"Saya gunakan lampin yang sama sejak semalam dari pukul 10 malam hingga pukul 9 pagi hari ini, dan saya masih rasa selesa dan kering."

Pengguna elainechonglm
Dicadangkan untuk anda

SAIZ BERSESUAIAN DAN KEKERINGAN BAGI BAYI AKTIF

PENJAGAAN BAYI BERUMUR 11 BULAN

KONGSI ARTIKEL

11 bulan? Semakin sukar untuk memantau setiap pergerakan Si Manja. Mereka anda aktif meneroka isi rumah dan juga ahli keluarga di sekeliling mereka. Setiap barang baru yang dibawa pulang akan diperiksa, dipicit dan diselongkar, yang pasti membuatkan anda tertanya adakah anda juga begitu sewaktu kecil?

Akan ada masa anda sentiasa berfikir Si Manja suka teroka perkara yang boleh mendatangkan mudarat. Televisyen, set hi-fi dan soket elektrik semuanya nampak menarik di mata mereka. Ingat, mereka bukan sengaja untuk menjadi nakal atau mengingkari teguran anda, kerana masih terlalu mentah untuk membezakan perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Buat masa ini, anda perlu banyak bersabar dan berjaga-jaga sementara mereka belajar batas kawasan permainan dan objek yang tidak patut dicapai.

Kepung kawasan rumah yang dianggap tidak selamat kepada Si Manja dan aturkan susunan isi rumah seringkas yang mungkin.Reka bentuk pagar, selak pintu dan almari perlu dibuatkan dengan ciri-ciri keselamatan.

Makan dan Tidur

Kalau anda masih memberikan susu badan, jangan rasa terpaksa untuk berhenti. Ada banyak bukti kuat yang menyokong penerusan penyusuan badan selama yang boleh, asalkan hubungan ibu dan anak tidak terjejas. Kalau Si Manja tidak pernah minum susu dari dalam botol di peringkat ini, mungkin boleh menjadi satu cabaran. Mungkin lebih baik untuk memberi susu badan anda melalui segelas cawan dan elak daripada menggunakan botol. Kalau Si Manja sudah mula minum susu daripada dalam botol, terus berikan susu formula sehingga berumur 12 bulan. Susu lembu kadangkala susah untuk dihadam dan tidak mengandungi nutrisi yang secukupnya. Oleh itu, lebih baik untuk menggunakan susu formula kerana lebih ideal dari segi jumlah zat besi yang diperlukan oleh Si Manja.

Corak tidur adalah lebih jelas di dalam bulan ini, dengan dua corak waktu tidur siang yang tetap. Tidur pagi selalunya lebih mudah dan kurang protes daripada Si Manja. Tidur siang pula berlainan, bergantung pada aktiviti seisi keluarga di rumah.

Tingkah Laku

Penggunaan mulut Si Manja semakin meningkat, jadi jangan terkejut kalau mereka mahu menghisap atau menggigit perabot atau apa saja objek yang dicapai. Apabila ada tetamu di rumah, berikan amaran kerana ada kebarangkalian Si Manja meninjau untuk mendekati mereka.

Pada peringkat umur ini juga mereka akan mempamerkan sikap pemilihan individu, di mana Si Manja lebih gemar mendekati ahli keluarga yang menjaganya berbanding orang yang tidak dikenali. Kepercayaan mereka terhadap anda perlu diperoleh dalam tempoh masa tertentu dan cuba elak daripada sentiasa membenarkan orang lain untuk mendukung atau mendekati mereka. Terdapat faktor biologi yang kukuh di mengatakan mengapa Si Manja berpewatakan sebegitu dan mengapa mereka tidak akan faham sepenuhnya lagi tentang memahami perasaan orang lain pada umur 11 bulan.

Pencapaian Tumbesaran

Kebiasaannya Si Manja sudah boleh mula berjalan, tetapi jangan risau kalau mereka masih merangkak kerana setiap tempoh perkembangan bayi juga berbeza. Yang penting sekali, jangan paksa Si Manja untuk belajar kemahiran baru. Masa, latihan, keyakinan dan koordinasi adalah resepi mujarab dalam pencapaian tumbesaran. Elakkan daripada menganggap kemahiran baru yang diperolehi sebagai aras tanda kepintaran. Memang seronok melihat cahaya mata anda mempelajari pergerakan dan kemahiran baru, tapi itu semua tidak berkaitan dengan potensi akademik mereka.

Si Manja akan mula menuding jari ke arah banyak benda dan anda lagi mudah untuk anda memahami bahasa gerak-geri mereka. Mereka akan menggunakan sepenuhnya kedua-dua tangan dan sehingga umur hampir mencecah pra-sekolah, baru jelas dan dapat memastikan mana satu tangan yang lebih dominan.

Si Manja sudah boleh memberikan reaksi kepada arahan ringkas seperti “mari ke sini”, “ambil bola itu”, tetapi masih belum bercakap dengan lancar. Mereka juga akan berupaya untuk mengangkat objek dengan menggunakan ibu jari dan jari telunjuk, sambil sentiasa mahu memasukkan objek ke dalam mulut.

Perkembangan

Perkembangan mereka semakin ketara apabila mencecah setahun; berbanding saiz ketika mereka lahir. Kalau mereka sudah boleh berdiri, catat ketinggian Si Manja menggunakan pensel ketika bersandar di dinding. Cara ini adalah paling mudah untuk melihat betapa banyak tinggi Si Manja telah bertambah. Boleh juga melukis garisan di keliling tangan mereka yang ditekap di atas kertas, atau ambil foto sambil mereka berdiri di sebelah perabot untuk melihat perbezaan ketinggian pada masa akan datang. Bandingkan dengan gambar anda sendiri di waktu kecil. Bentuk kaki, gaya berdiri dan juga ekspresi wajah selalunya kelihatan sama di antara anda, membuktikan genetik mempunyai pengaruh kuat..

