"Saya gunakan lampin yang sama sejak semalam dari pukul 10 malam hingga pukul 9 pagi hari ini, dan saya masih rasa selesa dan kering."

Pengguna elainechonglm
Dicadangkan untuk anda

SAIZ BERSESUAIAN DAN KEKERINGAN BAGI BAYI AKTIF

Hamil 16 minggu

KONGSI ARTIKEL

Minggu ini masih dikira sebagai peringkat awal tetapi fokus penuh diberikan kepada bayi, sambil tetap mengutamakan keperluan peribadi anda. Kalau anda masih belum dapatkan ujian darah khusus, sila rujuk dengan pakar obstetrik kerana ianya sangat penting untuk kesihatan anda dan kandungan.

 

Dalam minggu ini juga perut anda semakin membesar kerana ‘fundus’ (bahagian atas uterus) adalah lebih kurang 16 sentimeter dari tulang pubis anda.

 Bengkak pada gusi atau Gingivitis adalah salah satu penyebab kelahiran pramatang. Oleh itu, penjagaan kebersihan oral adalah sangat penting tetapi jangan risau! Guna berus gigi yang lembut dan pastikan tukar berus gigi dengan kerap. Berus gigi dua kali sehari, gunakan flos setiap hari dan pastikan bahagian belakang lidah anda juga diberus kerana di situlah bakteria yang menyebabkan gigi reput selalu membiak. Temu janji di klinik pergigian juga amat penting ketika kehamilan, sekurang-kurangnya sekali.

Kalau anda mengalami sembelit dan pergerakan usus yang perlahan, minumlah air dengan banyak dan makan makanan yang membuatkan perut lawas seperti buah-buahan,sayuran dan bijiran. Senaman juga boleh membantu mengatasi masalah ini.

Lelehan faraj berlebihan adalah perkara normal, tetapi selagi ia tak berbau dan membuatkan rasa gatal, ia bukanlah jangkitan. Sel yang mengeluarkan mukus dalam faraj melindungi daripada jangkitan.

Otot dan ligamen di bahagian tepi perut anda akan direnggang kerana saiz uterus yang semakin membesar, menyebabkan rasa sakit yang perit. Elak daripada bergerak tergesa-gesa dan jangan berdiri terlalu lama.

Perubahan bayi dalam minggu ini

Otot yang mengawal pergerakan mata bayi mula berfungsi dan bayi boleh menggerakan mata mereka ke kiri dan kanan. Mereka juga memberikan reaksi terhadap cahaya yang menembusi dinding abdomen, walaupun kelopak mata masih tertutup melindungi mata.

Selalunya dalam minggu ini, bayi akan mula perasan kewujudan tali pusat dan akan memegangnya. Jangan risau kerana ini tak mengganggu aliran darah kepada bayi.

 Kantung cecair amnion atau pun dikenali sebagai air ketuban melindungi bayi dengan selamat dan selesa.

  Kalau anda dikategorikan sebagai hamil dengan bayi yang mempunyai masalah kromosom, disarankan untuk mengambil ujian CVS (Pensampelan Vilus Korionik) atau Amniosentesis. CVS boleh dilakukan sebelum atau selepas minggu ke-12. Amniosentesis boleh dilakukan di antara minggu 14-16 atau seterusnya. Ujian ini adalah untuk menentukan posisi plasenta dan bayi di dalam uterus.

Perasan tak bintik-bintik dan tahi lalat menjadi lebih gelap? Ini adalah kerana penggelapan pigmen (melatonin) pada kulit. Gunakan krim pelindung matahari untuk mengelakkan penggelapan ketara dan pakai krim ini secara kerap sepanjang hari. Pilih krim yang melindung daripada UVA (cahaya penuaan) dan UVB (cahaya haba).

 Walaupun minggu ini masih dianggap awal, tak salah untuk merancang keputusan praktikal dari awal seperti cuti bersalin dan lokasi untuk anda berpantang.  

Walaupun bayi anda sudah boleh ‘lihat’ cahaya dalam minggu ini, kelopak matanya belum terbentuk dengan lengkap lagi sehinggalah minggu ke-20 dan mata akan buka sepenuhnya di antara minggu ke-26 dan 28.

 

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Hamil 16 minggu

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Tanda Regangan Kehamilan

Tanda Regangan Kehamilan

Baca Lebih Lanjut