"Saya gunakan lampin yang sama sejak semalam dari pukul 10 malam hingga pukul 9 pagi hari ini, dan saya masih rasa selesa dan kering."

Pengguna elainechonglm
Dicadangkan untuk anda

SAIZ BERSESUAIAN DAN KEKERINGAN BAGI BAYI AKTIF

Hamil 38 Minggu

KONGSI ARTIKEL

Bila-bila saja anda boleh bersalin bermula dari minggu ini. Sambil anda rasa tak selesa dan menahan sakit, perhatikan tanda-tanda bersalin kerana bayi sudah berada sangat rendah di bahagian pelvis dan bersentuhan dengan pelbagai saraf.

 Bayi lebih banyak tidur dan berehat kerana ruang semakin sempit untuk bergerak aktif, dan juga menyimpan tenaga untuk diguna ketika dilahirkan. Bila bayi bergerak, pasti anda dapat rasa kerana pergerakannya semakin kuat dan bertenaga. Tapi kalau anda pergerakan seperti lemah atau semakin kurang, jangan tunggu-tunggu. Terus hubungi bidan atau doktor anda.

 Benda pertama yang anda nampak bila pandang ke bawah adalah bahagian perut, kerana saiz yang besar anda kini sudah tidak nampak lantai bila berjalan. Perut juga adalah bahagian badan pertama yang akan masuk ke mana-mana bilik.

 Posisi tidur yang terbaik adalah dengan mengiring ke kiri atau ke kanan, dengan kaki dibengkokkan di bahagian lutut sambil memeluk bantal. Ini bertujuan untuk mengelakkan saluran darah utama (vena kava) dihempap oleh berat rahim kalau anda baring terlentang. Saiz perut juga menghalang untuk anda tidur meniarap.

 Kaki dan pergelangan kaki yang semakin membengkak membuatkan kedua-duanya seperti bercantum di mana ia disebut sebagai "cankle".

Jauhkan diri dari orang ramai atau individu yang tak sihat.

Dapatkan maklumat dan berbual dengan rakan atau ahli keluarga yang bersalin baru-baru ini. Kalau mereka ada pengalaman positif dengan pakar pediatrik, kongsikan perkara tersebut dengan doktor anda.

 Tanda-tanda anda akan bersalin tak lama lagi adalah darah mengalir keluar, cirit-birit, rasa mual, kontraksi, sakit belakang dan air ketuban pecah.

 Kurangkan berjumpa dengan terlalu ramai orang atau individu yang tak sihat. Tenaga badan perlu disimpan dan anda perlu berada dalam tahap kesihatan optimum untuk melahirkan anak.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!