"Saya gunakan lampin yang sama sejak semalam dari pukul 10 malam hingga pukul 9 pagi hari ini, dan saya masih rasa selesa dan kering."

Pengguna elainechonglm
Dicadangkan untuk anda

SAIZ BERSESUAIAN DAN KEKERINGAN BAGI BAYI AKTIF

Hamil 25 minggu

KONGSI ARTIKEL

Tiba waktu di mana perut anda semakin membulat tetapi tetap jelita dengan kehamilan. Bagi yang pertama kali menjadi ibu, pasti anda rasa gembira dan gementar dalam pada masa yang sama. Tapi tak mengapa, semuanya adalah normal dan baik-baik saja.

Gusi anda mudah untuk kena gingivitis dan senang berdarah. Pastikan berus gigi dua kali sehari dan flos setiap malam. Terus berjumpa dengan doktor kalau rasa gusi tidak selesa.

Rasa mengidam untuk makan biskut, kek atau snek-snek lain memang kuat tapi tak membuatkan perut anda kenyang untuk masa yang lama. Sebab itulah anda kena makan roti bijirin penuh, mufin, buah, minuman bersusu dan bijiran berkualiti tinggi. Elakkan makanan tidak berkhasiat.

Perubahan bayi dalam minggu ini

  • ● Lubang hidung terbuka sepenuhnya
  • ● Surfaktan terhasil, bahan yang meliputi alveoli di dalam paru-paru supaya kekal terbuka dan bayi boleh bernafas dengan sendiri ketika dilahirkan
  • ● Bayi akan berada di dalam kedudukan songsang di dalam rahim
  • ● Anda boleh dengan denyutan jantung bayi ketika kunjungan antenatal minggu ini

Kedudukan songsang bermaksud kedudukan bayi dalam rahim yang punggungnya di bahagian bawah dan kepala di bawah tulang rusuk. Atau bayi juga boleh berada dalam kedudukan melintang; senget atau serong; di dalam rahim. Tetapi masih banyak ruang dalam uterus untuk bayi bergerak dan mengambil semula posisi normal.

Secara purata, denyutan jantung bayi adalah dua kali ganda berbanding denyutan jantung ibu.

Elakkan keju lembut, coleslaw, pate, susu tak dipastur, hirisan daging sejuk, sushi dan daging mentah kerana mengandungi listeria.

Kalau anda tidur dengan lasak, pasti susah untuk tidur hanya dalam satu posisi. Cuba rehatkan badan sebelum tidur dengan mandi atau minum teh buah.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Tanda Regangan Kehamilan

Tanda Regangan Kehamilan

Baca Lebih Lanjut