atau bertanggungjawab untuk tuntutan, kesilapan atau pengabaian di dalam laman ini, dan boleh meminda material pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. 

ARTIKEL YANG BERMINAT

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

The-benefits-of-breastfeeding
Bayi Baru Lahir 01/07/2020

Manfaat Menyusu Badan

Seperti ibu-ibu lain, kami pasti anda juga sentiasa membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk bayi anda, walaupun anda terpaksa berhadapan dengan dugaan.

3-tummy-time-workouts-your-baby-will-love
BayiI Bergerak 22/06/2020

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

Meniarapkan bayi anda dapat membantu mereka membina kekuatan pada otot kepala, leher, bahu dan belakang. Bayi anda memerlukan otot-otot ini untuk berguling, bangun duduk, merangkak dan meneroka dunia, jadi ia penting untuk menjadikan senaman perut sebagai rutin bayi anda.

Huggies club

Huggies NB promo code

Huggies NB promo code

ARTIKEL DENGAN TOPIK