Cara Membuat Bayi Sendawa

Bagaimana Untuk Menyendawakan Bayi Anda

KONGSI ARTIKEL

Ketahui kedudukan yang terbaik untuk menyendawakan bayi anda untuk membantu membuang angin di dalam perut mereka.

Ketika bayi anda sedang menyedut susu ibu atau formula, mereka juga sedang menelan angin dengan banyak. Bayi anda menghabiskan sebahagian besar masa mereka berbaring, angin itu akan kekal berada di esofagus dan ini akan menyebabkan bayi anda kembung, meragam dan muntah. Sendawa membantu bayi anda membuang angin dan memastikan mereka selesa.

Bila anda perlu menyendawakan bayi anda

Jika anda menyusu badan, sendawakan bayi anda semasa anda mengalih payudara ketika menyusu, dan juga pada akhir penyusuan. Jika anda berikan formula kepada bayi anda, berhenti separuh jalan untuk menyendawakan bayi anda dan sekali lagi pada akhir penyusuan.

Jika bayi anda kelihatan tidak selesa ketika menyusu atau berhenti menyusu dan meragam, mereka mungkin perlu disendawakan dengan lebih kerap.

Jika selepas beberapa minggu, bayi anda tidak mengeluarkan balik susu dan menangis jika anda mengganggu penyusuan mereka, maka tidak apa-apa jika anda menyendawakan mereka di akhir penyusuan sahaja. Menangis hanya akan membuat mereka menelan angin dengan lebih sahaja.

Anda hanya perlu untuk menyendawakan bayi anda sehingga mereka berusia 2-3 bulan. Apabila bayi anda banyak menghabiskan masa mereka pada posisi yang tegak, mereka mampu untuk sendawa dengan sendiri.

Panduan berguna #1:

Cuba untuk tidak menyusukan bayi anda ketika mereka sedang terlampau seronok atau menunggu mereka sehingga mereka kelaparan. Mereka lebih cenderung untuk menelan angin dalam situasi tersebut.

3 posisi untuk menyendawakan bayi anda

Sesetengah posisi untuk menyendawakan bayi anda adalah lebih baik daripada kedudukan posisi lain, jadi cubalah dan lihat kedudukan mana yang terbaik untuk bayi anda.

1. Posisi atas bahu yang klasik

Pegang bayi anda dengan tegak dan sandarkan bayi di dada anda, dengan kepala mereka di bahu anda. Sokong bahagian punggung mereka dengan satu tangan dan gosok belakang mereka dengan perlahan.

2. Tiarap

Tiarapkan bayi anda di pangkuan anda, dengan perut mereka berada di salah satu kaki anda dan kepala mereka di kaki sebelah. Ini akan memberikan tekanan yang lembut pada perut mereka. Berikan juga gosokan yang lembut di belakang mereka untuk membantunya sendawa.

3. Duduk berbongkok

Dudukkan bayi anda di pangkuan anda dengan mukanya menghadap ke hadapan . Sokong bayi anda dengan tangan anda di dada mereka dan jari anda di bawah dagu mereka. Pastikan anda berhati-hati supaya anda tidak meletakkan sebarang tekanan di tekak mereka. Bongkokkan bayi anda ke hadapan dan gosokkan belakang mereka dengan lembut.

Panduan berguna #2:

Sendawa selalunya akan mengakibatkan bayi anda mengeluarkan sedikit susu, jadi jangan lupa untuk meletakkan tuala atau kain pada diri anda atau bayi anda, bergantung kepada kedudukan bersendawa, sebelum sendawa.

Tidak bersendawa? Tiada masalah

Jika bayi anda tidak bersendawa selepas beberapa minit dan kelihatan selesa, mereka mungkin tidak perlu sendawa. Jika mereka kelihatan tidak selesa atau meragam, cuba kedudukan lain dan berikannya kepada si ayah. Ayah selalunya menyendawakan dengan lebih baik, jadi biarlah dia cuba.

Panduan berguna #3:

Tarik lutut bayi anda ke dada mereka juga merupakan cara yang baik untuk mengeluarkan angin dari perut mereka. Urutan yang lembut pada perut anak juga boleh membantu.

 

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Pantang, Cara Orang Asia

Pantang, Cara Orang Asia

Baca Lebih Lanjut
10 Cara yang Tidak Disangkan untuk Memujuk Bayi yang Sedang Menangis

10 Cara yang Tidak Disangkan untuk Memujuk Bayi yang Sedang Menangis

Baca Lebih Lanjut
Pencapaian Perkembangan: Adakah Ia Menjadi Masalah Jika Bayi Anda Tidak Mengalaminya?

Pencapaian Perkembangan: Adakah Ia Menjadi Masalah Jika Bayi Anda Tidak Mengalaminya?

Baca Lebih Lanjut