Kehamilan dan Kitaran Ovulasi

KONGSI ARTIKEL

Kehamilan dan Kitaran Ovulasi

Apabila wanita tahu dan peka dengan waktu ovulasi mereka, kesedaran pada fungsi dan perubahan pada badan mereka boleh membantu meningkatkan lagi peluang untuk hamil. Ovulasi boleh berlaku sebanyak 460 kali di dalam jangka hayat seseorang individu wanita, oleh itu ada banyak peluang untuk membuat percubaan.

Bila anda peka dengan waktu ovulasi, mudah untuk anda membuat jadual bagi mendapat atau mengelakkan kehamilan. Tetapi ingat, adalah normal jika anda terlepas pandang tanda-tanda ovulasi walaupun berpandukan jadual. Bagus untuk anda meramalkan tarikh-tarikh berkenaan kitaran ovulasi, kerana walaupun tidak 100% tepat, ia memberikan idea untuk perkara yang boleh dilakukan dalam proses mendapat kehamilan. Kaedah ramalan ovulasi memang tiada gerenti – ia hanyalah “ramalan terbaik” dalam meningkatkan peluang untuk mendapat kehamilan.

Bagaimana nak tahu jika saya dah berovulasi?

Hormon pada folikel ovari membantu telur untuk menjadi matang pada setiap bulan. Secara amnya, satu telur baru akan menetas dan dilepaskan pada pertengahan kitaran – lebih kurang hari ke 14-15 selepas hari pertama berakhirnya haid. Kitaran haid tidak akan berlaku sekiranya telur disenyawakan dan telur akan melekat pada dinding uterus. Tetapi telur dan lapisan dinding uterus akan dihakis keluar selepas 14 hari, jika telur tidak disenyawakan.

Gunakan kalendar bulanan untuk mengesan waktu ovulasi. Tandakan hari pertama haid berlaku dan hari terakhir darah keluar. Secara amnya anda akan lebih tahu tentang corak kitaran haid dengan mengamalkan kaedah ini. Tempoh kitaran haid biasanya adalah 28 hari, tetapi boleh berubah-ubah mengikut individu kerana ada yang panjang dan ada yang pendek. Anda juga boleh perhatikan perubahan pada fizikal badan bila menghampiri waktu ovulasi.

Masa paling sesuai untuk anda cuba

Maksimumkan peluang anda untuk hamil dengan melakukan hubungan intim betul-betul sebelum, atau semasa ovulasi berlangsung. Tempoh optimum untuk telur mudah disenyawakan hanyalah sekejap – selama 12 hingga 24 jam sahaja. Ketahui jika anda sudah mula berovulasi atau tidak dengan mengambil bacaan suhu basal badan semasa anda bangun daripada tidur.

Sperma boleh bertahan sehingga 5 hari selepas ejakulasi dan secara keseluruhannya lebih teguh daripada telur. Salah satu tiub falopio akan menjadi tempat persenyawaan, dan apabila telur telah berjaya disenyawakan, satu isyarat akan dikeluarkan kepada sperma yang lain bahawa usaha mereka untuk cuba menembusi telur tidak diperlukan lagi.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lihat konsepsi dan kehamilan.

“Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah bagi tujuan perkongsian maklumat dan bukan untuk digunakan sebagai nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan perihal perubata, sila dapatkan nasihat daripada doktor atau pun pengamal perubatan berkelayakan. Maklumat di dalam laman ini tidak bermakna anda perlu berhenti daripada mengambil ubatan atau nasihat yang telah disyorkan, termasuk juga melengah-lengahkan daripada mendapatkan nasihat perubatan daripada doktor. Kimberly-Clark dikecualikan daripada sebarang tuntutan liabiliti atau tanggungjawab, kesilapan atau ketinggalan di dalam laman ini, dan boleh meminda bahan pada bila-bila masa tanpa notis, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.”


huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Cara dapat bayi perempuan

Baca Lebih Lanjut
Urutan Ketika Hamil

Urutan Ketika Hamil

Baca Lebih Lanjut
Pemakanan Semasa Mengandung

Pemakanan Semasa Mengandung

Baca Lebih Lanjut