Semua kategori
Penjagaan kulit bayi
Penyusuan Susu Ibu
Berpantang
Panduan penggunaan lampin
Ambil tahu - bayi baru lahir
Penjagaan selepas kehamilan
Waktu tidur
Vaksinasi

Panduan Persediaan Menyambut Kelahiran

Preparation-Guide-for-your-Newborn

Bakal-bakal ibu semua, adakah anda sering mendengar cerita yang kurang menyenangkan tentang betapa sukarnya menjaga bayi? Hakikat sebenarnya tidaklah begitu sukar, lebih-lebih lagi jika anda telah membuat persediaan secukupnya. Untuk itu, di sini diperjelaskan apa yang perlu anda ketahui tentang persediaan menyambut kelahiran bayi anda.

Menjaga bayi yang baru lahir memang memenatkan, tetapi amat berbaloi! Setiap saat anda bersama si manja pasti menjadi detik-detik yang begitu bermakna.

Oleh itu, nikmatilah bulan-bulan terawal kehadiran mereka ke dunia kerana masa akan berlalu dengan pantas! Tanpa anda sedari, si manja akan membesar dan mula bertatih. Berikut adalah panduan persediaan yang boleh dilakukan bagi menyambut kelahiran bayi anda.

Ambil peluang untuk tidur!

Bermula dari trimester anda yang terakhir, cubalah untuk tidur malam lebih awal dan tidurlah sebentar jika ada masa terluang. Ini bagi memastikan supaya anda mempunyai tenaga yang mencukupi untuk bersalin – yang boleh berlaku pada bila-bila masa!

Anda juga perlu tidur apabila jika berpeluang sepanjang beberapa minggu terawal selepas bersalin. Serahkan kerja-kerja rumah kepada orang lain kerana kemampuan anda untuk mendelegasi adalah penting sepanjang tempoh ini.

Memulihkan kesihatan dan menjaga bayi anda yang baru lahir dengan menyusu dan membersihkannya bagi mengeratkan hubungan antara ibu dan anak adalah perkara yang perlu anda utamakan. Anda juga perlu menjaga kesihatan diri dengan mengambil makanan yang berkhasiat, terutamanya jika anda menyusu badan.

Persediaan awal dapat menjimatkan masa dan tenaga anda

Apabila tempoh kehamilan anda memasuki minggu ke-37, pastikan semua barangan keperluan bayi berada dalam keadaan tersusun di dalam bilik bayi. Lampin dan tisu basah hendaklah berada di tempat yang senang dicapai. Kesemua pakaian comel yang anda sediakan untuk bayi anda hendaklah dibasuh dan tersusun berhampiran dengan meja tempat menukar lampin bayi.

Pada minggu-minggu terawal, pakaian dan lampin bayi anda perlu ditukar secara kerap sepanjang hari kerana disebabkan oleh air liurnya yang meleleh, kebocoran lampin dan aliran keluar susu dari payudara anda. Oleh itu, penyediaan ruang atau bilik yang tersusun akan dapat memudahkan anda sepanjang tempoh tersebut.

Berbincang tentang cara penjagaan bayi dengan pasangan anda

Berbincang dengan pasangan anda pada tempoh akhir kehamilan tentang strategi dan cara penjagaan bayi juga merupakan perkara yang amat digalakkan.

Selain salah satu cara untuk membuat perancangan bagi keadaan di luar jangkaan yang boleh berlaku selepas kelahiran bayi, ia juga bertujuan untuk mengelakkan salah faham kecil yang boleh timbul di kalangan pasangan dan keluarga anda. Bincangkan tentang pilihan pemakanan, pilihan untuk menggunakan lampin biasa atau lampin pakai buang, aturan tidur dan semua perkara yang boleh difikirkan.

