Apa Yang Patut Dijangka Semasa Bersalin

Apa Yang Patut Dijangka Semasa Bersalin

KONGSI ARTIKEL

Anda tentu tidak sabar menanti kelahiran bayi anda ke dunia, namun adalah normal jika anda berasa sedikit gementar dengan kesukaran dan kesakitan yang bakal dialami ketika bersalin. Anda mungkin telah menelaah segala yang termampu mengenai prosedur kelahiran bayi selama berbulan-bulan sebelumnya, namun tiada sebarang kitab perubatan yang boleh menjawab satu-satunya persoalan yang sering menghantui fikiran anda;

“Bagaimanakah rasanya semasa bersalin?”

Anda tidak akan tahu apa yang akan anda alami sehingga anda benar-benar melaluinya sendiri. Walau bagaimanapun, anda juga perlu tahu bahawa anda tidak keseorangan. Di sini kami berkongsi pengalaman beberapa orang ibu yang telah melalui pengalaman bersalin.

Ada ibu yang mengatakan bahawa kesakitan dialami tidaklah terlalu perit:

  • Walaupun kesakitannya amat terasa, tetapi saya mampu menghadapinya

  • Rasa sakit yang dialami tidaklah terlalu perit. Kontraksi yang saya alami seakan kekejangan otot

  • Saya banyak bersenam dan membuat persediaan semasa hamil, jadi kesakitan yang saya alami hampir tidak terasa

Manakala sesetengah yang lain berasa sakit yang amat sangat:

  • Setiap kontraksi yang saya alami kesakitannya seperti ditumbuk di perut

  • Sakit yang amat sangat, sehingga saya ingatkan saya sedang digilis keretapi

  • Ia seperti senggugut, tetapi 10 kali ganda lebih sakit

Apa yang memeranjatkan, kesakitan yang dialami bukan hanya pada abdomen:

  • Rasanya seperti sakit belakang yang amat teruk

  • Terasa tekanan yang amat kuat pada bahagian rektum, rasanya seperti sakit sembelit yang amat teruk

  • Walaupun perut saya tidak sakit, tetapi punggung dan pinggul saya terasa seperti ditikam


Walaupun pengalaman bersalin bagi setiap wanita adalah berbeza, tetapi semua ibu bersetuju dengan suatu perkara; tidak kira betapa sakitnya pengalaman yang telah dialami, semuanya akan hilang sebaik sahaja anda merangkul bayi anda.

 

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Apa Yang Patut Dijangka Semasa Bersalin

Apa Yang Patut Dijangka Semasa Bersalin

Baca Lebih Lanjut
Panduan Persediaan Menyambut Kelahiran

Panduan Persediaan Menyambut Kelahiran

Baca Lebih Lanjut
Tanda Regangan Kehamilan

Tanda Regangan Kehamilan

Baca Lebih Lanjut