Kalau anda rasa ingin membuang baju-baju lama Si Manja, mungkin lebih baik untuk sedekahkan sahaja. Walaupun ini adalah anak tunggal atau terakhir anda, mesti ada keluarga lain yang boleh menggunakan baju-baju terpakai itu. Cukup untuk anda simpan beberapa helai yang mempunyai nilai sentimental sahaja atau baju yang boleh diperturunkan kepada bakal cucu anda.

Penjagaan Rapi

Pastikan lantai rumah anda sentiasa bersih kerana Si Manja selalunya akan banyak menghabiskan masa di atas lantai. Amalkan juga tabiat membasuh tangan mereka setiap kali sebelum makan untuk mengurangkan jangkitan bakteria. Tidak perlu menjadi terlalu keterlaluan, cukup hanya dengan mengamalkan penggunaan sabun cuci tangan dan air yang bersih sambil mengeringkan tangan sebagai strategi mengekalkan tahap kebersihan optimum.

Elakkan daripada mencium Si Manja di bahagian mulut atau meniup untuk menyejukkan makanan. Bakteria oral anda adalah berlainan dan sangat mudah disebarkan kalau anda ada gigi yang reput. Jauhkan diri juga kalau anda seorang perokok agar asap rokok tidak dihidu oleh Si Manja. Mereka mudah terdedah kepada jangkitan seperti selsema, infeksi telinga dan dada termasuk asma atau penyakit lelah akibat oleh asap rokok.

Bermain dan Interaksi

Biasakan diri untuk mengelak daripada terlanggar Si Manja yang bermain di atas lantai. Pada umur 11 bulan mereka akan gemar meneroka segenap isi rumah dan akan kerap mencari anda semula untuk mendapatkan perasaan yang mereka sentiasa dilindungi oleh anda.

Perhatikan mereka merangkak pergi, toleh ke arah anda untuk berasa selamat sebelum meneruskan pengembaraan kecil. Mereka akan terus mencari anda setiap kalau ketakutan atau tidak tahu mana arah ingin dituju. Cukup untuk anda berkata “jangan risau, awak ok” sambil mengukir senyuman. Tetapi ada juga masa di mana anda perlu terus mendukung dan memujuk Si Manja sambil tidak memarahi mereka jika berasa takut. Anda adalah komponen penting dalam proses meningkatkan rasa keyakinan dalam diri mereka dari usia yang sangat awal, agar Si Manja sentiasa berani untuk dunia dan persekitaran mereka.

Setiap anda kebuntuan untuk meluangkan masa atau menghiburkan Si Manja, mandian adalah satu pilihan. Hiburkan mereka dengan membenarkan Si Manja bermain dengan air kerana aktiviti ini adalah menyeronokkan. Aktiviti lain yang boleh dilakukan untuk peringkat umur ini adalah seperti buaian atau jongkang-jongket yang boleh membantu perkembangan kemahiran motor kasar mereka.

Bagaimana Dengan Ibu?

Merancang untuk mendapatkan lagi satu cahaya mata? Ini adalah masanya untuk meningkatkan pengambilan nutrisi bagi memastikan tahap kesihatan optimum untuk kehamilan. Terlalu banyak faktor individu yang perlu diambil kira, bermakna tiada jarak ideal di antara umur adik-beradik. Oleh itu, lebih elok untuk anda dan pasangan untuk membuat pemeriksaan kesihatan terlebih dahulu.

Anda mungkin sudah ada beberapa orang anak, bermaksud urusan anak juga semakin banyak. Jangan lupa untuk menjaga keperluan diri sendiri seperti pemakanan sihat dan rehat secukupnya sambil mendapatkan pertolongan bila perlu. Jangan jual mahal sekiranya ada pihak yang sudi membantu, kerana ia boleh membantu meringankan tanggung jawab harian anda.

Emosi anda

Anda rasakan terlalu bekerja keras menguruskan keperluan keluarga sehingga keperluan peribadi terabai? Perkara ini adalah normal di kalangan ibu-ibu walaupun Si Manja sudah hampir mencecah umur setahun. Jaga diri anda seperti cara anda anda menjaga dan melayan orang lain, dan sentiasa ingat bahawa nilai tinggi anda sangat utuh sebagai seorang ibu.

Kalau anda sudah kembali masuk ke pejabat untuk bekerja, pasti timbul rasa konflik ketika menjalankan tanggung jawab. Keibubapaan atau kerjaya, pekerja atau ibu - kadangkala memang sukar untuk cari keseimbangan. Jangan sentiasa rasa bersalah kerana emosi ini boleh mengganggu tenaga dan produktiviti anda secara negatif. Fokus untuk melakukan tanggung jawab satu per satu.

Keperluan Hidup Anda

Cuba untuk mengubah rutin tidur anda dan susun jadual tidur malam menjadi lebih awal. Kalau badan anda dirasakan sangat penat, jangan melawan dan terus menuju masuk ke kamar tidur. Badan kita memerlukan rehat yang secukupnya agar kita boleh berfungsi secara maksimum di waktu siang. Sentiasa ingat bahawa kita hanyalah manusia, dan waktu tidur yang cukup adalah sangat berharga.


huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Penjagaan bayi berumur 9 bulan

Baca Lebih Lanjut
Bagaimana untuk Mencegah dan Merawat Ruam Lampin

Bagaimana untuk Mencegah dan Merawat Ruam Lampin

Baca Lebih Lanjut