Strategi Tidur Yang Telah Dicuba Dan Dikaji

Strategi Tidur Yang Telah Dicuba Dan Dikaji

KONGSI ARTIKEL

Tidurkan bayi anda sepanjang malam dengan beberapa strategi berjaya ini.

Setiap impian ibu bapa yang kekurangan tidur adalah untuk bayi mereka tidur sepanjang malam. Selain untuk mewujudkan rutin tidur yang konsisten, berikut adalah beberapa panduan yang anda boleh ambil untuk menggalakkan bayi anda tidur dengan lena sepanjang malam.

Asingkan makan, main dan tidur.

Asingkan tiga langkah ini dengan memastikan waktu makan pada dakapan anda, waktu bermain di atas tikar dan waktu tidur di katil bayi. Ini membantu anda mengenali bila bayi anda penat dan mengajar bayi anda untuk menenangkan diri dan tidur dengan sendirinya. Dengan cara itu apabila mereka bangun di tengah malam, mereka tidak memerlukan anda mendodoikannya sehingga kembali tidur.

Bangunkan bayi anda untuk penyusuan terakhir sebelum anda tidur

Sebelum anda hendak tidur, cuba bangunkan bayi anda untuk penyusuan tengah malam. Walaupun bayi anda terlalu mengantuk untuk menyusu, apa-apa yang dia minum cukup untuk memberikan anda tambahan tidur selama sejam atau dua. Namun, ini boleh mendatangkan masalah kerana bayi anda akan bangun malam lebih kerap. Jika ini berlaku, cuba berikan susu yang lebih pada penyusuan terakhir sebelum tidur.

Memanjangkan waktu di antara penyusuan

Apabila bayi anda berusia 3 atau 4 bulan, anda boleh memanjangkan waktu di antara penyusuan. Tambahkan setengah jam atau lebih pada setiap penyusuan malam. Anda boleh memanjangkan waktu di antara penyusuan dengan perlahan sehingga bayi anda bersedia untuk tidak menyusu pada waktu malam dan tidur sepanjang malam.

Pendekkan waktu penyusuan malam

Kurangkan jumlah susu yang bayi anda minum setiap malam dengan perlahan-lahan sehingga mereka bersedia untuk tidak menyusu pada waktu malam. Kurangkan jumlah susu setiap malam di dalam botol atau kurangkan masa penyusuan susu badan dan sentiasa kurangkan jumlah susu pada setiap malam.

Jangan terburu-buru untuk menyusukan bayi anda.

Jika bayi anda bangun menangis, tunggu sebentar sebelum tawarkan susu. Bayi anda mungkin akan menghiburkan hati mereka sendiri atau kembali tidur. Jika tangisan semakin kuat dan semakin mendesak, tenangkan bayi dahulu dengan mendodoikannya atau menepuknya dengan perlahan-lahan. Jika bayi anda dapat tahu yang bangun di tengah malam dia tidak akan mendapat susu, mereka akan lebih cenderung untuk tidur sepanjang malam.

Tidak menukarkan lampin

Cuba jangan menukar lampin bayi anda pada waktu tengah malam melainkan bayi anda bocor. Jika anda perlu menggantikan lampin kotor, malapkan lampu dan cuba kurangkan percakapan atau interaksi yang anda boleh supaya bayi anda tidak ingat ia waktu untuk bangun dan berparti.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Cara Yang Paling Mudah Untuk Menukar Lampin Bayi Anda Yang Aktif

Cara Yang Paling Mudah Untuk Menukar Lampin Bayi Anda Yang Aktif

Baca Lebih Lanjut
Kegarisan, sedia, mula! Bayi Anda Sedang Mula Bergerak

Kegarisan, sedia, mula! Bayi Anda Sedang Mula Bergerak

Baca Lebih Lanjut
Pencapaian Perkembangan: Adakah Ia Menjadi Masalah Jika Bayi Anda Tidak Mengalaminya?

Pencapaian Perkembangan: Adakah Ia Menjadi Masalah Jika Bayi Anda Tidak Mengalaminya?

Baca Lebih Lanjut