Semua kategori
Aktiviti dan bermain
Panduan penggunaan lampin
Keluar bersama bayi
Kesihatan dan pemakanan
Pembelajaran dan perkembangan

Apa yang harus ada dalam setiap beg lampin bayi

Diaper bag

Pastikan beg lampin anda lengkap untuk sebarang kecemasan dengan panduan mengemas kami.

Jadi anda sudah mempunyai rutin tersendiri dan anda yakin keperluan bayi anda mencukupi di rumah. Walaubagaimanapun, membawa bayi anda keluar merupakan suatu cabaran yang baharu buat anda. Setiap bayi mempunyai keperluan dan tabiat yang berbeza jadi anda perlu tahu apa yang terbaik untuk anda tetapi gunakanlah panduan kami sebagai permulaan untuk memastikan anda bersedia menghadapi apa-apa cabaran daripada bayi anda.

 

Panduan berguna: 

 

Simpan dompet, kunci, telefon bimbit, cermin mata gelap dan barang kecil lain ke dalam beg kecil, supaya anda tidak perlu membongkar beg lampin untuk mencari barang-barang tersebut.

 

Benda-benda penting untuk pergi bersiar-siar

 

Benda-benda yang mesti ada jika anda bercadang untuk keluar sekejap. Benda-benda ini juga mesti sentiasa ada di dalam beg lampin. Anda boleh menambahkan barang-barang lain bergantung kepada ke mana dan berapa lama anda akan pergi.

  • 2-4 lampin bayi. 1 untuk setiap 2 jam ditambahkan dengan 1 gantian.
  • Tisu lembap. Gunakan pek kecil Tisu Lembap Bayi Huggies® Clean Care.
  • Produk ini adalah semula jadi, hipoalergenik dan selamat secara klinikal untuk bayi baru lahir dan berkulit sensitif.
  • Alas persalinan lampin. Kebanyakan beg lampin mempunyainya tetapi jika beg anda tidak mempunyainya, gunakan alas kalis air yang nipis, jadi anda boleh menggunakan sebarang permukaan sebagai tempat persalinan lampin.
  • Beg Plastik. Untuk lampin kotor, baju kotor atau benda-benda kotor lain yang anda hendak buang. Beg plastik biasa boleh digunakan tetapi lebih baik jika anda menggunakan beg Ziploc untuk memerangkap baunya juga.
  • 1-2 baju persalinan untuk bayi anda.
  • Baju tambahan untuk si ibu. Sekiranya bayi anda termuntah atau ada sesuatu yang tertumpah.
  • Ubat untuk sakit atau demam. Batuk dan selesema juga agak biasa jadi anda boleh sediakannya juga.
  • Sanitasi tangan. Untuk memastikan tangan anda sentiasa bersih
  • Tisu. Sangat berguna jika anda mempunyai bayi yang suka membuat kecah.

 

Tips tambahan untuk perjalanan yang lebih lama

 

Untuk perjalanan yang lebih jauh, pastikan anda bersedia dengan barang-barang berikut.

  • Krim lampin. Dapatkan saiz yang mudah dibawa berjalan.

  • Botol dengan susu formula atau susu ibu. Untuk susu formula, isikan botol dengan air dan sukat jumlah susu formula dengan betul di dalam bekas lain, jadi ia mudah untuk disediakan.

  • Selimut. Boleh juga digunakan sebagai alas persalinan lampin atau kain pelindung menyusu.

  • Tuala kecil. Untuk menyendawakan bayi, mencuci muka dan tangan dan membersihkan kekotoran lain.

  • Pad payudara tambahan.

  • Makanan dan sudu untuk bayi. Jika bayi anda sudah mula makan makanan pejal.

  • 2–3 lapik dada

  • Puting hisap. Sediakan puting tambahan jika perlu.

  • Gegelang gigit. Gigi bayi boleh mula tumbuh seawal 3 bulan.

  • Mainan atau buku. Untuk menghiburkan hati si kecil.

  • Krim antiseptik. Untuk luka kecil atau gigitan.

 

Benda berguna lain jika anda mempunyai lebih ruang.

 

Benda-benda lain yang boleh memudahkan perjalanan anda tetapi anda juga boleh memilih untuk meninggalkannya di rumah.

  • Biskut atau snek lain. Untuk anda dan bayi anda.
  • Penggendong atau selendang untuk mendukung anak anda.
  • Topi. Untuk melindungi muka anak anda daripada cahaya matahari.
  • Krim pelindung matahari dan penghalau nyamuk. Terutama sekali apabila anda berada di luar.
  • Kamera
  • Rekod imunisasi atau kesihatan lain. Simpankannya di dalam beg Ziploc (untuk melindunginya daripada tumpahan) jadi anda sentiasa bersedia jika berlaku kecemasan.
  • Dawai penyangkuk yang murah. Untuk digunakan di tandas awam yang tiada penyangkuk beg.

Adakah anda tahu bahawa rata-rata bayi akan memerlukan 1057 perubahan lampin dalam 6 bulan pertama? Dapatkan promosi eksklusif dan sampel lampin percuma dengan menyertai Huggies Club sekarang!

 

Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah untuk tujuan perkongsian informasi sahaja dan bukan sebagai gantian kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan oleh pakar. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan untuk sebarang persoalan berkenaan keadaan perubatan. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan, tidak mengendahkan nasihat perubatan atau berhenti mengambil rawatan perubatan disebabkan oleh maklumat di dalam laman ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Kimberly-Clark tiada liabiliti atau bertanggungjawab untuk tuntutan, kesilapan atau pengabaian di dalam laman ini, dan boleh meminda material pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

ARTIKEL YANG BERMINAT

3-tummy-time-workouts-your-baby-will-love
BayiI Bergerak 22/06/2020

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

Meniarapkan bayi anda dapat membantu mereka membina kekuatan pada otot kepala, leher, bahu dan belakang. Bayi anda memerlukan otot-otot ini untuk berguling, bangun duduk, merangkak dan meneroka dunia, jadi ia penting untuk menjadikan senaman perut sebagai rutin bayi anda.

Baby-Physical-Development-Ready-Set-Go-Your-Babys-on-the-Move
BayiI Bergerak 22/06/2020

Perkembagan Fizikal Bayi: Dari Berjalan ke Merangkak

Sebaik sahaja bayi anda mengambil langkah pertamanya merupakan detik yang anda nanti-nantikan sebaik sahaja anda membawa bayi anda pulang. Apa yang mungkin anda tidak tahu ialah bayi anda sedang berlatih berjalan sejak mereka lahir lagi.

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK