Semua kategori
Menjaga kanak-kanak
Keibubapaan

Mencari Keseimbangan Di Antara Kerjaya & Keluarga

Parents with baby

Jika anda seorang ibu yang bekerja, sudah pastinya anda telah memperhebat kemahiran multitugas anda. Walaubagaimanapun, kami tahu mengimbang kerja dan keluarga merupakan suatu cabaran yang besar dan merupakan salah satu tugas yang paling susah di dunia. Tetapi janganlah risau; anda tidak keseorangan. Kami telah berbicara dengan para ibu luar biasa dan telah mendapat beberapa nasihat hebat bagaimana mereka mengimbang pelbagai tanggungjawab mereka.

 

Jadual Kerja

  • Ambil waktu rehat tengah hari selama setengah jam supaya anda boleh pulang lebih awal.
  • Jika perlu, bawa pulang kerja anda supaya anda boleh pulang sedikit awal, anda akan sempat meluangkan lebih masa dengan bayi anda sebelum mereka tidur.
  • Pastikan anda jelas tentang kemahuan anda apabila berunding dengan majikan anda. Pastikan mereka tahu keluarga anda datang dahulu.

 

Pengaturan penjagaan kanak-kanak

  • Pilih penjaga kanak-kanak tetap yang anda boleh percayai. Oleh itu, anda akan pasti bayi anda dijaga dengan baik apabila anda bekerja.
  • Jika anda tidak dapat meninggalkan bayi anda di rumah, pilih pusat jagaan kanak-kanak berhampiran dengan tempat kerja anda.
  • Aturkan jadual di antara anda dan suami anda. Anda berdua boleh bekerja separuh masa pada hari yang berbeza supaya selalu terdapat salah seorang ibu bapa di rumah.

 

Luangkan masa berkualiti untuk diri sendiri

  • Ia sangat penting untuk meluangkan masa untuk diri anda sendiri selepas anda bersalin. Tetapkan waktu tidur awal untuk bayi anda dan anda mempunyai masa lebih untuk berehat di waktu malam.
  • Bangun awal pagi supaya anda dapat pergi berlari sebelum bayi anda bangun. Bersenam juga membantu anda mengurangkan stres.
  • Cari hobi dan cari masa yang tetap untuk hobi itu.

Adakah anda tahu bahawa rata-rata bayi akan memerlukan 1057 perubahan lampin dalam 6 bulan pertama? Dapatkan promosi eksklusif dan sampel lampin percuma dengan menyertai Huggies Club sekarang!

 

Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah untuk tujuan perkongsian informasi sahaja dan bukan sebagai gantian kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan oleh pakar. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan untuk sebarang persoalan berkenaan keadaan perubatan. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan, tidak mengendahkan nasihat perubatan atau berhenti mengambil rawatan perubatan disebabkan oleh maklumat di dalam laman ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Kimberly-Clark tiada liabiliti atau bertanggungjawab untuk tuntutan, kesilapan atau pengabaian di dalam laman ini, dan boleh meminda material pada bila-bila masa tanpa sebarang notis.

ARTIKEL YANG BERMINAT

Attention-Seeking
Kanak-kanak 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

Crying-Toddler
Kanak-kanak 22/06/2020

Tangisan Dan Pujukan

Mengapa kanak-kanak yang sedang bertatih sering menangis? Itu sebenarnya satu soalan yang sangat baik.

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK