"Saya gunakan lampin yang sama sejak semalam dari pukul 10 malam hingga pukul 9 pagi hari ini, dan saya masih rasa selesa dan kering."

Pengguna elainechonglm
Dicadangkan untuk anda

SAIZ BERSESUAIAN DAN KEKERINGAN BAGI BAYI AKTIF

Hamil 22 minggu

KONGSI ARTIKEL

Anda akan luangkan lebih banyak masa menerima kenyataan dan realiti tentang kehamilan dalam minggu ini.

Sangkar rusuk akan berkembang untuk memberikan paru-paru anda lebih banyak ruang untuk membantu proses pernafasan. Tetapi anda tetap boleh rasa mengah kerana ada beberapa lagi aktiviti lain yang berlaku di dalam badan, termasuk sistem peredaran darah yang bekerja lebih keras mengedarkan oksigen ke seluruh badan.

Progesteron adalah satu hormon kehamilan yang penting, di mana ia melembutkan ligamen tulang pelvis, dan juga memberi kesan pada otot sistem pencernaan supaya proses makanan dihadam dengan perlahan. Jadi, kawal nafsu makan anda daripada mengambil makanan yang pedas dan berat.

Roti putih dan pasta tak membantu melancarkan pergerakan usus, bermakna ia bukan diet yang penting untuk bantu perut menjadi lawas. Dapatkan nasihat doktor kalau masalah sembelit berlarutan.

Ada kebarangkalian badan anda menyimpan air yang lebih dan boleh dilihat bila anda berdiri dalam tempoh lama, sama ada kaki cepat rasa sakit atau tak. Gunakan kasut yang selesa dan mudah dipakai.

Perubahan bayi dalam minggu ini

  • ● Aktiviti bayi adalah menghisap ibu jari, memegang tali pusat, tersedu dan berlatih refleks mencengkam.
  • ● Kulit kelihatan semakin kurang lutsinar kerana lemak mula terbentuk.
  • ● Kuku yang sangat kecil juga terbentuk
  • ● Jantina semakin jelas
  • ● Otot bayi semakin berkembang

Kalau bayi perempuan, dalam minggu ini rahimnya mula terbentuk manakala untuk bayi lelaki, testis akan turun dari abdomen ke dalam skrotum. Hormon kehamilan boleh menyebabkan bayi lahir dengan saiz jantina yang besar, tetapi akan kembali kepada saiz normal selepas beberapa minggu.

Kelopak mata bayi masih melekat dengan mata, tetapi mereka sudah boleh mengesan di antara cerah dan gelap. Mata bayi akan dibuka bila hampir dengan penghujung tempoh gestasi.

 

Jaga tulang belakang anda. Jangan membongkok untuk mengangkat anak atau objek berat.

Tilam yang digunakan mestilah selesa dan menyokong tulang belakang anda kerana kebanyakan masa anda hanya akan berbaring.

Kalau anda semakin senang lupa, jangan risau kerana semua ibu yang hamil juga sama. Fokus untuk buat satu perkara dalam satu masa, sebelum beralih kepada perkara lain.

Bila anda rasa pergerakan seperti berpusing, rasa seperti dicucuk, atau seperti renjatan elektrik di bahagian pundi kencing, itu semua adalah tanda-tanda bayi anda adalah bayi yang aktif.

Pakaian anda perlu bersesuaian dengan saiz badan yang semakin bertambah. Tiada paksaan untuk pakai jenis pakaian apa, asalkan anda selesa dan gembira memakainya. Ingat, kesejahteraan anda memberi kesan kepada bayi juga.

Anda boleh mula merancang untuk pilih nama bayi dalam tempoh ini bersama pasangan. Ada pelbagai buku panduan tentang nama bayi, atau boleh rujuk nama-nama di kalangan keluarga. Terdapat juga laman web tentang pemilihan nama, dan laman web Huggies mempunyai data yang meluas untuk pilihan nama.

Nikmatilah saat-saat gembira dalam menjalani selok-belok menjadi seorang ibu!

Cuba juga untuk makan makanan lebih berkhasiat (bukan snek atau makanan bergula) daripada kumpulan makanan berlainan supaya keperluan kalori dapat dipenuhi, agar anda dan bayi mendapat mikronutrien yang cukup.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Tanda Regangan Kehamilan

Tanda Regangan Kehamilan

Baca Lebih Lanjut