Muzik Untuk Perkembangan Otak Bayi

KONGSI ARTIKEL

Album muzik bayi terbaik yang akan menjadi kegemaran anda juga.

Hampir setiap ibu bapa sering mendendangkan lagu tidur atau mempunyai album atau lagu yang cukup ajaib untuk menenangkan bayi mereka yang sedang menangis. Selain kelebihannya untuk membantu menenangkan bayi anda, muzik juga boleh membantu mengeratkan hubungan antara anda dan bayi anda serta membantu perkembangan mereka. Namun, menyanyikan lagu ‘Incy Wincy Spider’ berulang-ulang boleh menjadi membosankan. Jadi berikut adalah 8 album muzik untuk bayi yang menjadi pilihan kami jadi anda pun tidak akan hilang akal walaupun mendengarnya untuk beratus kali.

1. You Are My Little Bird oleh Elizabeth Mitchell

Suara Elizabeth Mitchell yang lunak dan lembut dalam 17 lagu-lagu yang pendek, lembut dan merdu menjadikan rakaman ini sesuatu yang indah dan mesra. Koleksi ini merangkumi lagu rakyat tradisional, lagu asal dan juga lagu ‘cover’ Velvet Underground.

2. It’s A Big World oleh Renee & Jeremy

Album ini mungkin bukan album lagu nyanyian beramai-ramai yang klasik, tetapi akan segera menjadi kunci utama rutin tidur anak anda. Lembut dan merdu, harmoni lembut Renee & Jeremy dan petikan gitar akustik akan menidurkan bayi anda. Melodi kompleks yang tidak dijangka bersama lirik yang sofistikated membuatkan ibu bapa juga tidak kisah untuk mendengarnya berulang-kali.

3.Mind Of My Own oleh Frances England

Lagu-lagu rancak Frances England tentang serangga, basikal dan belon adalah lagu indie-pop yang menawan buat kanak-kanak. Menarik tetapi tidak kebudak-kebudakkan, lagu-lagunya tidak mempunyai ayat-ayat yang berulang-ulang atau instrumentasi yang berlebihan. Lagu-lagu ini berjaya merakam keindahan zaman kanak-kanak dengan perasaan kejujuran sebenar

4. Family Dance oleh Dan Zanes and Friends

Bekas penyanyi rock Dan Zanes menggabungkan lagu kanak-kanak konvensional dengan gubahan lagu atau lirik yang tidak dijangkakan, seperti campuran akustik reggae untuk lagu “Hokey Pokey”, untuk menghasilkan album yang menghiburkan si kecil dan akan terus menarik perhatian mereka ketika membesar.

5. Catch The Moon by Lisa Loeb & Elizabeth Mitchell

Satu koleksi lagu-lagu asal, ‘cover’ dan tradisional rakyat dari pelbagai budaya dalam gubahan lagu yang menarik dan menyegarkan, ia akan menjadi kegemaran seisi rumah untuk tahun-tahun yang akan datang. Petikan gitar yang menenangkan dan vokal yang lunak menjadikan album ini sesuai untuk nyanyian beramai-ramai dalam perjalanan kereta.

6. The Muppet Show: Music, Mayhem, and More

The Muppets telah menghiburkan ibu bapa dan kanak-kanak sejak tahun 1976 lagi. Album ini membawakan 27 lagu terbaik dari rancangan mereka, termasuklah klasik daripada Kermit ‘Bein‘ Green‘, ‘Rainbow Connection‘ dan ‘Movin‘ Right Along‘.

7. The Bottle Let Me Down: Songs For Bumpy Wagon Rides

Kompilasi ayunan lagu yang mengetengahkan bintang alt-country seperti Robbie Fulks, Alejandro Escovedo, Kelly Hogan dan Split-Lip Rayfield, dalam satu gubahan menarik sandbox lama yang menjadi kegemaran, klasik yang digubah menjadi lagu ‘country’ dan lagu asal tradisional kanak-kanak. Lagu-lagu rancak ini akan membuatkan si kecil anda bertepuk tangan dan menari, serta kanak-kanak yang lebih besar menyanyi dan ketawa bersama. Terdapat juga lagu yang bertempo perlahan dan sesuai dijadikan lagu sebelum tidur.

8. No! by They Might Be Giants

Album They Might Be Giants yang pertama untuk kanak-kanak yang mengetengahkan lagu-lagu yang tidak janggal daripada album-album mereka sebelum ini yang unik dan penuh kelucuan. Lirik-liriknya yang kadang-kala kedengaran ganjil, sentuhan produksi yang bijak dan mesej muzikal berkias yang tersembunyi dalam kesemua 17 lagu yang pendek dan padat akan membuatkan seisi keluarga anda gembira.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

6 Senaman Mudah Membina Otot Bayi Anda

6 Senaman Mudah Membina Otot Bayi Anda

Baca Lebih Lanjut
3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

Baca Lebih Lanjut
Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Baca Lebih Lanjut