Pantang, Cara Orang Asia

Pantang, Cara Orang Asia

KONGSI ARTIKEL

Waktu berpantang bagi ibu baru termasuklah amalan tradisional selepas bersalin yang direka untuk membantu si ibu sembuh daripada kehamilan dan kelahiran.

Mengikut budaya orang Cina, berpantang (Zuo Yue Zi) adalah untuk tempoh satu bulan, tetapi boleh menjadi sehingga 45 hari untuk penyembuhan yang terbaik. Ketika Zuo Yue Zi, si ibu tidak sepatutnya memenatkan diri, oleh itu ibu atau ibu mertua mereka selalunya tinggal bersama mereka untuk memasak dan mengemas.

Among modern families, the practice now is to hire a confinement nanny or to choose a confinement meal delivery service.

Berikut adalah beberapa maklumat tentang amalan berpantang tradisional orang Asia.

Tidak bermandi

Cadangan yang paling popular adalah amalan tidak bermandi atau tidak membasuh rambut selepas melahirkan bayi. Jika anda pernah dengar amalan ini dan tidak ingin mengikutnya, anda masih boleh membersihkan rambut anda dengan material seperti kain kasa dicelup di dalam alkohol dan balutkannya pada sikat anda. Atau anda boleh gunakan ‘syampu kering’ yang boleh dibeli di kebanyakan farmasi. Bagi amalan tidak bermandi pula, yang merupakan cabaran untuk cuaca tropika, anda boleh memilih untuk bermandi dengan air panas menggunakan span bersama halia atau daun inai.

Tidak menggunakan Penyaman Udara

Udara atau air sejuk sama sekali tidak dibenarkan ketika waktu berpantang tradisional. Larangan-larangan ini adalah untuk membantu anda mengekalkan haba badan sebanyak yang boleh. Ia dipercayai dapat membantu anda menghindari masalah kesihatan seperti reumatisme, artritis, sakit kepala dan badan di kemudian hari.

Makanan yang Tertentu

Ketika waktu berpantang, ibu-ibu baru digalakkan untuk makan hidangan yang disediakan dengan bahan-bahan yang ‘menghangatkan’ seperti halia, lada hitam, minyak bijan dan wain beras. Bahan-bahan ini dipercayai dapat membantu proses penyembuhan dan membantu ibu-ibu baru mendapatkan kekuatan mereka semula dengan lebih cepat. Amalan pemakanan berpantang tradisional orang Cina termasuk sup ikan, yang dipercayai dapat menambahkan hasil susu yang rendah. Anda juga dikehendaki untuk menjauhi makanan yang ‘mendinginkan’ seperti minuman sejuk, timun, kubis dan nanas. Makanan yang boleh mengakibatkan ‘angin’ seperti bawang dan nangka juga perlu dijauhi dalam tempoh ini kerana ia dipercayai boleh mengakibatkan kolik pada bayi anda.

Rehat yang mencukupi

Ibu-ibu baru dikehendaki untuk berehat ketika tempoh berpantang. Secara idealnya, mereka tidak sepatutnya memasak atau melakukan kerja-kerja rumah.

Berurut

Urutan dianggap sebagai cara yang bagus untuk mendapatkan bentuk badan anda semula. Ini bukan sahaja untuk penampilan fizikal si ibu baru, tetapi juga membantu kesihatan dalaman. Minyak khas digunakan untuk berurut, dan ini akan membuatkan badan anda lebih terikat. Bahan popular yang digunakan oleh komuniti India di Singapura untuk berurut adalah minyak biji sawi. Bagi komuniti Melayu pula, amalan berpantang adalah untuk memanggil bidan yang juga akan mengikat perut menggunakan bengkung.

Batu Panas

Popular di kalangan komuniti Melayu, amalan meletakkan batu panas di atas perut ibu untuk menaikkan rahim dipercayai dapat membuang kekotoran dan membersihkan rahim. Ia selalu dilakukan oleh pengurut tradisional yang berpengalaman, dengan menggunakan teknik dan batu yang betul bagi tujuan tertentu.

Duduk di rumah

ia tidak dipanggil berpantang untuk sebarang sebab! Ibu baru tidak digalakkan unuk keluar dari rumah kerana dipercayai persekitaran luar penuh dengan kuman dan kekotoran lain.

Bersenam

Anda mungkin terkejut untuk mengetahui terdapat beberapa senaman yang digalakkan untuk ibu baru sewaktu berpantang. Antara senamannya adalah ‘pelvic and lower body tilts’, ‘leg slides’ dan ‘head, neck and shoulder raises’. Walaupun kebanyakan amalan ini sedikit tradisional, anda tidak perlulah betul-betul mengikutnya dan banyak keluarga Asia yang moden kini mengubahnya atau memilih amalan yang mereka mah. Akhirnya, amalan berpantang – walau dari mana pun – direka untuk meningkatkan kesihatan dan kesejahteraan ibu baru.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Manfaat Menyusu Badan

10 Mitos Biasa Penyusuan Susu Ibu

Baca Lebih Lanjut
Pencapaian Perkembangan: Adakah Ia Menjadi Masalah Jika Bayi Anda Tidak Mengalaminya?

Pencapaian Perkembangan: Adakah Ia Menjadi Masalah Jika Bayi Anda Tidak Mengalaminya?

Baca Lebih Lanjut
Menghadapi Cabaran Dengan Bayi Baharu

Menghadapi Cabaran Dengan Bayi Baharu

Baca Lebih Lanjut