Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 31 minggu

31WeeksPregnantWhatToExpectjpg

Kehamilan Di Minggu Ke-31 | Huggies Malaysia

Dalam minggu ke-31, semua deria bayi sudah lengkap terbentuk. Menarik kan? Bayi juga semakin pandai, sementara anda jadi pelupa! Ukuran panjang bayi sekarang bayi sekarang lebih kurang 46cm, kurang 7cm berbanding panjang purata bayi yang lahir cukup bulan. REM (Rapid Eye Movement) adalah peringkat tidur yang penting di mana penyelidik berkata manusia ada peringkat sedar, tidur, dan tidur dengan REM.

Terdapat berjuta sambungan saraf atau sinaps di dalam otak bayi dan ia pembentukannya dibantu oleh rangsangan yang diterima ketika masih dalam kandungan. Suara anda, bunyi isi rumah, lampu yang ditapis, pergerakan dan alunan muzik adalah sumber-sumber rangsangan dari dunia luar.

Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 31 Minggu | Huggies Malaysia

Dalam minggu ini, perhatikan kontraksi Braxton Hicks yang berlaku secara kerap di penghujung kehamilan, boleh berterusan selama 30 saat dan selalu dipanggil “bersalin tak jadi”. Terus hubungi doktor kalau kontraksi normal berlaku secara kerap, kerana boleh jadi ia adalah tanda bersalin tak cukup bulan.

Perhati kalau ada lelehan dari payurdara. Cecair kuning yang dipanggil kolostrum atau “susu awal” adalah makanan pertama bayi dan badan anda sudah bersiap sedia untuk menyambut kehadirannya. Tanda regang kulit adalah fenomena semula jadi yang tiada penawarnya dan ramai wanita akan mengalaminya pada trimester ketiga. Pada waktu ini juga penting untuk anda tingkatkan pengambilan zat besi kerana kuantiti yang ada di dalam badan akan semakin berkurangan.

Tips Untuk Mengandung 31 Minggu | Huggies Malaysia

Melalui imej 3D/4D ultabunyi, anda sudah boleh lihat rupa jelas bayi dalam minggu ke-31. Anda juga boleh lihat bayi mengelip mata, menghisap ibu jari dan senyum atau mengerutkan muka!

Temu janji dengan doktor perlu dibuat setiap bulan untuk memeriksa perkembangan bayi dan kesihatan anda. Kunjungan ke klinik atau hospital ini adalah sesuatu yang positif walaupun berulang kali.

Asid Lemak Omega-3 akan memberikan impak langsung kepada otak dan kesihatan bayi. Pilihlah makanan yang kaya dengan Omega-3 seperti ikan berminyak, contohnya sardin, salmon ataupun udang. Amalkan untuk makan segenggam kekacang setiap dan makan juga mentega, marjerin dan sedikit krim.

Bangun dan berjalan dari meja kerja akan membantu peredaran darah melalui pergerakan kaki. Lakukan senaman dengan berjalan kaki setiap hari pun sudah mencukupi.

Tahukah Anda - Kehamilan 31 Minggu | Huggies Malaysia

ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK