"Saya gunakan lampin yang sama sejak semalam dari pukul 10 malam hingga pukul 9 pagi hari ini, dan saya masih rasa selesa dan kering."

Pengguna elainechonglm
Dicadangkan untuk anda

SAIZ BERSESUAIAN DAN KEKERINGAN BAGI BAYI AKTIF

Hamil 23 minggu

KONGSI ARTIKEL

Dalam trimester kedua, sering terjadi mimpi melibatkan bayi yang boleh mengganggu tidur anda. Tetapi ini hanyalah mimpi, bukan realiti.

Kejang otot biasanya terjadi sebab kandungan kalsium atau magnesium yang rendah dalam diet dan juga tahap garam rendah. Kalau anda rasa kejang pada bahagian betis, cuba luruskan kaki dan guna tangan untuk tolak kaki ke arah keting. Kaedah ini berkesan untuk pulihkan kaki yang kejang.

Sindrom carpel tunnel boleh membuatkan anda rasa kebas di bahagian ibu jari dan jari telunjuk. Dapatkan nasihat daripada doktor dan selalunya fisioterapi diperlukan untuk merawat sindrom ini.

Hormon kehamilan juga boleh mengakibatkan pening kepala yang berlanjutan untuk beberapa minggu, oleh itu pastikan anda sentiasa minum air untuk sejukkan suhu badan. Tetapi, kalau pening kepala tidak hilang dalam tempoh lama, cepat-cepat berjumpa dengan doktor.

Lelehan faraj keputihan, berair dan tak berbau adalah normal ketika kehamilan, tetapi tetap ada kebarangkalian untuk kena jangkitan yis. Kalau anda rasa panas dan gatal-gatal di bahagian kelamin, terus dapatkan nasihat doktor.

Kontraksi Braxton Hicks adalah kontraksi rahim tanpa rasa sakit, yang berlaku di kawasan atas rahim. Selalunya anda akan rasa kontraksi ini selepas bersenam, selepas bersama pasangan, semasa membongkokkan badan atau boleh terjadi secara tiba-tiba. Ini adalah tanda badan anda berlatih untuk bersalin.

Perubahan bayi dalam minggu ini

  • ● Panjang bayi kurang dari 20 sentimeter, dari kepala ke pinggul dan berat lebih kurang 500 gram
  • ● Paru-paru mula menghasilkan surfaktan, bahan yang membantu alveoli kekal terbuka ketika dilahirkan
  • ● Kamar jantung dan saluran darah utama yang menuju ke jantung boleh dilihat jelas melalui ultrabunyi
  • ● Telinga sudah berfungsi secara penuh
  • ● Bayi sudah mula menggerakkan semua otot, dan anda akan rasa pergerakan yang lebih kuat

Panjang dan berat bayi anda semakin bertambah tetapi rupa fizikal masih kurus kerana kulit berkembang dengan lebih laju berbanding pembentukan lapisan lemak di bawah kulit. Alveoli adalah poket udara kecil dengan bilangan yang banyak dalam paru-paru, berfungsi untuk membenarkan udara masuk melalui saluran darah di sekeliling paru-paru. Surfaktan kemudian pula akan dihasilkan di dalam alveoli. Bila berlaku kelahiran pramatang, ibu akan diberikan suntikan steroid untuk membantu meningkatkan jumlah surfaktan bayi.

Walaupun bersaiz kecil, jantung bayi akan berkembang seiring dengan organ-organ lain sehingga mencecah saiz seperti sebiji kacang walnut.

Telinga yang sudah berfungsi sepenuhnya membolehkan bayi memberi reaksi terhadap bunyi yang didengar. Perhatikan reaksi pergerakan mereka bila ada bunyi pintu ditutup kuat atau bunyi anjing menyalak.

Ahli berpendapat rawatan tradisional adalah lebih sihat dan murah, tetapi pakar perubatan tidak menggalakkan kaedah itu kerana khuatir dengan kesalamatannya terhadap wanita hamil.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Tanda Regangan Kehamilan

Tanda Regangan Kehamilan

Baca Lebih Lanjut