Kediaman Anda Sebelum Dan Selepas Kehadiran Bayi

KONGSI ARTIKEL

 

Kebanyakan ibu bapa bimbang bagaimana hendak melindungi si kecil daripada segala bahaya di dunia luar sebelum kehadiran bayi. Demi ketenangan fikiran anda, persediaan untuk menjadikan kediaman anda selamat untuk si kecil boleh dilakukan ketika anda sedang hamil dan lebih jauh lagi, dengan beberapa langkah perlindungan bayi ini; di mana kebanyakannya merupakan pengetahuan umum/perkara yang sepatutnya kita tahu?

Para pakar menasihati supaya anda berada di kedudukan merangkak untuk melihat persekitaran daripada sudut pandangan bayi anda. Ke mana akan anda pergi? Apa yang boleh anda capai? Apa yang akan anda pegang?

Ingatlah bahawa perlindungan bayi bukanlah perkara yang dilakukan pada satu-satu masa sahaja. Ketika bayi anda sedang berada di aras pergerakan yang berbeza – merangkak, berjalan jatuh, berjalan – anda perlu memperhebatkan lagi taktik perlindungan anda. Beberapa cadangan ini hanya boleh diguna pakai ketika bayi anda mampu bergerak dan boleh bergolek, merangkak dan bergerak ke arah bahaya. Namun, ia tidak pernah terlalu awal untuk mula berfikir tentang potensi yang berbahaya dan bagaimana ia boleh diperbaiki. Anda juga boleh meletakkan beberapa alat keselamatan seperti kunci untuk pintu almari dan tempat duduk tandas pada daftar hadiah kelahiran bayi apabila masanya tiba.

Berikut adalah senarai semak bilik-ke-bilik untuk anda bermula:

 

Di Seluruh Kediaman

  • Tutup soket elektrik

  • Gunakan pagar keselamatan untuk tangga, peralatan bersenam dan potensi berbahaya lain.

  • Pasang penghalang di tingkap

  • Pastikan rak buku, almari yang berat dan juga perkakasan seperti televisyen dan lampu diketatkan pada sesuatu dan wayarnya disembunyikan. Letakkan benda yang lebih berat di bahagian bawah rak supaya ia tidak berat di sebelah atas.

  • Tutupi bucu dan penjuru tajam.

  • Letakkan pad tidak licin di bawah semua alas kaki.

  • Gantikan tali bergelung di bidai dan langsir.

  • Pindahkan tumbuh-tumbuhan jauh daripada capaian dan buang segala tumbuhan yang beracun jika termakan.

  • Buang tabiat anda seperti meninggalkan syiling, kunci, mancis, gula-gula, klip kertas dan barang-barang kecil yang lain di dalam mangkuk atau di atas meja di merata rumah. Beg tangan juga perlu digantung jauh daripada capaian kerana ia selalunya mempunyai ubat dan benda-benda yang membahayakan keselamatan.

  • Simpan nombor Pusat Kawalan Racun tempatan anda di telefon bimbit anda – dan letakannya di sebelah telefon rumah – dan juga nombor-nombor penting lain seperti pakar pediatrik, datuk dan nenek dan jiran-jiran berdekatan sekiranya berlaku kecemasan.

 

Bilik tidur bayi

  • Jangan gunakan katil bayi yang terpakai sebelum 2011, iaitu sebelum keperluan keselamatan diperketatkan. Katil yang diguna semasa anda bayi juga tidak boleh digunakan walaupun ketika anda melawat rumah nenek.

  • Pastikan kedudukan katil bayi dan meja menukar lampin jauh daripada tingkap, lampu, hiasan dinding yang bergantung, wayar elektrik atau tali bidai, rak dan perabot yang boleh dipanjat.

  • Pastikan katil bayi bebas daripada barangan seperti bantal, quilt yang berat, selimut gebu, pelindung yang besar atau patung haiwan yang besar yang boleh melemaskan dan digunakan oleh kanak-kanak yang lebih besar untuk memanjat keluar.

  • Letakkan lampin dan barang-barang menukar lampin bayi di tempat yang senang dicapai di meja persalinan bayi supaya anda tidak perlu tinggalkan bayi anda tanpa diawasi untuk mengambil sesuatu barang.

 

Bilik air

  • Pastikan air panas di bawah 120 darjah Fahrenheit (48.9 darjah Celsius)

  • Pasangkan kunci tandas

  • Simpan segala kelengkapan tandas dan bahan pembersih di rak yang tinggi atau di dalam almari dengan pengunci. Ingat, minyak wangi, penghilang pengilat kuku, minyak bayi, pembilas mulut, alkohol gosok dan deodoran boleh menjadi berbahaya.

  • Pastikan anda cabut plag perkakas elektrik seperti besi pemanas kerinting rambut selepas digunakan dan simpankannya dengan selamat.

  

Dapur

  • Pasangkan pengunci di mesin pencuci pinggan dan semua almari dan laci rendah.

  • Pasangkan pelindung dapur atau penutup tombol dapur. Gunakan hob belakang jika boleh, dan pastikan pemegang sentiasa dihalakan ke belakang.

  • Jauhkan makanan haiwan peliharaan anda dan kotak pasir jauh daripada capaian.

 

Ruang Tamu/Makan

  • Simpan perhiasan kecil di rak atas

  • Gunakan skrin pendiangan api dan simpan perkakasan pendiangan api serta mancis jauh daripada bayi.

 

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

3 Senaman Perut yang Bayi Anda Pasti Suka

Baca Lebih Lanjut
10 idea ringkas melatih perkembangan otak bayi anda

10 idea ringkas melatih perkembangan otak bayi anda

Baca Lebih Lanjut
Merangsang perkembangan pertuturan bayi anda

Mempercepatkan Perkembangan Penguasaan Bahasa Bayi Anda

Baca Lebih Lanjut