Pencapaian perkembangan: Adakah ia menjadi masalah jika bayi anda tidak mengalaminya?

Pencapaian Perkembangan: Adakah Ia Menjadi Masalah Jika Bayi Anda Tidak Mengalaminya?

KONGSI ARTIKEL

Anda sudah pasti mendengari semua ini sebelum ini. Kanak-kanak berkembang mengikut rentak mereka sendiri dan pencapaian perkembangan hanyalah sebagai panduan. Tetapi ia susah untuk tidak risau apabila anda dikelilingi oleh rakan-rakan anda yang bayinya sudah mencapai setiap pencapaian tepat pada masanya

Jika komen seperti “Adakah bayi anda masih tidak…” mula merisaukan anda, sambung membaca untuk mengetahui tentang pelbagai faktor berbeza yang mempengaruhi perkembangan bayi anda. Memahaminya memberikan anda idea yang jelas sama ada bayi anda mengikut rentak mereka sendiri atau anda perlu berbincang bersama doktor anda.

Temperamen

Temperamen bayi anda merupakan pengaruh yang paling kuat terhadap perkembangan mereka. Jika bayi anda tidak mudah mengaku kalah, degil atau senang marah, mereka lebih cenderung untuk belajar kemahiran baharu dengan lebih cepat berbanding bayi lain. Mereka akan berlatih berguling sehingga mereka berjaya dan mereka akan terus berjalan daripada merangkak supaya mereka dapat mencapai mainan kegemaran mereka dengan lebih pantas. Manakala bayi yang lemah-lembut dan tenang akan lebih cenderung untuk berasa berpuas hati dengan hanya merangkak dan mereka akan mengambil masa mereka sendiri untuk berdiri atau berjalan.

Persekitaran

Adakah bayi anda dikelilingi dengan mak cik dan pak cik yang penyayang yang selalu mendukung bayi anda setiap masa? Jangan terkejut jika bayi manja anda akan mengambil masa yang lama untuk berguling, duduk atau merangkak.

Adakah bayi anda dikelilingi dengan adik-beradik yang lebih tua yang membuat segala-galanya untuk bayi anda, seperti mengambil mainan sebelum mereka mengambilnya sendiri atau memberi tahu ibu atau bapa dahulu yang lampin adiknya sudah berbau busuk sebelum bayi anda berpeluang untuk menangis? Tidak hairanlah bayi anda mengambil masa yang lama untuk bercakap apa yang mereka mahu, kerana semua orang di sekelilingnya sudah tahu apa yang bayi anda perlukan.

Panduan berguna #1:

 Bayi berkembar selalunya bercakap lambat kerana mereka menggunakan bahasa istimewa mereka sendiri untuk bercakap dengan satu-sama lain.

Tona Otot

Sesetengah bayi mempunyai tona otot yang lemah, ini bermakna mereka lebih susah untuk menguasai kemahiran motor kasar seperti berguling, bangun duduk, merangkak dan berjalan. Mereka mungkin memerlukan masa yang lebih lama pada mulanya tetapi kebanyakan kanak-kanak dengan tona otot lemah akan berjaya mengejar dalam beberapa tahun dan akan berada di aras yang sama bersama raka-rakan mereka. Jika bayi anda sedikit lunglai apabila anda mengangkatnya dan tidak bergerak dengan pantas, mereka barangkali mempunyai tona otot yang lemah. Anda boleh mencuba senaman-senaman berikut untuk membantu perkembangan otot mereka.

Minat

Jika bayi anda tidak begitu mahir menggunakan krayon, ia mungkin kerana mereka lebih berminat untuk berinteraksi melalui pergerakan dan suka meluangkan masa berlari dan melompat. Pada masa yang sama, bayi yang sangat vokal mungkin sedikit ketinggalan untuk berjalan. Sebaliknya, mereka akan meletakkan semua usaha mereka untuk menguasai kemahiran yang paling mereka minati dahulu dan tinggalkan perkara lain untuk kemudian.

Apa maksudnya

Sebenarnya terdapat tempoh yang lama untuk bayi anda menguasai setiap pencapaian dan anda tidak perlu risau jika bayi anda memerlukan masa yang lebih lama untuk mengusai sebahagiannya atau kesemuanya. Selagi mereka membuat kemajuan yang perlahan dan mantap dan sedang berusaha untuk mengembangkan setiap kemahiran, mereka akan sampai pada aras itu mengikut rentak mereka sendiri. Tambahan pula, kebanyakan kanak-kanak mengejar rakan mereka pada usia 3 tahun jadi ia tidak penting sama ada anda mendapat bayi yang berkembang dengan cepat atau perlahan.

Panduan berguna #2:

 Bayi pramatang perlu mengambil masa yang lama untuk menguasai sesuatu, jadi umur kronologi mereka bukanlah suatu ukuran yang terbaik untuk menjangka bila boleh mereka menguasai sesuatu pencapaian. Gunakan umur yang telah diselaraskan yang mengambil kira umur pramatang mereka.

Bila perlu anda mencari bantuan

Terdapat beberapa perkembangan tergendala yang memerlukan terapi pertuturan, pekerjaan atau fizikal untuk bayi anda. Berjumpalah dengan doktor anda jika bayi anda

  • 5 bulan tetapi masih belum berguling

  • 8 bulan dan tidak boleh bangun dengan sendiri

  • 12 bulan dan tidak berminat untuk makan dengan sendiri atau menconteng dengan krayon

  • 18 bulan dan masih tidak berjalan

  • 2 tahun dan masih tidak menuturkan perkataan pertamanya

Anda juga perlu memberi perhatian khusus jika anak anda suka menggunakan satu bahagian sahaja sebagai contoh hanya mencapai dengan tangan kanan atau mengheret kaki kiri, atau mereka sudah lupa kemahiran yang telah mereka pelajari.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

10 Cara yang Tidak Disangkan untuk Memujuk Bayi yang Sedang Menangis

10 Cara yang Tidak Disangkan untuk Memujuk Bayi yang Sedang Menangis

Baca Lebih Lanjut
Menghadapi Cabaran Dengan Bayi Baharu

Menghadapi Cabaran Dengan Bayi Baharu

Baca Lebih Lanjut
Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Baca Lebih Lanjut