Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Jerawat Batu Semasa Mengandung

Woman exclaiming

Ramai wanita menganggap bahawa masalah jerawat yang dialami semasa muda dan sebelum berkahwin tidak akan timbul lagi semasa mereka mengandung. Malangnya, masalah ditumbuhi jerawat dan jerawat batu semasa mengandung menjadi perkara biasa berlaku pada sesetengah wanita, perkara ini amat ketara dan merunsingkan mereka.

50% wanita mengandung mengalami masalah ditumbuhi jerawat batu ketika mengandung. Justeru itu, percayalah bahawa anda bukanlah satu-satunya ibu mengandung yang menghadapi masalah ini.

Namun, bukan semua wanita mengalami masalah ini seperti waktu remaja mereka. Sesetengah wanita memaklumkan bahawa kulit mereka lebih licin semasa mengandung dan wajah mereka kelihatan lebih bercahaya. Ini secara umum disebabkan oleh volum aliran darah yang menyebabkan kulit muka menjadi kemerah-merahan. Ia juga berpunca daripada pengeluaran minyak tambahan yang berlaku pada kulit semasa mengandung.

Apa Sebenarnya Jerawat Batu?

Jerawat batu adalah istilah yang menggambarkan keadaan kulit di mana pengeluaran minyak (sebum) meningkat lebih tinggi sehingga mengakibatkan pembentukan bintik hitam dan jerawat. Kulit sihat apabila liang roma kekal terbuka dan tidak tersumbat. Namun, apabila jerawat batu tumbuh, pengeluaran minyak yang berlebihan akan menyumbat liang roma dan membentuk bintik hitam dan mengakibatkan jangkitan setempat. Kombinasi bakteria dan sebum mewujudkan jangkitan dan keradangan pada kulit. Turutan kejadian ini mengakibatkan kulit menjadi merah dan radang serta menerbitkan pustul iaitu sejenis jerawat batu yang biasa.

Jerawat cenderung tumbuh di muka, terutamanya di “zon T” yang meliputi dahi, hidung dan menurun ke dagu. Sesetengah wanita ditumbuhi jerawat batu di dada dan belakang tubuh, terutamanya di bahu.

Fenomena jerawat batu bukan setakat satu atau dua jerawat sahaja yang tumbuh. Ia turut meliputi letusan dalam beberapa peringkat evolusi dan resolusi. Sementara ia makin pulih, jerawat baru boleh tumbuh. Ini menimbulkan keresahan seolah-olah kitaran jerawat ini adalah berterusan.

Apa Penyebab Jerawat Batu Semasa Mengandung?

Ia berpunca daripada jumlah hormon berlebihan terutamanya oestrogen dan progesterone yang merupakan hormon seks wanita. Ia turut di sumbang oleh hormon seks lelaki iaitu testosteron dan androgen. Semua hormon ini memainkan peranan secara langsung dalam pengeluaran sebum. Perubahan jumlah gula dalam darah yang mengalir serta insulin hormon juga menjadi penyebab tumbuh jerawat semasa mengandung. Semua faktor ini mempunyai kesan pada pengeluaran minyak – berbanding rembesan biasa padar kadar yang mencukupi untuk melembapkan kulit dan menjadikannya gebu. Lebihan minyak yang dikeluarkan menyumbat liang roma.

Sesetengah orang masih percaya bahawa jerawat batu menggambarkan kelemahan mereka menjaga kesihatan. Ini tidak benar. Walaupun pembersihan secara kerap membantu memulih gejala jerawat batu, namun ia bukan “pemulihan muktamad” bagi masalah ini. Banyak faktor mempengaruhi kemungkinan ditumbuhi jerawat batu semasa mengandung dan dengan hanya prihatin untuk mencuci muka sahaja, ia tidak mampu menyelesaikan masalah ini.

