3 Latihan Perut

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

KONGSI ARTIKEL

Senaman yang menyeronokkan bagi membantu untuk membina kekuatan teras dan imbangan tubuh bayi anda.

Meniarapkan bayi anda dapat membantu mereka membina kekuatan pada otot kepala, leher, bahu dan belakang. Bayi anda memerlukan otot-otot ini untuk berguling, bangun duduk, merangkak dan meneroka dunia, jadi ia penting untuk menjadikan senaman perut sebagai rutin bayi anda.

1. ‘Crunches’ Comel

Baringkan bayi anda dan duduk menghadap mereka, rapat dengan kaki mereka. Galakkan bayi anda untuk menggenggam rod, pembaris atau pemegang sudu kayu. Pegang genggaman tangan bayi anda dan perlahan-lahan tarik rod untuk mengangkat mereka sedikit. Ulang sehingga 4 kali sahaja.

Ingat: Biarkan bayi anda menetapkan rentak mereka sendiri. Jangan gunakan kekuatan anda sendiri untuk mengangkat mereka.

2. Kedudukan Tripod

Letakkan bayi anda pada posisi duduk. Kangkangkan sedikit kaki mereka dan letakkan tangan mereka di atas lantai antara kaki mereka. Biarkan mereka duduk di posisi tersebut, walaupun untuk beberapa saat, tanpa bantuan anda. Ini cara yang bagus untuk membantu bayi anda membina keseimbangan.

3. Senaman Perut yang Hebat

Tiarapkan bayi anda. Letakkan mainan atau selendang berwarna-warni di hadapan mereka, sedikit di luar capaian mereka. Apabila bayi anda sedang mengimbang di atas perut mereka, mencuba untuk mencapai objek itu, mereka akan menguatkan leher dan belakang mereka.

Sekali-sekala gerakkan objek itu pada capaian mereka dan mereka akan terus bermain. Cuba untuk letakkan objek tersebut sedikit ke kiri atau ke kanan.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Tangisan Dan Pujukan

Baca Lebih Lanjut
Mencari Keseimbangan Di Antara Kerjaya & Keluarga

Mencari Keseimbangan Di Antara Kerjaya & Keluarga

Baca Lebih Lanjut
Rutin Si Manja

Rutin Si Manja

Baca Lebih Lanjut