Polisi Privasi

Pendahuluan

Kimberly-Clark Trading (M) Sdn Bhd ("Kimberly-Clark") menghormati dan mendukung hak anda untuk perlindungan privasi dalam pungutan, penggunaan, pendedahan dan pengurusan data peribadi anda. Penyata Polisi Privasi ini menerangkan amalan yang telah kami laksanakan untuk melindungi privasi, agar anda berasa yakin tentang cara kami menguruskan data peribadi anda yang telah dipertanggungjawabkan kepada kami. Dengan melayari laman web Kimberly-Clark atau membekalkan Kimberly-Clark dengan data peribadi anda, secara tidak langsung anda telah memberikan kebenaran kepada Kimberly-Clark untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memindahkan data peribadi anda (termasuk pindahan ke luar negara) berdasarkan Polisi Privasi ini.

Bagaimana kami mengumpul data peribadi

Data peribadi ialah sebarang maklumat yang boleh digunakan untuk mengenal pasti identiti anda. Kimberly-Clark mungkin mengumpul maklumat tentang anda (nama, e-mel, nombor telefon, tarikh lahir dan alamat), melalui beberapa cara:

  • melalui laman web kami;
  • melalui penjual, promoter dan/atau pengedar;
  • apabila anda menghubungi kami untuk pertanyaan atau aduan mengenai produk kami;
  • apabila anda membuat ulasan atau memberikan rating untuk produk/perkhidmatan; dan/atau
  • apabila anda menyertai promosi dan kaji selidik kami.

     

Kuki

Seperti kebanyakan perniagaan, kami menggunakan teknologi “kuki” untuk laman web kami. Kuki ialah maklumat yang disimpan dalam komputer oleh pelayar anda bagi menyimpan keutamaan pelayaran ketika melayari laman web. Dengan log masuk anda, kuki akan memaklumkan kami sama ada ini merupakan lawatan pertama atau sebaliknya dan membolehkan kami mengetahui iklan manakah yang mengubah hala anda ke laman web kami. Kami juga menggunakan kuki untuk mengenal pasti ciri-ciri laman yang menarik minat supaya kami boleh lebih memenuhi keperluan anda. Sebagai pilihan, anda boleh menetapkan pelayar anda untuk tidak menyertakan kuki atau anda boleh membuang kuki pilihan atau semuanya sekali dengan mengikuti panduan pelayar anda. Tetapi, jika pilihan kuki tidak diaktifkan oleh pelayar anda, sesetengah kandungan web dan ciri-ciri yang ditawarkan mungkin tidak dapat diakses dengan sempurna.

Web beacon

Ini merupakan fail elektronik di laman web yang membenarkan kami untuk mengira dan mengenal pasti pengguna yang mengunjungi laman web. Selain itu, web beacon juga boleh digunakan dalam e-mel yang menyokong HTML untuk mengetahui keberkesanan dan tindak balas kepada komunikasi kami. Sebagai contoh, jika anda mendapat e-mel daripada kami dan mengklik pautan e-mel yang menghalakan anda ke laman web kami. Secara amnya, web beacon e-mel boleh ditutup dengan mematikan pilihan paparan HTML dan memaparkan teks sahaja dalam e-mel anda.

Bagaimana kami menggunakan data peribadi anda

Tujuan utama Kimberly-Clark memungut data peribadi anda ialah untuk memastikan pelanggan-pelanggan kami berpuas hati dengan produk kami dan memberikan mereka perkhidmatan pelanggan yang terbaik. Maklumat anda tidak akan dikongsikan, dijual, disewa atau didedahkan kepada pihak luar (kecuali diperlukan badan berkanun dan undang-undang) selain seperti yang dinyatakan dalam Polisi Privasi. Kami akan mengambil semua langkah yang terdaya untuk memastikan keselamatan dan integriti data peribadi anda, termasuklah menggunakan komputer berkata laluan, dasar kabinet berkunci, polisi peribadi dan firewall.
Kimberly-Clark mungkin menggunakan data peribadi yang anda berikan:

  • untuk berkomunikasi dengan anda mengenai produk dan perkhidmatan;
  • untuk memberikan anda sampel produk dan tawaran peribadi;
  • untuk memberikan anda peluang menyertai peraduan, promosi dan tinjauan;
  • untuk menyelesaikan, menyiasat dan memantau aduan atau pertanyaan mengenai produk dan perkhidmatan kami;
  • untuk tujuan pembangunan produk dan pemantauan kualiti;
  • untuk mengira keberkesanan kempen pemasaran, pengiklanan, dan laman web; dan/atau
  • untuk memperibadikan, menilai dan memperbaiki laman web kami.

Bagaimana kami berkongsi data peribadi

Kami mungkin mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga bergantung kepada situasi berikut:

  • Berkongsi Data Anda dengan kumpulan syarikat Kimberly-Clark. Kami mungkin berkongsi data dengan kumpulan syarikat Kimberly-Clark, termasuklah syarikat induk, subsidiari dan syarikat gabungan.
  • Berkongsi Data Peribadi anda dengan Syarikat Rakan Niaga. Kami mungkin berkongsi maklumat anda secara cermat dengan syarikat rakan niaga terpilih, jika kami percaya anda mungkin berminat dengan produk atau perkhidmatan mereka. Rakan niaga kami dilarang daripada menggunakan maklumat perhubungan anda selain daripada menawarkan tawaran atau program yang relevan, dan mereka perlu menjaga data perhubungan anda dengan cermat.
  • Berkongsi Data Peribadi anda dengan Pembekal Perkhidmatan. Kami mungkin berkongsi data peribadi anda dengan syarikat atau individu yang membekalkan perkhidmatan mereka kepada kami. Perkhidmatan ini mungkin melibatkan tetapi tidak terhad kepada penyelenggaraan pengkalan data, untuk mengkaji dan menganalisa pelanggan produk, perkhidmatan, atau maklumat daripada kami, untuk menyediakan dan pengedaran komunikasi, atau untuk membalas pertanyaan.
  • Pengiklanan Berdasarkan Minat. Kimberly-Clark terlibat dalam pengiklanan berdasarkan minat (pengiklanan online). Ini bermakna sebarang pihak ketiga yang menggunakan teknologi ini, seperti kuki pada pelayar anda atau web beacon, untuk mengenal pasti identiti anda di laman web kami agar kami dapat menawarkan iklan di laman web yang relevan kepada cara anda melayari internet atau membeli-belah, atau anda juga boleh melihat iklan Kimberly-Clark dipaparkan pada laman web lain berdasarkan tabiat pelayaran internet anda.
  • Blog, Port Online dan Testimonial. Kami mungkin membenarkan para pengguna untuk berkongsi komen, post, testimonial (termasuk rating dan ulasan), atau lain-lain maklumat. Jika anda memilih untuk berkongsi data tersebut dengan kami, maklumat yang anda serahkan mungkin terdedah kepada umum. Maklumat yang anda berikan dalam bentuk ini boleh dibaca, dikumpul, dan digunakan oleh mereka yang mempunyai akses.
  • Pihak Ketiga. Kami mungkin berkongsi data bukan peribadi dengan pihak ketiga yang tidak dinyatakan di atas. Jika ini terjadi, kami akan mengumpulkan data dan melakukan pembuangan identiti supaya pihak ketiga tidak akan dapat mengaitkan data tersebut kepada anda, komputer, atau peranti milik anda. Pengumpulan ini bermaksud kami akan mengumpulkan data milik pengguna lain supaya ia tidak dapat dikaitkan kepada sebarang individu. Pembuangan identiti bermaksud kami akan berusaha untuk membuang atau mengubah ciri maklumat supaya ia tidak bioleh dikaitkan kepada sesiapa.
  • Penguatkuasaan Undang-undang dan Proses Perundangan. Kami mungkin akan melaporkan sebarang aktiviti anda kepada badan perundangan terhadap penggunaan yang menyalahi undang-undang, atau jika kami percaya akan dapat membantu penyiasatan terhadap aktiviti yang bertentangan. Sebagai tambahan, kami juga mempunyai hak untuk mendedahkan maklumat anda kepada agensi penguatkuasaan undang-undang jika kami mendapati, berdasarkan budi bicara kami, anda telah melanggar polisi kami, atau mendedahkan maklumat anda yang boleh melindungi hak, milikan, atau keselamatan Kimberly-Clark, atau orang lain.
  • Mendedahkan Data Anda seperti yang diperlukan oleh Undang-undang. Kami mungkin mendedahkan data kepada badan kerajaan, pihak ketiga sebagai balasan kepada sepina, perintah mahkamah, untuk membela diri terhadap tuntutan ke atas kami, atau untuk pembelaan ke atas tuntutan undang-undang yang kami fikirkan akan dikenakan ke atas kami.
  • Transaksi Perniagaan. Situasi mungkin memerlukan Kimberly-Clark untuk menjual, membeli, atau bergabung untuk mengatur perniagaannya. Transaksi seperti ini mungkin memerlukan pendedahan data peribadi kepada bakal pembeli atau pembeli sebenar atau penjual. Adalah menjadi amalan kami untuk mendapatkan perlindungan untuk pendedahan data peribadi untuk transaksi seperti ini.
  • Pindahan Luar Sempadan. Data peribadi mungkin dikongsikan ke pengkalan data simpanan atau server yang terletak di luar negara Malaysia atau rakan kongsi atau pihak ketiga yang diyakini serta berpengakalan di Malaysia supaya mereka dapat memproses data peribadi bagi pihak kami, supaya kami dapat menggunakan data peribadi untuk tujuan ia dikumpul.

 

Kandungan yang dikongsi di laman web kami

Dengan menyerahkan kandungan kepada dan melalui laman web yang dikawal oleh Kimberly-Clark dan/atau rakan kongsi atau pembekal perkhidmatan (“K-C Sites”), anda bertanggungjawab untuk perkara berikut: (1) anda merupakan pemilik kandungan; (2) kandungan ialah tepat dan betul; (3) kandungan tidak menyebabkan kecederaan kepada seseorang atau entiti; (4) kandungan tidak melanggar hak cipta/tanda niaga, milikan perniagaan atau hak publisiti atau privasi; (5) kandungan tidak melanggar sebarang peraturan atau ordinan; (6) kandungan tidak dianggap sebagai fitnah, fitnah bertulis, ujaran kebencian atau bias agama atau serangan atau mengganggu orang lain; (7) kandungan tidak mempunyai rujukan kepada laman web, e-mel, maklumat perhubungan atau nombor telefon; (8) jika kandungan mempunyai persamaan atau nama mereka yang boleh dikenali, dapatkan kebenaran mereka untuk menyertakan persamaan/ nama dalam kandungan yang anda kongsi; dan (9) kandungan tidak mengandungi virus, worms atau program atau fail lain yang mendatangkan mudarat.

Dengan setiap kandungan yang dikongsi, anda telah memberikan Kimberly-Clark hak mutlak berterusan, tanpa royalti, lesen sub, hak yang boleh dipindah milik untuk menggunakan, mendyalin, mengubah, memadam sepenuhnya, mengadaptasi, menerbitkan, menterjemah, menghasilkan penerbitan daripada dan/ atau menjual dan/ atau mengedarkan kandungan dan / atau menyertakan kandungan dalam segala bentuk, medium atau teknologi ke seluruh dunia tanpa ganti rugi kepad anda. Dengan ini, anda juga telah memberikan kebenaran kepada laman K-C lesen bukan eksklusif untuk mengakses kandungan anda melalui laman web ini, dan menggunakan, mengeluarkan semula, mengedar, menyediakan kerja penerbitan, memaparkan dan menggunakan kandungan seperti yang dibenarkan oleh fungsi laman web ini.

Semua kandungan yang anda kongsi mungkin digunakan berdasarkan budi bicara Kimberly-Clark. Kimberly-Clark atau rakan niaganya mempunyai hak mutlak untuk menukar, meringkaskan atau memadam sebarang kandungan di laman web K-C yang difikirkan perlu, atau dalam budi bicaranya, telah melanggar panduan kandungan atau mana-mana peruntukan yang telah dinyatakan. Kimberly-Clark tidak menjamin bahawa anda mempunyai hak tuntutan jika kami mengedit atau memadam kandungan yang dihantar. Rating produk dank omen bertulis yang ditulis dalam tempoh dua atau empat hari bekerja. Namun, Kimberly–Clark mempunyai hak mutlak untuk membuang atau membatalkan kandungan tanpa sebarang sebab.

Kanak-Kanak

Privasi kanak-kanak merupakan perhatian utama kami. Kami tidak secara sedar memungut data peribadi daripada kanak-kanak berumur [#] tahun atau menyimpan sebarang komunikasi yang kami terima, yang boleh dikenal pasti datangnya daripada kanak-kanak berumur [#] tahun, jika kami tidak mendapat kebenaran terdahulu daripada ibu-bapa atau penjaga kanak-kanak tersebut.

Pautan

Laman web diurus oleh Kimberly-Clark mungkin mempunyai pautan ke laman web lain yang diurus oleh pihak ketiga. Kimberly-Clark tidak mempunyai kaitan atau jaminan terhadap amalan privasi mana-mana laman web pihak ketiga dan tidak akan bertanggung jawab ke atas polisi privasi laman web yang lain.

Akses, pembetulan, kemas kini atau menghadkan pemprosesan data peribadi anda

Jika terdapat pertukaran terhadap data perbadi anda (seperti alamat), atau anda tidak lagi mahu kami menyimpan data peribadi anda, kami akan berusaha untuk membetulkan, mengemas kini atau memadamkan rekod anda. Kami mungkin akan mengenakan caj sebagai ganti keapda kos pentadbiran yang mungkin ada dalam memberikan data peribadi ini kepada anda. Jika anda percaya bahawa kami mempunyai maklumat yang kurang tepat atau tidak lengkap mengenai anda, anda boleh meminta kami membetulkannya.

Anda juga boleh membuat permintaan untuk tidak menerima komunikasi pemasaran produk dan perkhidmatan yang anda terima daripada kami. Namun, dengan berbuat demikian, ia mungkin menjejaskan perkhidmatan Kimberly-Clark pilihan yang memerlukan anda menerima komunikasi tersebut untuk menikmati perkhidmatan.

Jika anda ingin mengakses data peribadi anda atau jika anda mempunyai soalan terhadap Polisi Privasi kami, atau cuma ingin membuat aduan tentang layanan terhadapat data perivasi anda, sila hubungi:

  • Consumer Voice (Toll Free): 1-800-82-1188 (Weekdays, 9am – 3pm)

  • email: [email protected]

Pertukaran terhadap Polisi Privasi ini

Kami akan menggunakan data peribadi anda yang telahg dikumput berdasarkan Polisi Privasi. Jika kami ingin menukar Polisi Privasi ini, kami akan memaklumkannya melalui laman web kami supaya anda yakin terhadap data yang dikumpul, cara dan keadaan kami menggunakannya. Polisi Privasi ini telah dikemas kini pada Sep 2017.

PERHATIAN: Jika terdapat sebarang kekeliruan dan/atau kenyataan-kenyataan yang tidak jelas di dalam dasar privasi dalam Bahasa Malaysia, sila rujuk kepada dasar privasi dalam versi Bahasa Inggeris untuk keterangan yang lebih jelas.