Anda harus tahu bahawa dalam kebanyakan kes, jerawat batu yang tumbuh semasa mengandung adalah disebabkan oleh hormon yang berlebihan. Ia perlu untuk menstabilkan kandungan serta menyokong pertumbuhan bayi. Ia juga diperlukan untuk menyampaikan nutrisi ke uri bagi memastikan kelangsungan kehidupan bayi yang di kandung.

Salah satu hormon lelaki, androgen, cenderung mencapai tahap paling tinggi semasa usia kandungan dalam peringkat trimester ketiga dan ia juga menyebabkan jerawat semasa mengandung bertambah teruk semakin lama usia kandungan tersebut meningkat. Ia juga boleh mengakibatkan pertumbuhan bulu secara berlebihan dan menebalkan kulit ibu mengandung.

Apa Boleh Membantu Menghapus Jerawat Batu Semasa Mengandung?

  • Cuci muka anda dengan pencuci muka khas yang lembut, ringan dan tanpa pewangi.
  • Gunakan air suam, bukan air panas.
  • Gunakan penyental emping oat untuk membantu merungkai liang roma yang tersumbat, tetapi jangan sental terlalu kuat. Semasa mengandung, kulit terlalu sensitif dan memberi reaksi kepada rawatan yang keras.
  • Bilas kulit dengan cermat dan keringkan dengan menepuk-nepuk secara perlahan menggunakan tuala lembut.
  • Ganti tuala dan penyental anda beberapa kali setiap minggu.
  • Anda mungkin ingin gunakan penyerap kapas atau fabrik lembut pakai buang untuk mencuci kulit anda. Jangan guna semula dan dapatkan penyerap pakai buang di pasar raya atau farmasi.
  • Pastikan tuala anda kering dan jangan biarkan ia basah semasa ia digunakan sekali lagi seterusnya.
  • Cuci muka anda dua kali sehari – mencuci lebih daripada itu akan mengeringkan kulit. Walau bagaimanapun, selepas bersenam anda mungkin ingin mencuci muka anda sekali lagi.
  • Gunakan pelembap tanpa minyak atau serum muka. Elak daripada menggunakan terlalu banyak kerana penggunaan berlebihan akan menyumbat liang roma.
  • Elak pendedahan kepada matahari. Haba dan peluh boleh memburukkan lagi masalah jerawat batu.
  • Tukar sarung bantal anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
  • Jika anda berambut panjang dan/atau mempunyai rambut berjurai di depan, sikat rambut anda ke belakang supaya tidak menutup muka.
  • Cuci rambut anda dengan kerap bagi menghilangkan pengumpulan minyak.
  • Minum lebih banyak air dan elak meminum teh/kopi terlalu banyak. Dua cawan sehari sudah memadai.
  • Minta nasihat penyedia perkhidmatan penjagaan ibu mengandung anda jika anda bimbang tentang masalah jerawat batu yang anda hadapi.
  • Berhati-hatilah tentang cara bagaimana anda mencuci tangan anda, terutamanya jika anda cenderung untuk menyentuh muka anda banyak kali.
  • Pastikan diet anda berkhasiat dan menyihatkan. Minimumkan pengambilan lemak tepu dengan menetapkan sekurang-kurangnya lima hidangan mengandungi sayur-sayuran dan dua hidangan mengandungi buah-buahan setiap hari serta meliputi bijirin sepenuhnya.

Apa Yang Tidak Membantu Bagi Merawat Jerawat Batu Semasa Mengandung

  • Mencungkil, memicit atau menggaru jerawat. Ini boleh mengakibatkan jangkitan dan membentuk parut.
  • Elakkan semua makanan ringan dalam diet anda. Coklat dan gula-gula tidak menyebabkan jerawat batu tumbuh. Walau bagaimanapun, kekalkan diet yang sihat sepanjang masa. Memakan makanan ringan sekali-sekala tidak mengapa dan membantu kita untuk kekal dengan pelan pemakanan yang sihat.
  • Tutup kulit dengan mekap, bedak asas atau bahan penutup cela yang tebal. Carilah kosmetik yang tidak minyak, mempunyai kandungan unsur alergenik yang rendah atau hipo, bukan komdomegenik (membentuk bintik hitam).

Apa Yang Boleh Saya Lakukan Bagi Mencegah Jerawat Batu Semasa Mengandung?

Tidak banyak yang anda boleh lakukan secara aktif selain menjaga kebersihan dan rutin pencucian kulit anda. Anda tidak perlu terlalu melampau atau berlebihan semasa mencuci kulit anda. Jika perkara ini tidak dihiraukan, ia boleh memburukkan lagi masalah tersebut dan berpotensi meningkatkan risiko pertambahan lebih banyak bakteria ke dalam kulit anda.

Jika anda secara umum lebih cenderung ditumbuhi jerawat atau mengalami masalah jerawat, masalah tersebut akan bertambah buruk semasa anda mengandung.

Apa Rawatan Masalah Jerawat Disyorkan?

Jika anda mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah rawatan pemulihan masalah jerawat, anda lebih baik meminta nasihat penyedia perkhidmatan semasa mengandung dan/atau doktor anda. Ada beberapa kaedah pengubatan masalah jerawat yang biasa digunakan dilarang penggunaannya semasa mengandung kerana ia boleh menyebabkan kecacatan dan komplikasi semasa melahirkan. Ini termasuk salap topikal iaitu ubat yang disapu ke kulit berbanding ubat yang ditelan kerana mempunyai risiko diserap ke dalam saluran darah ibu berkenaan serta halangan uri bersilang.

Sesetengah doktor akan membuat preskripsi krim dan produk topikal (dipakai pada kulit) yang mungkin mengandungi dos antibiotik yang rendah atau sejenis ejen pengering. Benzoil Peroksida, Glikolik atau Asid Azelaik adalah antara pilihan preskripsi yang lebih biasa diberi oleh doktor. Walau bagaimanapun, masih banyak yang perlu dilakukan dari segi penyelidikan dan penilaian bagi mencapai kepastian dan bukti yang menunjukkan ia selamat digunakan semasa mengandung.

Kebanyakan pengamal penjagaan kesihatan tidak bersedia untuk membuat preskripsi sebarang bentuk rawatan memulih masalah jerawat batu di kalangan ibu yang sedang mengandung atau menyusu badan. Satu-satunya waktu ia akan dipertimbangkan ialah sekiranya semua faktor telah diambil kira dan ibu berkenaan terlalu tertekan dengan masalah jerawat batu yang dialami semasa mengandung.

Adakah Jerawat Batu Yang Saya Alami Kekal?

Jawapannya tidak. Kebanyakan wanita yang mengalami masalah jerawat batu semasa mengandung dapat mengatasi masalah tersebut selepas bayi mereka dilahirkan. Ini mengambil masa beberapa bulan tetapi selalunya pemulihannya berlaku secara perlahan sebaik sahaja hormonnya kembali ke paras sebelum mengandung.

Walau bagaimanapun, sesetengah wanita yang menyusu badan masih terus mengalami masalah “ditumbuhi jerawat” berikutan kehadiran hormon susu badan iaitu prolaktin. Namun, sebaik sahaja paras ini dicapai secukupnya, kulit wanita mengandung itu akan kembali pulih seperti sedia kala.

Rawatan Masalah Jerawat Batu Semasa Mengandung

Terdapat beberapa jenis rawatan yang dikelaskan sebagai tidak boleh diamalkan oleh wanita mengandung. Ia dilarang kerana berpotensi membawa bahaya kepada pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Ia boleh dikelaskan kepada beberapa kategori berbeza

  • Terapi hormon
  • Tetracyclines
  • Topical Retinoid
  • Isotretinoin

Semua ini dianggap kuat dan berpotensi termasuk di bawah perubatan teratogenik kerana ia boleh mengganggu pertumbuhan normal dan perkembangan embrio dan/atau janin. Wanita yang diberi preskripsi ubat ini tidak harus mengandung dan perlu mengambil langkah mencegah kehamilan serta dinasihatkan oleh doktor membuat preskripsi supaya tidak hamil.

ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK