Kimberly-Clark Trading (M) Sdn Bhd ("Kimberly-Clark") menghormati dan mendukung hak anda untuk perlindungan privasi dalam pungutan, penggunaan, pendedahan dan pengurusan data peribadi anda. Penyata Polisi Privasi ini menerangkan amalan yang telah kami laksanakan untuk melindungi privasi, agar anda berasa yakin tentang cara kami menguruskan data peribadi anda yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami. Dengan melayari laman web Kimberly-Clark atau membekalkan Kimberly-Clark dengan data peribadi anda, secara tidak langsung anda telah memberikan kebenaran kepada Kimberly-Clark untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memindahkan data peribadi anda (termasuk pindahan ke luar negara) berdasarkan Polisi Privasi ini.
Data peribadi ialah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti identiti anda. Kimberly-Clark mungkin mengumpul maklumat tentang anda (nama, e-mel, nombor telefon, tarikh lahir dan alamat), melalui beberapa cara:
Seperti kebanyakan perniagaan, kami menggunakan teknologi “kuki” untuk laman web kami. Kuki ialah maklumat yang disimpan dalam komputer oleh pelayar anda bagi menyimpan keutamaan pelayaran ketika melayari laman web. Dengan log masuk anda, kuki akan memaklumkan kami sama ada ini merupakan lawatan pertama atau sebaliknya dan membolehkan kami mengetahui iklan manakah yang mengubah hala anda ke laman web kami. Kami juga menggunakan kuki untuk mengenal pasti ciri-ciri laman yang menarik minat supaya kami boleh lebih memenuhi keperluan anda. Sebagai pilihan, anda boleh menetapkan pelayar anda untuk tidak menyertakan kuki atau anda boleh membuang kuki pilihan atau semuanya sekali dengan mengikuti panduan pelayar anda. Tetapi, jika pilihan kuki tidak diaktifkan oleh pelayar anda, sesetengah kandungan web dan ciri-ciri yang ditawarkan mungkin tidak dapat diakses dengan sempurna.
Ini merupakan fail elektronik di laman web yang membenarkan kami untuk mengira dan mengenal pasti pengguna yang mengunjungi laman web. Selain itu, web beacon juga boleh digunakan dalam e-mel yang menyokong HTML untuk mengetahui keberkesanan dan tindak balas kepada komunikasi kami. Sebagai contoh, jika anda mendapat e-mel daripada kami dan mengklik pautan e-mel yang menghalakan anda ke laman web kami. Secara amnya, web beacon e-mel boleh ditutup dengan mematikan pilihan paparan HTML dan memaparkan teks sahaja dalam e-mel anda.
Tujuan utama Kimberly-Clark memungut data peribadi anda ialah untuk memastikan pelanggan-pelanggan kami berpuas hati dengan produk kami dan memberikan mereka perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Maklumat anda tidak akan dikongsikan, dijual, disewa atau didedahkan kepada pihak luar (kecuali diperlukan badan berkanun dan undang-undang) selain seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi. Kami akan mengambil semua langkah yang terdaya untuk memastikan keselamatan dan integriti data peribadi anda, termasuklah menggunakan komputer berkata laluan, dasar kabinet berkunci, polisi peribadi dan firewall.
Kimberly-Clark mungkin menggunakan data peribadi yang anda berikan:
Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga bergantung kepada situasi berikut:
Dengan menyerahkan kandungan kepada dan melalui laman web yang dikawal oleh Kimberly-Clark dan/atau rakan kongsi atau pembekal perkhidmatan (“K-C Sites”), anda bertanggungjawab untuk perkara berikut: (1) anda merupakan pemilik kandungan; (2) kandungan ialah tepat dan betul; (3) kandungan tidak menyebabkan kecederaan kepada seseorang atau entiti; (4) kandungan tidak melanggar hak cipta/tanda niaga, milikan perniagaan atau hak publisiti atau privasi; (5) kandungan tidak melanggar sebarang peraturan atau ordinan; (6) kandungan tidak dianggap sebagai fitnah, fitnah bertulis, ujaran kebencian atau bias agama atau serangan atau mengganggu orang lain; (7) kandungan tidak mempunyai rujukan kepada laman web, e-mel, maklumat perhubungan atau nombor telefon; (8) jika kandungan mempunyai persamaan atau nama mereka yang boleh dikenali, dapatkan kebenaran mereka untuk menyertakan persamaan/ nama dalam kandungan yang anda kongsi; dan (9) kandungan tidak mengandungi virus, worms atau program atau fail lain yang mendatangkan mudarat.
Dengan setiap kandungan yang dikongsi, anda telah memberikan Kimberly-Clark hak mutlak berterusan, tanpa royalti, lesen sub, hak yang boleh dipindah milik untuk menggunakan, mendyalin, mengubah, memadam sepenuhnya, mengadaptasi, menerbitkan, menterjemah, menghasilkan penerbitan daripada dan/ atau menjual dan/ atau mengedarkan kandungan dan / atau menyertakan kandungan dalam segala bentuk, medium atau teknologi ke seluruh dunia tanpa ganti rugi kepad anda. Dengan ini, anda juga telah memberikan kebenaran kepada laman K-C lesen bukan eksklusif untuk mengakses kandungan anda melalui laman web ini, dan menggunakan, mengeluarkan semula, mengedar, menyediakan kerja penerbitan, memaparkan dan menggunakan kandungan seperti yang dibenarkan oleh fungsi laman web ini.
Semua kandungan yang anda kongsi mungkin digunakan berdasarkan budi bicara Kimberly-Clark. Kimberly-Clark atau rakan niaganya mempunyai hak mutlak untuk menukar, meringkaskan atau memadam sebarang kandungan di laman web K-C yang difikirkan perlu, atau dalam budi bicaranya, telah melanggar panduan kandungan atau mana-mana peruntukan yang telah dinyatakan. Kimberly-Clark tidak menjamin bahawa anda mempunyai hak tuntutan jika kami mengedit atau memadam kandungan yang dihantar. Rating produk dank omen bertulis yang ditulis dalam tempoh dua atau empat hari bekerja. Namun, Kimberly–Clark mempunyai hak mutlak untuk membuang atau membatalkan kandungan tanpa sebarang sebab.
Privasi kanak-kanak merupakan perhatian utama kami. Kami tidak secara sedar memungut data peribadi daripada kanak-kanak berumur [#] tahun atau menyimpan sebarang komunikasi yang kami terima, yang boleh dikenal pasti datangnya daripada kanak-kanak berumur [#] tahun, jika kami tidak mendapat kebenaran terdahulu daripada ibu-bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut.
Laman web diurus oleh Kimberly-Clark mungkin mempunyai pautan ke laman web lain yang diurus oleh pihak ketiga. Kimberly-Clark tidak mempunyai kaitan atau jaminan terhadap amalan privasi mana-mana laman web pihak ketiga dan tidak akan bertanggung jawab ke atas polisi privasi laman web yang lain.
Jika terdapat pertukaran terhadap data perbadi anda (seperti alamat), atau anda tidak lagi mahu kami menyimpan data peribadi anda, kami akan berusaha untuk membetulkan, mengemas kini atau memadamkan rekod anda. Kami mungkin akan mengenakan caj sebagai ganti keapda kos pentadbiran yang mungkin ada dalam memberikan data peribadi ini kepada anda. Jika anda percaya bahawa kami mempunyai maklumat yang kurang tepat atau tidak lengkap mengenai anda, anda boleh meminta kami membetulkannya.
Anda juga boleh membuat permintaan untuk tidak menerima komunikasi pemasaran produk dan perkhidmatan yang anda terima daripada kami. Namun, dengan berbuat demikian, ia mungkin menjejaskan perkhidmatan Kimberly-Clark pilihan yang memerlukan anda menerima komunikasi tersebut untuk menikmati perkhidmatan.
Jika anda ingin mengakses data peribadi anda atau jika anda mempunyai soalan terhadap Polisi Privasi kami, atau cuma ingin membuat aduan tentang layanan terhadapat data perivasi anda, sila hubungi:
Kami akan menggunakan data peribadi anda yang telahg dikumput berdasarkan Polisi Privasi. Jika kami ingin menukar Polisi Privasi ini, kami akan memaklumkannya melalui laman web kami supaya anda yakin terhadap data yang dikumpul, cara dan keadaan kami menggunakannya. Polisi Privasi ini telah dikemas kini pada Sep 2017.
PERHATIAN: Jika terdapat sebarang kekeliruan dan/atau kenyataan-kenyataan yang tidak jelas di dalam dasar privasi dalam Bahasa Malaysia, sila rujuk kepada dasar privasi dalam versi Bahasa Inggeris untuk keterangan yang lebih jelas.