Bagaimana untuk Mencegah dan Merawat Ruam Lampin

Bagaimana untuk Mencegah dan Merawat Ruam Lampin

KONGSI ARTIKEL

Kulit bayi anda sensitif – terutama dibahagian punggung mereka. Kombinasi kulit bayi anda yang lembut dengan persekitaran lampin yang panas dan lembap boleh menyebabkan simptom ruam lampin yang berbintik merah dan merengsangkan, yang boleh membimbangkan anda serta membuat bayi anda berasa sangat tidak selesa.

Bayi anda akan memakai lampin untuk jangkamasa yang lama dan adalah sangat penting untuk anda mengetahui bagaimana menjaga kulit lembut bayi bagi mencegah ruam lampin sebelum ia terjadi.

Pencegahan

Tindakan terbaik untuk mengelakkan ruam lampin terbentuk ialah pastikan kulit bayi anda sentiasa kering dan bersih.  

  • Pastikan anda kerap menukar lampin bayi supaya kulit bayi tidak basah. 

  • Basuh punggung mereka dengan air suam, atau gunakan tisu pelembap bayi yang bebas daripada alkohol, atau bebola kapas yang direndam di dalam air suam.

  • Lap kering dengan perlahan-lahan – jangan gosok kulit bayi anda.

  • Biarkan punggung bayi anda kering dengan sendirinya dan cuba untuk tidak memakai lampin buat seketika.

  • Pastikan anda menggunakan lampin yang bersaiz betul di mana ia tidak terlalu ketat dan mempunyai penyerapan yang mencukupi bagi umur mereka.

  • Singkirkan bahan berpotensi alergen seperti wangian tambahan daripada losen atau minyak. Sebaliknya, gunakan krim berasaskan zink oksida untuk menghasilkan pelindung di antara kulit bayi anda dan lembapan.

  • Jika bayi anda sedang mengambil antibiotik, tanya doktor anda tentang pemberian suplemen probiotik ketika waktu rawatan untuk mencegah jangkitan yis.

Penyebab

Perubahan dalam diet bayi, atau pada ibu yang sedang menyusu bayi, boleh menyebabkan ruam lampin daripada kandungan yang berbeza di dalam najis bayi. Sering kali ruam lampin bayi terjadi daripada pengenalan kepada makanan pejal, yang boleh menambahkan jumlah najis yang terhasil 

Simpan diari makanan ketika anda sedang memperkenalkan makanan baharu satu demi satu dan pastikan anda memeriksa kulit bayi sekiranya ada tanda-tanda ruam pada 3 hari pertama setiap pengenalan makanan baharu.

Antibiotik, produk kulit baharu, dan selang masa yang lama antara gantian lampin boleh juga menyebabkan ruam lampin.    

Rawatan

Jika terjadinya ruam lampin, rawatan terbaik adalah untuk mulakan langkah-langkah pencegahan dan pastikan kulit bayi anda sentiasa kering. Jika krim yang dibeli sendiri tidak membantu, dan kulit bayi anda tidak pulih dalam beberapa hari, anda perlu berjumpa dengan doktor dan beliau mungkin akan memberi krim anti-kulat atau hidrokortison. Jangan sapukan krim yang mempunyai steroid tanpa berbincang dengan doktor anda. 

Mengikuti langkah-langkah pencegahan yang bertujuan untuk mengurangkan kelembapan dan pendedahan kepada perengsa sudah pasti dapat menghindari ruam lampin. Walaubagaimanapun, ruam lampin masih boleh terjadi kepada kulit bayi yang ibu bapanya atau penjaga yang sentiasa berjaga-jaga. Pastikan anda merawatnya secepat mungkin dan kulit bayi anda akan pulih dengan cepat.

 

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Beg Kecemasan Untuk Si Manja

Beg Kecemasan Untuk Si Manja

Baca Lebih Lanjut

Bersediakah Bayi Anda Untuk Diberi Makanan Pejal?

Baca Lebih Lanjut
Kekotoran Sebenar Bagi Bayi Anda

Kekotoran Sebenar Bagi Bayi Anda

Baca Lebih Lanjut