Semua kategori
Menjaga kanak-kanak
Keibubapaan

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Attention-Seeking

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita. Orang dewasa lebih cenderung untuk memastikan waktu yang sesuai untuk mendapatkan perhatian (hakikatnya, kebanyakan mereka begitu).

Apabila bayi dilahirkan, kita menghabiskan banyak masa memegangnya, membuai dan mendidik mereka. Tuhan telah mengatur dengan sebaiknya di mana manusia akan memberi tindak balas kepada bayi yang menangis – itulah caranya bagaimana mereka boleh terus bertahan. Dalam tempoh beberapa tahun (iaitu semasa bayi mula bertatih), anak-anak kecil kita mula menguji persekitaran dan orang di sekeliling mereka.

Pengukuhan Positif

Salah satu cara paling berkesan untuk membina keyakinan diri ialah dengan memberi perhatian positif kepada anak kecil. Contohnya, apabila anak kita hendak membantu kita membersihkan meja, kita berpeluang untuk berbual dengannya semasa dia melakukan kerja dan mengucapkan terima kasih kepadanya kerana membantu. Ia satu perkara yang sangat membina kerana anak kecil akan berasa gembira dan lebih berkemungkinan untuk mengulangi kelakuan tersebut pada masa akan datang. Walaupun usaha kanak-kanak itu mungkin tidak menyebabkan meja itu menjadi bersih, pada hakikatnya, anak ini telah berusaha melakukannya dan akan terus “mengamalkan” kelakuan itu dan kerja membersihnya itu akan bertambah baik dari semasa ke semasa.

Perbuatan Negatif

Sebaliknya, usaha mendapatkan perhatian adalah sesuatu yang sangat negatif dari sudut pandangan mata ibu bapa. Seorang anak kecil yang mula menjerit apabila dia nampak anda sedang di talian telefon, atau mereka mengamuk kerana ibu bapanya tidak membacakan cerita kepadanya boleh menimbulkan kekecewaan kepada kita walaupun perkara itu berlaku di kalangan ibu bapa paling penyabar

Pakar menasihatkan kita supaya MENGABAI kelakuan anak kecil itu. Ini boleh diterima kerana jika kita mengikut kehendak anak itu, pelajaran yang mereka peroleh ialah jika dia berkelakuan sedemikian, dia akan dapat apa yang dia hendak. Ia bertambah buruk lagi apabila kita seringkali tunduk kepada kemahuannya. Pelajaran yang dia petik ialah jika dia kekal semakin lantang, dia akan dapat apa yang dia hendak (tetapi jika dia tidak mencuba, dia tidak akan mendapat apa yang dia hendak). Justeru, kelakuan tersebut akan menjadi bertambah serius sehingga anak kecil atau ibu bapa (atau kedua-duanya) hilang kawalan.

Walau bagaimanapun, kita harus menyedari bahawa seorang anak kecil yang melalui kelakuan mencari perhatian menggambarkan kepada kita bahawa dia sebenarnya mencari perhatian! Kita semua juga cuba mencari perhatian daripada mereka di sekeliling kita supaya kita berasa dihargai dan dikasihi. Apabila kita berasa diberi perhatian, kita “tahu” bahawa kita penting kepada seseorang dan itu meningkatkan keyakinan diri kita. Perkara yang sama berlaku kepada anak-anak kecil kita! Justeru, “mengabai” tidak wajar menjadi jalan penyelesaiannya! Kita perlu abaikan kelakuan yang tidak elok, tetapi carilah kelakuan lebih baik yang dilakukan oleh anak kecil kita. Pendekatan yang menjadi pegangan saya ialah “dapatkan mereka semasa mereka berkelakuan baik”. Jika anak kita menunjukkan tanda-tanda dia memerlukan perhatian, carilah situasi positif di mana kita boleh beri apa yang dia mahukan. Contohnya, kita boleh memberitahu anak kita yang sedang asyik mewarna bahawa kita amat gembira dengan keasyikannya mewarna dan beri semangat kepadanya dengan mengatakan bahawa kerja yang sedang dilakukannya itu telah bertambah baik berbanding sebelumnya (tetapi HANYA jika memang telah melakukan lebih baik! JANGAN menipu anak kita kerana dia akan belajar untuk tidak mempercayai kita atau ia akan menyebabkan dia keliru jika orang lain yang menyayangi dia berkata sebaliknya). Peluk dan cium anak kita dan jika boleh, libatkan dia dalam aktiviti yang anda lakukan. Anak kecil yang mendapat perhatian tidak akan perlu melakukan kelakuan mencari perhatian (jangan keliru antara “mencari perhatian” dengan kecewa, marah dan sebagainya).

Tip keibubapaan dalam mengendalikan kelakuan mencari perhatian

Berikut adalah antara beberapa cara mudah untuk mengendali kelakuan mencari perhatian yang negatif:

ABAIKAN

JANGAN sekali-kali penuhi segala kehendak ragam anak yang mencari perhatian!

JELASKAN

Beri kata putus ringkas (contohnya, “Ibu tidak akan bacakan cerita ini kepada sayang selagi sayang tidak berhenti menjerit”).

PERHATI

Perhatikan kelakuan positif yang anak anda buat (walaupun ia cuma berlaku beberapa saat sahaja! Kadang-kadang anda perlu cepat menangkap “kelakuan yang baik!”).

BERI PERHATIAN

Luang sebahagian besar hari anda untuk memberi perhatian kepada anak anda. Ia boleh diberi dalam bentuk aktiviti formal (seperti membaca dengan anak, melukis/mewarna, dan lain-lain) atau secara tidak formal (membenarkan anak kecil anda mengacau tepung dengan air semasa ibu membuat kek).

GALAKAN

Beri galakan kepada sebarang perbuatan berdikari yang anak kecil anda cuba tampilkan. Untuk mengelakkan anak kecil anda menjerit apabila dia minta untuk minum, bergantung kepada usianya, tunjukkan kepadanya bagaimana untuk mengambil bekas minuman atau jus yang anda hendak tuang untuknya. Melakukan sendiri menggambarkan anak kecil anda kurang bergantung banyak masa kepada anda untuk mendapat perhatian anda.

Secara keseluruhan, sebagai ibu bapa, kita perlu menerima hakikat bahawa “mencari perhatian” merupakan satu lagi fasa yang anak kecil perlu lalui (dan sesetengah orang dewasa terus mengamalkannya!). Kita perlu mencari jalan untuk “padamkan” situasi negatif tersebut dan menambah perkara positif. Ini akan membantu anak kecil kita dan diri kita sendiri supaya kurang tertekan dan pada masa yang sama, menikmati kehadiran satu sama lain.

ARTIKEL YANG BERMINAT

Crying-Toddler
Kanak-kanak 22/06/2020

Tangisan Dan Pujukan

Mengapa kanak-kanak yang sedang bertatih sering menangis? Itu sebenarnya satu soalan yang sangat baik.

Toddler-Routines
Kanak-kanak 22/06/2020

Tingkah Laku Kanak-kanak - Pembentukan Rutin

Tiada peranan yang lebih mulia selain menjadi ibu bapa. Kita mempunyai kira-kira 9 bulan (atau ada yang kurang dari itu!) untuk membuat persediaan mental dan mempelajari segala

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK