Bagaimana Mendidik Anak Yang Ingin Bercakap

Bagaimana untuk Membesarkan Bayi yang Boleh Berkomunikasi

KONGSI ARTIKEL

Ibu bapa berasa amat gembira jika anak mereka mampu menyuarakan keperluan mereka pada usia awal – anda tentu gembira melihat telatah si comel anda berkata-kata. Namun, bagaimana kita boleh membantu anak kecil kita berkomunikasi dengan berkesan semasa mereka masih bayi?

Alangkah hebatnya jika bayi anda boleh menyampaikan keperluannya kepada anda sejak usia awalnya lagi!

Di bawah ini disediakan maklumat bagi membantu menggalakkan anak kecil anda membina kemahiran berkomunikasi pada usia awalnya.

Mulakan Dari Awal

Sesetengah orang mencadangkan ia wajar dimulakan sejak bayi anda dalam rahim lagi. Jika anda “berbual” dengan anak anda yang belum dilahirkan, dia akan mengambil masa yang singkat untuk membiasakan diri dengan suara anda selepas dilahirkan. Justeru, masa untuk dia mengenali suara anda akan di fokus pula untuk memahami apa yang anda hendak sampaikan kepadanya. Ini bermakna kemajuannya akan lebih pantas sedikit berbanding bayi yang belum terdedah kepada suara ibu bapanya semasa dalam kandungan.

Saya masih ingat pengalaman manis ketika saya hendak tidur, bayi lelaki saya yang belum lahir lasak berenang dalam kandungan. Saya dan suami akan bercerita dengannya. Suami pula akan mengusap perut saya yang sarat sambil memujuk bayi kami berehat supaya saya dapat melelapkan mata. Selepas itu, saya dapat rasakan bayi lelaki saya mengurangkan pergerakannya!

Paparkan kepada bayi anda perasaan anda melalui ‘bahasa visual‘.

Paparkan kepadanya perasaan anda

Beberapa kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa “bahasa visual” – melalui mimik muka, pergerakan mulut kita dan bahasa tubuh - merupakan faktor sangat penting yang dipetik oleh bayi untuk memahami percakapan dan bahasa kita.

Walaupun kebanyakan bayi tidak boleh bercakap sehingga mereka mencapai usia kira-kira 18 bulan, namun mereka boleh menggunakan mimik muka mereka untuk menyuarakan perasaan mereka. Bagi membantu mereka mengukuhkan “bahasa visual” mereka sebelum mereka mampu bercakap, anda boleh menunjukkan ilustrasi apa yang anda cakap menggunakan isyarat dalam bentuk visual.

Jika anda kata “ya”, angguk kepala anda semasa menyuarakannya. Apabila anda kata “tidak”, pada masa yang sama, geleng kepala anda.

Bayi akan secara perlahan mempelajari pergerakan kepala anda dengan perkataan yang disuarakan – serta makna di sebaliknya – dan mampu menjawab soalan mudah sebelum mencapai usia setahun.

Mendapatkan bantuan komunikasi

Jika idea ini menarik hati anda, ajarlah bayi anda untuk menggunakan isyarat pula. Bahan bayi memberi isyarat seperti buku, kad imbas dan video boleh didapati di kedai buku dan ia boleh membantu anak anda menyampaikan keperluan asasnya melalui isyarat tangan.

Walau bagaimanapun, anda harus ingat bahawa bukan semua bayi mampu bertindak balas dengan baik untuk memahami bahasa isyarat. Sesetengah mereka tidak berminat, sementara sesetengah yang lain pula berminat untuk belajar dan akan mula menggunakan isyarat tersebut dengan pantas.

Sesetengah bayi akan menghadkan diri mereka untuk belajar dan menggunakan beberapa isyarat sahaja yang mereka dapati “bermanfaat”, Misalnya isyarat bagi“susu”, “makan” dan “peluk”. . Ia dapat membantu anda memahami dengan lebih baik apabila mereka hendakkan sesuatu secara khusus!

Galak anak anda supaya suka membaca dan menyukai buku

Laluan menuju manfaat jangka panjang

Manfaat utama menggalakkan bayi anda berkomunikasi lebih awal ialah untuk membolehkan dia “bercakap”. Mewujudkan peluang kepadanya untuk bertindak balas kepada anda akan memberi dorongan kepadanya untuk memperoleh kemahiran berkomunikasi dengan lebih cepat.

Contohnya, dengan menanya soalan yang memerlukan jawapan ‘ya’ dan ‘tidak’, ia akan mendorong bayi anda untuk belajar mengangguk atau menggeleng.

Oleh kerana bayi anda belum memahami bahasa dan makna sebenar sesuatu perkataan, anda perlu konsisten apabila bercakap dengannya supaya dia tidak keliru.

Contohnya, dia akan keliru apabila anda menggunakan perkataan “baik” jika anda menyebutnya untuk menyatakan sebaliknya. Dengan mengamalkan penyampaian secara konsisten, ia akan membantu anda menyampaikan makna sebenar sesuatu perkataan itu bagi membolehkan bayi anda mempelajari makna perkataan tersebut . Ia juga akan membantu bayi anda memahaminya dengan lebih cepat apabila perkataan tersebut diulangi selepas itu.

Kesabaran berbaloi

Jangan risau jika usaha terbaik anda masih belum berkesan. Anak anda akan menggunakan semua perkataan yang anda telah ajarnya apabila dia telah bersedia. Jika anda bercakap sekurang-kurangnya dua bahasa kepada anak anda, dia akan mengambil masa lama sedikit untuk memahami kesemuanya kerana pada usia awal, dia masih belum mampu menyerap “lebihan muatan maklumat”.

Oleh itu, jangan berhenti untuk bercakap dengan anak kecil anda kerana lebih banyak anda bercakap dengannya, lebih banyak dia akan pelajari. Teruskan bercakap dengannya!

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

3 Senaman Perut yang Bayi Anda Pasti Suka

Baca Lebih Lanjut
Bagaimana untuk Membesarkan Bayi yang Boleh Berkomunikasi

Bagaimana Mendidik Anak Yang Ingin Bercakap

Baca Lebih Lanjut
Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Baca Lebih Lanjut