5 cara mudah untuk mengelakkan ruam lampin

5 Cara Mudah untuk Mengelakkan Ruam Lampin

KONGSI ARTIKEL

Selamatkan bayi anda daripada kesakitan dan kerengsaan ruam lampin dengan beberapa cara mudah ini.

Jika anda pernah mengalami ruam, anda tahu betapa tidak selesanya keadaan ini. Jadi cuba anda bayangkan betapa teruknya untuk bayi anda dengan kulit mereka yang sensitif. Daripada anda mencuba untuk merawat kulit bayi anda yang merah, gatal dan terengsa yang akan membuat bayi anda lebih meragam dan menderita, lebih baik anda atasi ruam ini dari awal dengan cara-cara mudah ini untuk mengelakkan ruam lampin.

Apa penyebabnya?

Ruam lampin selalunya disebabkan oleh kombinasi tiga perkara – kelembapan pada kulit bayi anda, kekurangan pengudaraan di dalam lampin dan kehadiran pelbagai perengsa, seperti bakteria daripada air kencing dan najis atau bahan-bahan dalam lampin, tisu lembap bayi, sabun cuci baju, sabun mandi dan losen. Jadi ia sangat penting untuk memastikan punggung bayi anda sentiasa berada dalam keadaan bersih dan kering. Ia juga sangat membantu jika produk yang anda gunakan tidak mempunyai perengsa.

Apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakkan ruam lampin.

1. Tukar lampin dengan kerap

Lampin Huggies® Ultra telah terbukti secara klinikal untuk mengelakkan ruam lampin. Lampin kami direka untuk segera menyerap kelembapan dari kulit bayi anda, dan lapisan Air Fresh kami membenarkan aliran udara di dalam lampin. Kami telah menyingkirkan banyak faktor penyebab ruam yang kami boleh tetapi langkah yang paling penting adalah menukarkan lampin bayi anda dengan kerap. Kami cadangkan untuk tukarkan lampin setiap 2 jam atau sebaik sahaja selepas bayi anda membuang air besar, supaya kulit bayi anda tidak terdedah terlalu lama dengan perengsa.

2. Jauhi perengsa

Sabun dan losen mungkin mengandungi bahan-bahan yang boleh merengsakan kulit bayi anda, terutama sekali semasa beberapa bulan pertama ketika kulit mereka sangat sensitif. Air suam dan bebola kapas atau tuala lembut adalah mencukupi untuk membersihkan punggung bayi anda. Atau gunakan produk kami yang tidak mempunyai alkohol atau, pewangi atau sabun, seperti tisu lembap bayi Huggies® Gentle Care. Produk ini adalah semula jadi dan tidak mempunyai pewangi, alkohol atau sabun dan selamat secara klinikal untuk bayi yang baru lahir dan berkulit sensitif.

3. Dedahkan punggung bayi anda dengan kerap

Setiap kali anda menukar lampin bayi anda, lap punggung bayi anda dengan lembut sebelum memakaikan lampin yang baharu. Lebih baik lagi, biarkan kulit mereka kering dengan sendirinya apabila boleh. Letakkan pad kalis air, selimut atau tuala di lantai dan biarkan bayi anda bermain sementara menunggu punggung bayi anda kering.

4. Sapukan lapisan pelindung

Lapisan jeli petroleum atau zink oksida yang nipis menghalang lembapan dan perengsa daripada terkena kulit bayi anda yang sensitif. Sapukan sedikit pada beberapa kali tukaran lampin.

5. Longgarkannya

Jika lampin bayi anda terlalu ketat, ia akan melecetkan dan menyebabkan kerengsangan, jadi jangan pakaikannya terlalu ketat. Lampin Huggies® Ultra mempunyai ikatan pinggang yang boleh dilaraskan dengan Magic Tapes supaya bayi anda dapat memakainya dengan selesa.

 

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Pantang, Cara Orang Asia

Pantang, Cara Orang Asia

Baca Lebih Lanjut
Bagaimana Untuk Menyendawakan Bayi Anda

Bagaimana Untuk Menyendawakan Bayi Anda

Baca Lebih Lanjut

Kediaman Anda Sebelum Dan Selepas Kehadiran Bayi

Baca Lebih Lanjut