"Saya gunakan lampin yang sama sejak semalam dari pukul 10 malam hingga pukul 9 pagi hari ini, dan saya masih rasa selesa dan kering."

Pengguna elainechonglm
Dicadangkan untuk anda

SAIZ BERSESUAIAN DAN KEKERINGAN BAGI BAYI AKTIF

Hamil 28 minggu

KONGSI ARTIKEL

Anda sekarang memasuki trimester ketiga. Pejam celik tak sangka sudah 28 minggu bukan? Tiba masa untuk anda berehat kerana peringkat ini penting untuk pembentukan paru-paru bayi. Jadi berehatlah dengan membaca buku, minum teh kamomil atau hayati lagu klasikal!

Perubahan yang dilalui oleh bayi anda

Rupa bayi anda terbentuk dengan laju dan semakin menyerlah ciri-ciri fizikalnya di dalam minggu ke-28. Anggaran berat adalah 2.22 paun atau 1 kilogram dan panjang dari hujung kepala ke hujung kaki dalam 14.80 inci. Bayi juga sudah mudah berlatih untuk bernafas.

Cecair amnion dihirup dan ditelan masuk ke dalam paru-paru semasa bernafas dan bayi juga sudah mula menghisap jari, mengelip mata, berguling, menendang, menggenggam dan tersedu.

Otak bayi mula berubah dari rupa lembut dan bulat kepada bentuk bujur dengan permukaan berlekuk. Rambut juga akan mula tumbuh di mana sesetengah bayi dilahirkan dengan rambut lebat dan ada yang botak atau rambut halus. Ada juga bayi yang dilahirkan dengan segumpal rambut sahaja.

Tiada apa yang boleh anda lakukan untuk menghalang daripada tanda regang kulit yang terbentuk pada perut, dada, pinggang dan paha. Anda juga akan belajar untuk lakukan sesuatu kerja dengan lebih cepak bila duduk mencangkung dan membongkokkan badan menjadi lebih sukar.

Kalau anda bekerja di pejabat, aturkan meja kerja yang kemas. Selaraskan ketinggian kerusi supaya anda duduk dengan lebih selesa.

Kolostrum merupakan susu ibu dalam peringkat awal. Ia adalah cecair pekat, berwarna cerah atau kekuningan dan mempunyai antibodi tinggi. Ia juga adalah tanda payudara ada sudah mula tempoh berlaktasi dan bersedia untuk menghasilkan susu ibu.

  • ● Anda akan kerap ke tandas selang setiap lima minit, kerana kedudukan bayi yang berada di atas pundi kencing. Berwaspada juga dengan perut yang tak lawas dan pedih hulu hati.
  • ● Badan anda akan terus menghasilkan hormon relaxin dan progesteron, dan badan akan rasa semakin selesa.
  • ● Kuatkan otot dengan senaman regangan bagi mengelakkan sakit belakang. Rujuk dengan pakar fisioterapi obstetrik untuk mengenal pasti bahagian otot dan sendi yang bermasalah.
  • ● Anda kerap berdiri? Pastikan anda guna tali pinggang penyokong ibu hamil.
  • ● Teringin pergi bercuti? Cepat-cepat pilih destinasi sebelum anda ke hospital untuk bersalin.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Tanda Regangan Kehamilan

Tanda Regangan Kehamilan

Baca Lebih Lanjut