"Saya gunakan lampin yang sama sejak semalam dari pukul 10 malam hingga pukul 9 pagi hari ini, dan saya masih rasa selesa dan kering."

Pengguna elainechonglm
Dicadangkan untuk anda

SAIZ BERSESUAIAN DAN KEKERINGAN BAGI BAYI AKTIF

Hamil 40 Minggu

KONGSI ARTIKEL

 

Bayi tetap rasa tenang di dalam rahim, walaupun anda sudah rasa sampai masanya untuk bersalin. Tetapi ruang rahim yang sempit akan memastikan bayi keluar juga akhirnya walaupun ia masih selesa tidur. Doktor akan bertanya kepada anda tentang pergerakan dan tahap keaktifan bayi, dan kalau anda perasan sebarang perubahan pada corak pergerakan. Anda juga mungkin akan diminta untuk membuat catatan atau nota tentang pergerakan bayi untuk dibawa ke temu janji pemeriksaan antenatal. Pemeriksaan CTG (kardiotokografi) mungkin diperlukan untuk memantau denyutan jantung bayi dan aktiviti otot dalam rahim.

Kontraksi Branxton Hicks akan meningkat aliran oksigen dalam darah dari rahim kepada bayi. Kadang-kadang memang akan rasa sakit, jadi anda tak perlu risau melainkan ia kerap berlaku dan rasa sakit yang melampau.

Kalau ada mengalami lelehan cecair dari faraj secara kerap, kontraksi rahim yang sangat menyakitkan lebih kurang setiap 15 minit, atau sakit belakang yang berterusan, terus hubungi doktor. Simptom-simptom berikut boleh menandakan bersalin awal.

Otot pelvis semakin kendur pada bahagian kritikal disebabkan bekerja keras bagaikan anduh untuk menampung rahim yang sangat berat. Silakan duduk sepanjang masa yang boleh dengan selesa, sediakan beberapa cawan air, sejudul buku dan telefon mudah alih disamping anda, dan berehat secukupnya.

Persediaan minit akhir memang memeningkan. Sediakan beberapa helai pakaian untuk tempoh 3 hari kalau anda akan melalui kaedah bersalin secara normal.

Bincangkan pilihan dengan pakar perubatan untuk mendapatkan suntikan bantuan bersalin. Pilihan ini adalah keputusan peribadi dan beberapa faktor perlu dipertimbangkan.

Kalau anda sudah tempah untuk bersalin secara pembedahan Caesarean, besar kemungkinan anda akan bersalin tepat pada minggu terakhir.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Hamil 40 Minggu

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Penjagaan Kulit Semasa Hamil

Baca Lebih Lanjut
Tanda Regangan Kehamilan

Tanda Regangan Kehamilan

Baca Lebih Lanjut