Bagaimana hendak menyediakan stesen menukar lampin yang efisien

Cara Yang Paling Mudah Untuk Menukar Lampin Bayi Anda Yang Aktif

KONGSI ARTIKEL

Ketahui bagaimana penyediaan dan keperluan menukar lampin yang betul boleh membuatkan tugas menukar lampin lebih mudah.

Bayi yang baru lahir boleh sahaja menggunakan 10 lampin setiap hari, jadi sebelum bayi anda dilahirkan, ia merupakan idea yang bagus jika anda dapat memastikan semua keperluan dan tempat untuk menukar lampin yang selamat, berfungsi dan sesuai untuk bayi disediakan .

Pilih lokasi yang strategik

Sediakan ruang menukar lampin di tengah rumah anda. Jika anda mempunyai rumah yang besar, anda mungkin perlu menyediakan satu ruang utama dan beberapa ruang menukar lampin yang kecil. Dengan cara ini, mudah untuk anda mencapai lampin, tisu lembap, krim dan pad menukar lampin.

Pilih permukaan sesuai

Anda tidak perlu menggunakan meja menukar lampin. Katil, almari kecil atau pun lantai boleh juga. Lantai merupakan tempat yang paling selamat untuk menukar lampin kerana tiada cara bayi anda boleh terjatuh tetapi ia bukanlah yang paling selesa untuk anda. Kami cadangkan untuk anda memilih ketinggian yang sesuai supaya anda tidak perlu terbongkok-bongkok. Belakang anda akan berterima kasih kepada anda.

Apa-apa sahaja yang anda pilih, pastikan ia tegap dan stabil. Banyak ‘pergelutan’ yang akan berlaku di atasnya. Anda juga perlu memastikan terdapat banyak ruang untuk menyimpan barang, yang lebih baik jauh daripada capaian si kecil. Sama ada anda mempunyai permukaan yang besar yang boleh anda letak segala keperluan, serta lampin yang telah digunakan dan krim jauh daripada capaian anak anda atau gunakan almari kecil, rak atau meja berdekatan.

Tikar menukar lampin merupakan alat yang berguna kerana ia memberikan alas untuk bayi anda dan mempunyai tali untuk mengelakkan bayi anda bergelut. Tetapi anda juga boleh gunakan tuala, selimut atau alas yang boleh dipakai buang.

Sediakan keperluan di stesen anda

Lampin.

  Keluarkan lampin daripada bungkusan plastiknya dan susunkannya dengan kemas. Anda tidak perlulah tergesa-gesa mengeluarkan satu lampin daripada bungkusan sambil mendukung bayi anda. Tambahkan bekal lampin anda supaya anda tidak perlu risau ia habis. Huggies® Ultra Newborn direka khas untuk bayi yang baru lahir, jadi anda mungkin perlu bermula dengan 4-5 pek besar.

Tisu Lembap.

 Anda akan menghabiskan tisu lembap dengan cepat kerana ia sangat berguna untuk perkara lain selain menukarkan lampin. Anda boleh menggunakannya untuk membersihkan segala kekotoran bayi anda, jadi beli dengan banyak. Semua tisu lembap Huggies® Gentle Care adalah natural, tidak mengandungi sabun, alkohol dan pewangi dan terbukti secara klinikal sebagai sangat lembut untuk bayi anda.

Krim.

 Lampin Huggies telah dibuktikan secara klinikal untuk menghindari ruam lampin tetapi minyak zink oksida atau jeli petroleum merupakan pelindung tambahan terhadap ruam lampin. Dapatkan maklumat lanjut tentang cara menghindari ruam lampin di sini. Anda juga boleh mencuba pelembap hipoalergenik untuk bayi anda.

Pelindung alas persalinan lampin tambahan.

 Beli beberapa alas pelindung persalinan lampin yang kalis air dan gunakan kedua-duanya pada waktu yang sama. Jika bahagian atas pelindung basah anda boleh membuangnya dengan cepat gunakan pelindung yang bawah untuk menukar lampin bayi anda.

Hiburan.

 Sesetengah bayi gembira ketika lampinnya ditukar, tetapi ada yang gelisah dan berbuat bising. Mudahkan waktu persalinan dengan menggantung perhiasan atau gambar pada ruang persalinan. Ia juga dapat membantu jika anda mempunyai mainan istimewa yang bayi anda dapat main ketika menukar lampin. Bayi juga suka corak berwarna-warni yang terdapat di lampin Huggies® dan anda boleh menggunakannya untuk menghiburkan mereka juga.

Tuala kecil.

 Gunakannya untuk menutup bayi anda apabila anda membuka lampin kotor supaya anda tidak terkena air kencing bayi anda.

Tong sampah.

 Anda boleh menggunakan tong khas untuk membuang lampin, tetapi beg plastik dan tong sampah yang ringkas juga berkesan. Gunakan tong yang mempunyai pemijak kaki supaya anda tidak perlu menggunakan kedua-dua tangan untuk membuang lampin kotor. Pastikan salah satu tangan anda berada di bayi anda pada setiap masa.

Sanitasi tangan.

 Pastikan tangan anda bersih semasa menukar lampin dan pastikan anda dapat membasuh tangan anda dengan sempurna bersama sabun dan air.

Peti pertolongan cemas dan pengetip kuku. Waktu persalinan juga merupakan waktu yang terbaik untuk menyelesaikan urusan bayi yang lain, jadi sediakan apa yang anda perlukan.

Baju tambahan. Sediakan beberapa baju tambahan jika baju bayi anda kotor.

Bakul baju kotor.

  Letakkan baju-baju kotor terus di tempatnya.

Muzik.

 Memainkan beberapa lagu kegemarannya juga merupakan salah satu cara yang terbaik untuk menghiburkannya. Anda juga akan turut menyanyi bersama. Klip rambut atau getah rambut. Jika anda mempunyai rambut yang panjang, simpan beberapa klip rambut atau getah rambut di meja persalinan supaya anda dapat merapikan rambut anda sebelum anda bermula. Ia lebih baik daripada anda merapikannya menggunakan tangan kotor anda nanti.

 

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Manfaat Menyusu Badan

10 Mitos Biasa Penyusuan Susu Ibu

Baca Lebih Lanjut
5 Cara Mudah untuk Mengelakkan Ruam Lampin

5 Cara Mudah untuk Mengelakkan Ruam Lampin

Baca Lebih Lanjut

Kediaman Anda Sebelum Dan Selepas Kehadiran Bayi

Baca Lebih Lanjut