"Saya gunakan lampin yang sama sejak semalam dari pukul 10 malam hingga pukul 9 pagi hari ini, dan saya masih rasa selesa dan kering."

Pengguna elainechonglm
Dicadangkan untuk anda

SAIZ BERSESUAIAN DAN KEKERINGAN BAGI BAYI AKTIF

Hamil 18 minggu

KONGSI ARTIKEL

Bagi para ibu yang bakal menimang cahaya mata buat pertama kali, minggu ini boleh menjadi salah satu minggu yang paling menggembirakan. Anda boleh merasakan pergerakan di dalam perut dan ini adalah salah satu memori yang pasti anda ingat sampai bila-bila.

 

Saiz rahim anda akan diperiksa setiap kali pemeriksaan antenatal dibuat. Tujuannya adalah untuk mengukur perkembangan bayi berbanding tarikh anda dijangka bersalin.

Tanda regang kulit akan mula muncul pada kulit kebanyakan kaum ibu, lebih-lebih lagi bila berat badan bertambah di dalam peringkat ini. Anda boleh sapukan krim emolien tetapi tak digalakkan untuk guna terlalu banyak kerana tak banyak membantu untuk menghilangkan tanda regang buat masa ini.

Tidur berdengkur boleh disebabkan oleh membran mukus tersumbat atau ruang nasal tersumbat. Kalau anda mula berdengkur secara tiba-tiba, tambahkan bilangan bantal dan tidur mengiring, atau cuba guna alat semburan hidung bergaram.

Pilih makanan rendah GI (Indeks Glisemik) yang mengambil masa lama untuk dihadam. Ini membantu perut rasa kenyang buat masa yang lama.

Perubahan bayi dalam minggu ini

  • ● Bayi mula menghisap ibu jari
  • ● Tulang bayi mula mengeras dan kurang berupa rawan

Melalui ujian ultrabunyi, dalam minggu ini akan nampak semakin jelas bayi sedang menghisap ibu jari. Ambil juga makanan yang tinggi kalsium seperti produk tenusu, ikan dengan tulang yang boleh dimakan dan kacang badam. Ini kerana tulang bayi dalam proses menjadi semakin kuat dan pengambilan kalsium adalah penting.

 

Buat masa ini, penghujung saraf yang terletak pada dinding rahim belum bersentuhan secara langsung dengan bayi. Tetapi semakin bayi membesar, mereka akan bersentuhan dengan saraf tersebut melalui pergerakan, sekali gus membuatkan anda peka bila mereka bergerak. Tetapi ingat, setiap bayi mempunyai pergerakan tersendiri, dan setiap ibu akan merasakan pergerakan yang berbeza mengikut individu. Ada individu yang segan untuk kongsikan pengalaman ini dengan orang lain kerana mereka fikirkan saat bayi bergerak ini adalah saat intim yang sangat peribadi. Perkara ini adalah normal, tetapi sekurang-kurangnya anda perlu kongsikan pengalaman ini bersama pasangan anda. Mereka berhak kerana pasangan juga adalah sebahagian daripada kehamilan ini.

Senaraikan perkara yang anda perlu buat atau soalan yang ingin ditanya kepada doktor sebelum anda terlupa. Jangan risau, sindrom amnesia kehamilan adalah normal pada peringkat ini.

Kesan lecuran atau melecet juga boleh terjadi pada bahagian lengan, tangan, pergelangan tangan atau hari bayi. Tetapi ia akan pulih dalam masa beberapa hari.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Tanda Regangan Kehamilan

Tanda Regangan Kehamilan

Baca Lebih Lanjut