Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 26 minggu

Hamil 26 Minggu | Huggies Malaysia

Kehamilan Di Minggu Ke-26 | Huggies Malaysia

Anda sekarang berada di dalam minggu keenam kehamilan. Pemeriksaan antenatal akan dilakukan dua kali sebulan dalam trimester dua, tetapi akan menjadi lebih kerap untuk memerhatikan perkembangan dengan lebih teliti.

Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 26 Minggu | Huggies Malaysia

Peningkatan jumlah darah dalam badan anda sebanyak 25% dianggarkan berlaku dengan akan terus meningkat menuju ke minggu 35 kehamilan.

Kontraksi Braxton Hicks membantu menguatkan rahim kerana anda akan rasakan kontraksi pada kadar tak menentu, lebih-lebih lagi ketika membongkok, melakukan hubungan kelamin, berdiri dari posisi duduk atau sedang naik tangga.

 

Makan makanan yang tinggi dengan serat, minum air dengan banyak dan bersenam secara kerap untuk mengelakkan sembelit.

 

 

Kalau anda rasa pening atau seperti mahu pitam, cuba duduk dan letakkan kepala di atas riba, kemudian panggil sesiapa yang berdekatan untuk teman anda. Kalau anda berseorangan, cuba duduk sehingga sampai hilang rasa pening. Jangan risau kerana perkara ini adalah normal di kalangan wanita hamil.

 

Perubahan bayi dalam minggu ini

  • Bayi mula meregangkan tangan dan kaki tetapi selalunya akan mengerekot dengan kaki dan tangan rapat ke dada
  • Mata mula dibuka yang bermaksud kelopak mata tidak lagi melekat pada mata
  • Pergerakan bayi semakin meningkat dari sekarang hingga minggu ke 30
  • Panjang bayi semakin bertambah dan juga lapisan lemak di bawah kulit
  • Secara purata, berat bayi dianggarkan sebanyak 3.5 kilogram.
  • Anda akan perasan yang bayi mempunyai pergerakan tertentu dan ia tidur dan bergerak secara sekata

Dalam minggu seterusnya, mata bayi akan mula mengelip, dibuka dan ditutup, dan mula belajar untuk fokus pada penglihatan. Saiz dan berat bayi adalah bergantung pada genetik dan DNA individu.

 

Anda akan rasakan pergerakan bayi lebih ketara kerana ia semakin membesar dan semakin kerap dan sekata kerana cecair amnion semakin berkurangan.

 

Tips Untuk Mengandung 26 Minggu | Huggies Malaysia

Pastikan anda makan makanan yang kaya dengan zat besi kerana anemia selalu berlaku ketika kehamilan.

Tahukah Anda - Kehamilan 26 Minggu | Huggies Malaysia

Kekurangan zat besi yang tak serius memang tak memberi kesan pada bayi di dalam rahim, tetapi kalau tak dirawat, ia boleh melarat lebih-lebih lagi di dalam trimester dua di mana ada risiko bayi dilahirkan dengan Berat Badan Lahir Rendah.

ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK