Kekotoran Sebenar Bagi Bayi Anda

Kekotoran Sebenar Bagi Bayi Anda

KONGSI ARTIKEL

Lupakan sahaja peraturan lima minit apabila puting piring atau makanan terjatuh ke lantai: Sebarang pemindahan kuman, kotoran atau segala yang lain terjadi sebaik sahaja sentuhan berlaku. Namu n, perlukah anda berasa terlalu bimbang jika puting piring atau sebiji pisang jatuh ke lantai? Bergantung kepada lokasi lantai di mana ia jatuh.

Hakikatnya, kuman ada di mana-mana. Jika penghidap selesema bersin atau batuk, kuman yang terhambur boleh melekat di mana-mana permukaan dan tersebar ke hidung, mulut atau mata bayi menerusi sentuhan.

Bayi anda boleh dilindungi daripada jangkitan dengan:

  • Membasuh tangan anda dengan kerap
  • Mainan yang dikongsi dan semua permukaan hendaklah sentiasa di bersihkan dengan larutan campuran air dan satu persepuluh peluntur atau bahan penyahjangkit lain.
  • Menggunakan tisu basah sanitasi atau pelapik boleh tukar pada permukaan awam – contohnya pada pemegang kereta sorong membeli-belah dan meja menukar lampin awam.

Semasa di rumah, anda hanya perlu membilas makanan atau puting piring untuk membersihkan habuk atau kuman yang melekat. Tetapi jika puting tersebut terjatuh ke lantai bilik air di hentian rehat & rawat, anda mungkin perlu menyimpannya dan tidak lagi memberikannya kepada bayi anda sehingga ia telah disanitasi sepenuhnya dalam air mendidih selama 15 minit.

Walau bagaimanapun, anda tidak perlu bimbang dengan air liur anjing. Bayi anda tidak akan dijangkiti parasit daripada mainan anjing atau sedikit jilatan manja si anjing pada pipi atau pada bekas makanan kerusi bayi. Sebaliknya, jika anda membiarkan anjing kesayangan anda menjilat licin bekas makanan kerusi bayi atau pinggan mangkuk selepas makan, mungkin ada baiknya anda membilas kesemuanya sampai bersih dengan air suam, air sabun atau di dalam mesin basuh pinggan mangkuk.

huggies-logo

Berminat untuk dapatkan berita terkini, petua keibubapaan dan tawaran eksklusif?

SERTAI KAMI HARI INI!

Anda mungkin berminat dengan artikel kehamilan ini!

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Baca Lebih Lanjut
Beg Kecemasan Untuk Si Manja

Beg Kecemasan Untuk Si Manja

Baca Lebih Lanjut

8 Album Muzik Untuk Bayi Yang Sesuai Untuk Semua Orang

Baca Lebih Lanjut