"Saya gunakan lampin yang sama sejak semalam dari pukul 10 malam hingga pukul 9 pagi hari ini, dan saya masih rasa selesa dan kering."

Pengguna elainechonglm
Dicadangkan untuk anda

SAIZ BERSESUAIAN DAN KEKERINGAN BAGI BAYI AKTIF

Hamil 34 Minggu

KONGSI ARTIKEL

Para ibu semua, jaga-jaga dengan apa yang anda cakap. Di waktu ini, bayi sudah boleh dengar suara anda dan juga nyanyian tidak kira sama anda merdu atau tidak. Jangan segan silu dendangkan lagu untuk Si Manja ya. Bila anda rasa bahagian abdomen seperti ditekan dan dipicit, cuba untuk regangkan badan. Sikit masa saja lagi sebelum pengalaman ini berakhir.

Kalau anda mengandung bayi lelaki, hormon kehamilan akan buatkan skrotumnya membengkak ketika lahir. Untuk bayi perempuan pula, bahagian vulvanya seakan gebu dan membengkak juga. Tetapi kedua-dua keadaan ini akan surut selepas beberapa minggu.

Cecair amnion dihirup dan ditelan masuk ke dalam paru-paru semasa bernafas dan bayi juga sudah mula menghisap jari, mengelip mata, berguling, menendang, menggenggam dan tersedu.

Bayi kini semakin mudah untuk membuka dan menutup mata. Dalam minggu ke-34, verniks kaseosa yang masih melindungi kulit dengan meliputi seluruh badan. Manakala lanugo - rambut halus yang tumbuh di permukaan kulit akan mula gugur.

Kejang di kaki dan badan kerap adalah normal menuju ke tarikh bersalin. Tetapi, kalau anda rasa sakit di pelvis, rahim berdarah atau sakit pinggang, hubungi doktor serta-merta.

Perut anda akan nampak sedikit atau ketara tergantung ke bawah - ini kerana bayi sudah turun ke bahagian pelvis. Sekaligus memberi tekanan berlebihan kepada pundi kencing dan anda akan kerap mahu pergi ke tandas. Jumlah cecair amnion meningkat dengan maksimum untuk membolehkan bayi membesar dan memberikan ruang untuk pergerakan kalistenik.

  • ● “Babymoon” adalah peluang untuk luangkan masa berkualiti bersama pasangan sambil merancang kelahiran cahaya mata. Masa yang sesuai juga untuk bergambar kenangan perjalanan kehamilan anda.
  • ● Anda mungkin rasa diri kurang menawan, tetapi akan ada masa di mana bila anda melihat kembali gambar ketika hamil, ibu-ibu mengandung ada kecantikan tersendiri.
  • ● Keseimbangan badan yang berubah membuatkan wanita hamil senang terjatuh. Perut yang besar menyukarkan anda untuk melihat permukaan yang dipijak, jadi pastikan anda ambil langkah dengan cermat.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Tanda Regangan Kehamilan

Tanda Regangan Kehamilan

Baca Lebih Lanjut