Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 17 Minggu | Petua Hamil 2nd Trimester | Huggies MY

Hamil 17 Minggu | Huggies Malaysia

Kehamilan Di Minggu Ke-17 | Huggies Malaysia

 Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 17 Minggu | Huggies Malaysia

Darah yang mengalir lebih banyak menyebabkan muka dan badan kemerahan. Ada di kalangan anda juga akan dapat lihat garisan kemerahan pada tangan. Tetapi jangan risau, perkara ini adalah sangat normal.

Perhatian perlu diberikan untuk penjagaan postur badan anda. Contoh seperti ketika mengangkat barang, cangkung dan gunakan kekuatan pada lutut dan otot lebih kuat di bahagian paha untuk melakukan kerja. Kalau anda mengalami sakit saraf siatik, dinasihatkan untuk mengalas badan dengan bantal yang banyak supaya boleh tidur dengan lebih selesa. Tidur secara mengiring dengan bantal dialas di celah lutut. Amalkan juga untuk duduk di atas kerusi sambil meluruskan kaki di atas bangku.

Gunakan pengeras kuku supaya kuku anda kurang nampak mengelupas.

Perubahan bayi dalam minggu ini

  • Kadar tumbesaran bayi meningkat
  • Jantina bayi boleh ditentukan
  • Kaki bayi nampak panjang dan tak seimbang
  • Saluran darah jelas kelihatan pada bahagian kulit bayi yang lembut dan tegang
  • Puting kecil terbentuk di bahagian dada
  • Puting kecil terbentuk di bahagian dada
  • Cap jari mula terbentuk
  • Bayi mula bergerak, menggeliat dan menguap   

Berat bayi bertambah dua kali ganda dengan mencapai ketinggian 13 sentimeter.Kaki yang semakin panjang dilentur di bahagian lulut dan buku lali.

 

Kalsium yang diterima daripada pengambilan diet harian mula menyerap masuk ke dalam tulang. Pengambilan fluorida yang terkandung di dalam air yang diminum adalah penting untuk pembentukan oral bayi, di mana gigi susu mula dibentuk di dalam gusi.

 

Tips Untuk Mengandung 17 Minggu | Huggies Malaysia

Berdiri secara mengejut daripada posisi duduk/baring boleh menurunkan tekanan darah dan menyebabkan anda pitam. Jadi, pastikan anda bangun secara perlahan dan cermat.

Tahap penglihatan anda boleh terganggu ketika kehamilan, tetapi biasanya ia akan pulih selepas bersalin. Kalau ada masalah, sila berjumpa dengan pakar mata dan dapatkan preskripsi cermin mata atau kanta lekap (mungkin kurang selesa kalau anda tak biasa pakai).

Kekalkan tahap kebersihan optimum, terutamanya di bahagian lipatan paha, ketiak dan di bawah payu dara. Pencucian kerap boleh mengelakkan ruam kulit dan pastikan anda pakai pakaian yang selesa dan tak ketat.

Kuatkan otot yang meluruskan tulang belakang, sama ada melalui yoga, senam aerobik dalam air, pilates dan juga fisioterapi.

Bila kaki anda mula rasa sengal, baring sambil mengangkatkan kaki dan alas menggunakan bantal atau kerusi. Anda juga boleh menggunakan stokin kehamilan yang membantu mengembalikan aliran darah di kaki. Atau satu lagi cara mudah adalah dengan banyakkan duduk dan kurangkan berdiri.

Kalau anda ada anak kecil, amalkan untuk duduk dan galakkan Si Manja untuk memanjat ke atas riba sebelum mendukung.Elak daripada membongkok dan gunakan kereta sorong bila keluar bersiar-siar bersama Si Manja.

Dapatkan pakaian baru kerana pakaian yang lama dan sedia ada mungkin sudah tak muat.

Bila anda bercakap dengan bayi di dalam kandungan, hubungan boleh dieratkan sejak awal dan mana tahu, mereka boleh bereaksi melalui pergerakan. Banyak perubahan yang boleh berlaku pada badan ketika kehamilan, termasuk jantung anda di mana kadar denyutan boleh meningkat.

 

Tahukah Anda - Kehamilan 17 Minggu | Huggies Malaysia

ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK