PENJAGAAN BAYI BERUMUR 9 BULAN

Lagi aktif Si Manja bergerak dan merangkak, lagi banyak aktiviti yang akan dipelajari dalam tempoh sebulan.Mengengsot ketika duduk, merangkak ala komando atau mengheret badan mereka ketika meniarap. Tidak kira apa cara sekali pun, pergerakan mereka pasti bertambah baik. Banyak yang boleh dipelajari oleh bayi berumur sembilan bulan. Sebutir habuk yang berterbangan di lantai pun boleh menjadi subjek yang menarik kepada bayi sembilan bulan untuk mereka terokai dan ambil tahu.

Ramai ibu bapa yang mengatakan perspektif mereka terhadap kehidupan berubah dengan kehadiran cahaya mata. Nikmat meneroka dan mengalami pengalaman baru dalam melaksanakan sesuatu perkara boleh membawa impak positif dan suasana ceria di dalam isi rumah.

Makan dan Tidur

Peringkat umur ini adalah mencabar. Bayi anda akan cuba untuk menyuap makanan sendiri dan pasti anda sukar untuk pastikan mereka makan dengan kemas. Tempoh ini penting untuk anda biarkan mereka mencuba sendiri cara suapan dan belajar kenal objek yang boleh dimakan. Jangan kongkong mereka ketika waktu makan, sebaliknya biarkan mereka belajar seawal yang boleh. Kenalkan makanan bersaiz kecil yang senang dipegang, dengan warna, tekstur dan rasa yang pelbagai agar mereka boleh pilih sendiri apa yang ingin dimakan dan berapa banyak. Anda masih perlu bantu dengan melecekkan makanan menggunakan sudu agar mudah dikunyah dan lagi bagus juga kalau mereka diajar cara untuk melecek makanan.

Waktu tidur adalah proses penting dalam tumbesaran Si Manja anda yang berumur sembilan bulan. Sesi tidur boleh berubah dari 3 kali kepada 2 kali sehari dan dalam proses ini, mereka boleh menjadi mudah merengek dan cepat penat. Perhatikan tanda-tanda bila mereka penat dan perlu tidur. Menggosok mata, merengek, meletakkan kepala di bahu anda dan cepat melenting ketika bermain adalah tanda-tanda klasik. Elakkan daripada mereka menjadi terlalu penat. Berjalan-jalan atau beriadah di luar untuk masa yang lama tidak digalakkan kerana Si Manja pasti tidak boleh kekal berjaga walaupun berada di luar. Peringkat umur ini hanyalah sementara, dan anda sekeluarga pasti dapat manfaat sekiranya kekal dengan rutin harian yang sama.

Tingkah Laku

Anda akan dengar suara Si Manja berubah menjadi lebih nyaring apabila umur semakin meningkat. Ada bayi yang mempunyai suara kuat, ada yang lebih pasif dan senyap. Perhatikan tindak balas bayi bila ada bunyi yang kuat, sama ada mata mereka bergerak ke arah bunyi dan boleh fokus terhadap sesuatu objek. Perhatikan juga cara pergerakan badan mereka. Ibu bapa kebiasaannya adalah orang pertama yang sedar akan sebarang perubahan atau masalah fizikal dan tumbesaran. Secara amnya, penilaian dan rawatan isu yang timbul boleh mengarah kepada perkembangan yang lebih sihat.

Kalau anda risau tentang apa-apa aspek berkenaan perkembangan bayi, sila dapatkan nasihat pakar. Bila terdapat sahaja perkara yang merisaukan anda, serius atau pun tidak, sila teruk dapatkan pertolongan yang sepatutnya untuk bayi anda.

Pencapaian Tumbesaran

Lihat Si Manja belajar untuk berdiri tanpa bantuan sesiapa sambil belajar untuk mengimbangkan badan. Sila perhatikan dengan teliti kerana pada peringkat ini kadangkala mereka boleh jadi panjang akal. Bila anda sedang duduk di kerusi, mereka akan memanjat kaki anda seperti menggunakan tangga, dan fikirkan apa reaksi anda. Adakah anda menggalakkan mereka atau risau mereka akan terjatuh?

Bayi sangat sensitif terhadap emosi ibu bapa, oleh itu sila cuba untuk menjadi positif dan membantu ketika mereka sedang belajar kemahiran baru. Memang normal untuk ibu bapa berasa risau bila ada potensi untuk Si Manja cedera ketika belajar berjalan, tetapi sila sebaik mungkin untuk berfikiran positif dalam setiap peringkat ini.

Mereka akan menjadi lebih cekap untuk duduk dengan sendiri di dalam peringkat ini, dan boleh duduk secara senang dari posisi meniarap. Ia bergantung pada seberapa lama mereka dibiarkan belajar sendiri untuk bergerak ketika meniarap dan merangkak.

Perkembangan

Kalau tiada satu pun gigi Si Manja yang sudah tumbuh, inilah masanya. Waktu pertumbuhan gigi berbeza mengikut individu dan anda disyorkan hanya untuk menunggu. Bawa Si Manja anda untuk buat pemeriksaan gigi untuk pengetahuan lebih lanjut.

Kanak-kanak memang akan membesar ketika mereka sedang tidur. Ini adalah masanya badan mereka mengeluarkan hormon tumbesaran dan menyimpan tenaga. Asalkan Si Manja anda tetap menambah berat badan secara normal, bertenaga dan masih mencecah pencapaian tumbesaran, tiada apa yang perlu dirisaukan.

Carta perkembangan adalah satu cara ideal untuk memastikan bayi melalui setiap peringkat perkembangan. Sila rujuk kepada pakar pediatrik dan bertanya dengan mereka sama ada Si Manja ada melalui proses perkembangan individu yang sepatutnya.

Penjagaan Rapi

Kalau anda menyusu menggunakan botol, anda boleh berhenti daripada mensterilkan botol dan kelengkapan penyusuan. Tetapi jangan lupa untuk mencuci sehabis baik menggunakan air yang bersih, panas, bersabun dan bilas dengan cermat.

Bermain dan Interaksi

Di peringkat ini, Si Manja berminat terhadap semua benda. Dari gumpalan kertas, hinggalah mainan berjenama yang anda beli. Mereka akan tertarik dengan objek yang ada tekstur, bunyi dan bentuk. Sila perhatikan Kalau ada objek berbahaya yang bertaburan di lantai. Anda boleh berinteraksi dan bermain dengan mereka sambil duduk membersihkan lantai daripada objek asing. Contohnya seperti bermain sorok-sorok objek supaya mereka boleh aktif mencari, dan fokus untuk berseronok. Lagi spontan, lagi seronok. Perhatikan reaksi mereka untuk bantu anda fikirkan aktiviti seterusnya. Ibu bapa yang peka dengan reaksi Si Manja boleh meningkatkan kebolehan komunikasi dengan empati. Ingat, Si Manja tidak boleh mengkritik dan bergantung pada interaksi anda.

Bagaimana Dengan Ibu?

Kalau berat anda masih sama seperti ketika hamil, bulan ini mungkin masanya untuk anda tingkatkan senaman harian. Tiada rahsia atau jalan pintas kurangkan berat badan selain daripada menggunakan lebih banyak tenaga berbanding tenaga yang ditambah oleh pemakanan. Kalau anda bukan di gim, boleh pergi berjalan, menunggang basikal atau pun berenang. Pelbagaikan aktiviti sambil ditemani kawan.

Motivasi yang berterusan adalah kunci, disamping hasil yang menjadi dengan kerja keras. Berikan ganjaran kepada diri sendiri dengan membeli baju baru atau hadiah yang mempunyai nilai penting.

Emosi Anda

Di dalam bulan ini juga, anda berkemungkinan untuk merenung kembali tempoh kehamilan dan buat perbandingan dengan tempoh membesarkan bayi selama sembilan bulan. Ambil masa selama yang mungkin untuk memikirkan tentang perubahan besar di dalam keluar, perubahan badan dan kehidupan yang anda alami sepanjang tempoh 18 bulan ini.

Kalau anda ada anak-anak lain, mesti mereka sudah biasa untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran ahli keluarga baru. Ahli terapi keluarga percaya dengan konsep susunan kelahiran dan impaknya terhadap tingkah laku individu. Walaupun kanak-kanak berkongsi ibu bapa dan genetik yang sama, tingkah laku dan identiti boleh berbeza-beza. Cuba untuk elakkan daripada membandingkan anak-anak anda dan terima setiap karakter unik mereka seadanya.

Keperluan Tidur Anda

Apabila mencecah umur 9 bulan, Si Manja anda selalunya sudah tidak perlu diberikan susu pada waktu tengah malam. Kalau masih perlu, fikirkan tentang reaksi anda ketika mereka berjaga. Perubahan biasanya bermula daripada tingkah laku ibu bapa.

Hubungan Anda

Kalau anda berasa keseorangan, boleh berhubung dengan kumpulan ibu-ibu. Waktu ini, Si Manja anda senang untuk dikendong atau dibawa ke mana-mana tanpa rasa penat. Komunikasi dengan ibu bapa lain amat penting bayi-bayi mempunyai kemahiran unik dalam membuat para ibu bapa berhubung dan mengeratkan silaturahim. Cuba untuk dedahkan mereka kepada kumpulan umur yang berlainan agar mereka dapat mengenali ragam orang yang berbeza. Rutin pendedahan harian adalah cara yang baik untuk mendidik Si Manja anda tentang kepelbagaian aspek di dunia ini.


ARTIKEL YANG BERMINAT

BayiI Bergerak 01/07/2020

Apa yang harus ada dalam setiap beg lampin bayi

Pastikan beg lampin anda lengkap untuk sebarang kecemasan dengan panduan mengemas kami.

BayiI Bergerak 22/06/2020

Merangsang perkembangan pertuturan bayi anda

Perkembangan penguasaan bahasa melibatkan proses semula jadi dan pembelajaran di mana setiap bayi mempunyai tahap kemampuan masing-masing.

Kehamilan 26/06/2020

Hamil 36 Minggu

Dapatkan info lanjut tentang kehamilan dalam minggu ini, seperti nasihat doktor dan kaedah untuk membuatkan anda rasa selesa.

ARTIKEL DENGAN TOPIK