Catatkan tentang ‘rancangan’ anda untuk memudahkan rujukan. Rancangan anda mungkin meliputi:

 

  • Butiran ahli pediatrik pilihan anda.
  • Individu yang boleh dihubungi semasa kecemasan apabila anda tidak mampu mengawal keadaan. Ini lazimnya terdiri daripada kawan rapat yang juga seorang ibu atau bapa, atau ibu bapa anda sendiri.
  • Rancang masa ‘beristirahat’ untuk kedua-dua ibu dan bapa bagi menghilangkan kepenatan dalam menjalankan tanggungjawab baharu.
  • Jadual kerja bagi kedua-dua ibu bapa. Contohnya: Si bapa boleh mencuci pakaian sementara ibu menyusu dan membersihkan bayi.
  • Kaedah bagi membolehkan si ibu berehat dan memulihkan tenaga. Contohnya: Si bapa boleh mengambil cuti seminggu sebaik sahaja pasangannya bersalin bagi membolehkan beliau membantu, atau si bapa boleh menjaga bayi pada hujung minggu sementara ibu tidur dan berehat.
  • Cara untuk menangani masalah apabila bayi tidak mahu tidur dan/atau sentiasa menangis.
  • Ahli keluarga yang boleh membantu menjaga anak-anak yang lain, jika perlu.
  • Majlis menyambut bulan pertama kelahiran bayi juga boleh dirancang pada tempoh akhir kehamilan dengan menghubungi beberapa syarikat untuk mendapatkan sebut harga dan penerangan berkenaan butirannya.

Kerjasama berpasukan adalah kunci kejayaan

Bayi adalah hasil daripada perkongsian dua insan. Justeru, adalah lebih adil jika kedua-dua individu tersebut memainkan peranan dalam penjagaan bayi. Sudah tentu si bapa tidak boleh menyusu badan, tetapi beliau masih boleh membantu dalam bayak perkara seperti mendodoikan bayi tidur, mengambil alih kerja di rumah, menyediakan makanan dan menukar lampin atau pakaian bayi.

Wanita yang baru menjadi ibu kadangkala berasa tidak selesa dengan keadaan tubuhnya selepas bersalin, termasuk perubahan mendadak payudara dan rasa sakit dan sengal yang mungkin dirasai di seluruh badan.

Ketika inilah beliau memerlukan keprihatinan dan kasih sayang suami yang perlu sentiasa berada di sisinya berbanding pada masa yang lain.

Kami berhadap agar panduan ini dapat serba sedikit membantu anda membuat persediaan untuk menggalas peranan baharu anda sebagai ibu bapa!

Adakah anda tahu bahawa rata-rata bayi akan memerlukan 1057 perubahan lampin dalam 6 bulan pertama? Dapatkan promosi eksklusif dan sampel lampin percuma dengan menyertai Huggies Club sekarang!

 

Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah untuk tujuan perkongsian informasi sahaja dan bukan sebagai gantian kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan oleh pakar. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan untuk sebarang persoalan berkenaan keadaan perubatan. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan, tidak mengendahkan nasihat perubatan atau berhenti mengambil rawatan perubatan disebabkan oleh maklumat di dalam laman ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Kimberly-Clark tiada liabiliti atau bertanggungjawab untuk tuntutan, kesilapan atau pengabaian di dalam laman ini, dan boleh meminda material pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

ARTIKEL YANG BERMINAT

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

The-benefits-of-breastfeeding
Bayi Baru Lahir 01/07/2020

Manfaat Menyusu Badan

Seperti ibu-ibu lain, kami pasti anda juga sentiasa membuat keputusan berdasarkan apa yang terbaik untuk bayi anda, walaupun anda terpaksa berhadapan dengan dugaan.

3-tummy-time-workouts-your-baby-will-love
BayiI Bergerak 22/06/2020

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

Meniarapkan bayi anda dapat membantu mereka membina kekuatan pada otot kepala, leher, bahu dan belakang. Bayi anda memerlukan otot-otot ini untuk berguling, bangun duduk, merangkak dan meneroka dunia, jadi ia penting untuk menjadikan senaman perut sebagai rutin bayi anda.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK