WAKTU MAIN DAN MAKAN PENGARUHI RUTIN BAYI ANDA

How-play-and-feed-affect-your-babys-sleep

Makan, Main dan Tidur komponen penting dalam rutin yang bagus. 3 langkah ini perlu diasingkan supaya lebih berkesan.

  • Menyusu ketika dalam dukungan
  • Main di atas lantai
  • Tidur di dalam katil bayi

Pengenalan rutin Makan / Main / Tidur boleh membantu anda untuk memerhati dan mengenal pasti tanda-tanda kepenatan. Bila nampak tanda-tanda Si Manja sudah penat dan anda tahu mereka sudah diberikan makanan, tiba masanya untuk menidurkan mereka. Jangan tunggu sehingga Si Manja sudah lapar, penat atau merengek sebelum diberikan makan, kerana ini akan membuatkan mereka senang tidur ketika didukung dan menyukarkan untuk anda membaringkan mereka dengan mudah.

Ini tidak bermakna kasih sayang dan pelukan dikorbankan. Teknik ini boleh diterapkan dalam waktu main sebanyak yang mungkin. Tapi ingat, anda tetap memberikan makanan ketika Si Manja dalam dukungan, bezanya adalah tidak membiarkan mereka tertidur ketika masih didukung

Tertanya-tanya bagaimana mahu kenal pasti tanda-tanda penat?

Tangisan penat berbeza dengan tangisan lapar. Pernah tak anda perasan Si Manja bermain di atas lantai dengan gembira, dan selang seminit kemudian terus menguap, merengek, menggosok mata atau melengkungkan belakang badan secara tiba-tiba. In semua adalah tanda-tanda penat yang klasik.

Tanda-tanda lain termasuk:

  • tidak mahu makan
  • tidak mahu didukung
  • tidak mahu diletakkan

Bagi Si Manja yang lebih tua, mereka boleh menjadi nakal ketika sudah penat. Bila anda nampak tanda-tanda ini, tiba masanya untuk mula menidurkan mereka...


ARTIKEL YANG BERMINAT

3-tummy-time-workouts-your-baby-will-love
BayiI Bergerak 22/06/2020

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

Meniarapkan bayi anda dapat membantu mereka membina kekuatan pada otot kepala, leher, bahu dan belakang. Bayi anda memerlukan otot-otot ini untuk berguling, bangun duduk, merangkak dan meneroka dunia, jadi ia penting untuk menjadikan senaman perut sebagai rutin bayi anda.

Baby-Physical-Development-Ready-Set-Go-Your-Babys-on-the-Move
BayiI Bergerak 22/06/2020

Perkembagan Fizikal Bayi: Dari Berjalan ke Merangkak

Sebaik sahaja bayi anda mengambil langkah pertamanya merupakan detik yang anda nanti-nantikan sebaik sahaja anda membawa bayi anda pulang. Apa yang mungkin anda tidak tahu ialah bayi anda sedang berlatih berjalan sejak mereka lahir lagi.

Jadual Pemakanan Ibu Mengandung | Huggies Malaysia
Pregnancy 22/06/2020

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Walaupun, wanita hamil perlu selalu makan makanan yang menyihatkan, namun ada masanya mereka juga boleh menikmati makanan yang mereka gemari.

ARTIKEL DENGAN TOPIK