"Saya gunakan lampin yang sama sejak semalam dari pukul 10 malam hingga pukul 9 pagi hari ini, dan saya masih rasa selesa dan kering."

Pengguna elainechonglm
Dicadangkan untuk anda

SAIZ BERSESUAIAN DAN KEKERINGAN BAGI BAYI AKTIF

Hamil 36 Minggu

KONGSI ARTIKEL

Mekonium adalah satu bahan berwarna hitam, meletik dan seakan tar yang akan menyumbang pergerakan usus. Ada bayi yang akan mengeluarkan mekonium semasa masih di dalam rahim, bermakna bayi berada dalam keadaan tak selesa dan cecair amnion akan bertukar daripada jernih dan berair menjadi kehijauan. Bila air ketuban pecah dan anda nampak cecair berwarna kehijauan, pastikan anda terus diperiksa oleh bidan atau doktor.

 Struktur tengkorak bayi adalah kompleks dan tulang di bahagian kepala hanya akan lengkap berkembang semasa bayi membesar. Acuan bentuk tengkorak bayi perlu sama dan berpandukan kanal lahir ibu ketika bersalin.

 Kepala bayi akan mula bergerak dan jatuh ke ruang pelvis dalam minggu ini kalau ini adalah kehamilan anda yang pertama. Sekarang pergerakan bayi adalah terhad kerana ruang pelvis yang semakin sempit baginya. Kalau posisi bayi bukan kepala dahulu di rahim, anda perlu berbincang dengan bidan atau doktor tentang pilihan terbaik untuk kaedah bersalin.

 Perubahan fizikal anda dalam minggu ini

 Anda disyorkan untuk lebih banyak tidur dalam posisi mengiring. Disebabkan hanya ada dua bahagian sahaja untuk tidur mengiring, pinggang dan paha anda akan senang rasa sakit sedikit. Biasakan diri untuk tidur dalam posisi ini sambil kerap pergi ke bilik air. Ini kerana rahim yang semakin penuh dengan saiz bayi akan menekan pundi kencing, membuatkan anda rasa senang mahu buang air.

 Elakkan daripada bangun tergesa-gesa ketika sedang baring, alihkan badan dengan perlahan supaya tekanan darah tidak naik mendadak. Biasanya doktor akan menasihatkan anda untuk hadirkan diri ke kelas antenatal mingguan dari minggu ini sehingga anda bersalin. Setiap temu janji bersama doktor, urin, tekanan darah, berat dan saiz rahim akan diperiksa, termasuk ketinggian fundus yang akan diukur untuk memastikan anggaran sama dengan tarikh bersalin. Kalau ada ralat dalam bacaan, anda akan dihantar untuk buat ujian ultrabunyi untuk memeriksa saiz bayi, jumlah cecair amnion dan saiz plasenta. Tulang pelvis akan mula longgar dan terpisah, sebab itu anda akan rasa lenguh dan sakit. Tindak balas bayi sekarang semakin aktif, selalunya bayi akan terus membalas balik bila anda sentuh perut dengan jari.

 Persiapkan diri dalam minggu-minggu terakhir dengan mandi air suam, dapatkan urutan badan dan berehat secukupnya. Bila kepala bayi mula bergerak ke ruang pelvis, anda boleh bernafas dengan lebih mudah kerana paru-paru dan diafragma boleh berkembang dan beralih hampir ke posisi asal.

 Tips untuk minggu ini

 Sila buat temu janji dengan doktor gigi sekerap mungkin dan penting juga untuk anda berus gigi dua kali sehari dan flos gigi. Bakteria yang menyebabkan gigi reput sangat mudah berjangkit dan boleh merebak ke mulut bayi melalui air liur dan nafas ibu.

 Berhati-hati dengan tidur di waktu siang, kerana tidur siang yang lama boleh membuatkan anda susah untuk tidur di waktu malam. Tidur siang dalam tempoh sejam sudah mencukupi untuk merehatkan minda.

 Buat rujukan dan perancangan untuk sediakan tempat tidur bayi, sambil tambah pengetahuan untuk tangani risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Tanda Regangan Kehamilan

Tanda Regangan Kehamilan

Baca Lebih Lanjut