Semua kategori
Aktiviti dan bermain
Panduan penggunaan lampin
Keluar bersama bayi
Kesihatan dan pemakanan
Pembelajaran dan perkembangan

Perkembagan Fizikal Bayi: Dari Berjalan ke Merangkak

Baby-Physical-Development-Ready-Set-Go-Your-Babys-on-the-Move

Bersedialah apabila bayi anda mula merangkak dan berjalan

Sebaik sahaja bayi anda mengambil langkah pertamanya merupakan detik yang anda nanti-nantikan sebaik sahaja anda membawa bayi anda pulang. Apa yang mungkin anda tidak tahu ialah bayi anda sedang berlatih berjalan sejak mereka lahir lagi. Ketahui bagaimana pencapaian fizikal bayi anda ini membimbing mereka ke langkah pertama mereka dan bagaimana hendak bersedia apabila cahaya mata anda mula ke sana dan ke sini.

Membina otot dan kordinasi

Ia bermula dengan berguling dan apabila bayi anda boleh duduk dengan sendirinya, kordinasi dan kekuatan otot mereka mula berkembang untuk mula bergerak. Tidak lama selepas mereka boleh bangun duduk, bayi anda akan mula belajar untuk mengimbang pada tangan dan kaki mereka, dan akhirnya mencari jalan untuk bergerak, seperti mengesot, menggelosor di atas perut mereka dan berguling ke seberang bilik.

Ia benar-benar tidak penting bagaimana bayi anda memilih untuk bergerak, asalkan mereka menggunakan kedua-dua tangan dan kaki mereka dan belajar untuk menyelaraskan mereka.

Bantu bayi anda melatih otot yang betuk

Memberikan masa untuk bayi anda bertiarap sebelum mereka bersedia untuk merangkak dapat membantu menguatkan otot yang mereka perlu.

Anda juga boleh menggalakkan merangkak dengan meletakkan mainan atau objek lain yang bayi anda suka bermain sedikit jauh daripada capaian mereka. Ini akan memberi mereka motivasi untuk terus bergerak.

Cara seronok lain yang boleh membantu bayi anda berlatih merangkak adalah untuk membuat laluan berhalang dengan bantal, kusyen atau objek lembut lain.

Panduan berguna #1:  

Apabila bayi anda mula bergerak, mereka akan pergi ke ceruk-meruk rumah. Pastikan rumah anda dipasang pelindung bayi, dengan benda-benda yang berbahaya jauh daripada capaian anak anda.

Daripada merangkak ke berjalan

Pada 9 bulan, bayi anda sudah mula menarik diri mereka sendiri ke posisi berdiri. Bantu mereka dengan menyandarkannya kepada sofa dan pastikan perabot yang boleh mereka capai adalah kuat untuk menyokong mereka.

Bayi anda akan mengambil 2 hingga 3 bulan untuk menguasai berdiri, dan juga belajar bagaimana untuk membengkokkan lutut mereka daripada berdiri ke duduk. Ia lebih susah daripada apa yang anda jangkakan dan bayi anda mungkin memerlukan bantuan anda untuk melakukannya. Jika mereka menangis meminta anda datang, jangan angkat mereka dan terus letakkan merek. Tunjukkan bagaimana untuk membengkokkan lutut mereka supaya mereka boleh duduk tanpa tergolek dan biarkan mereka cuba sendiri.

Apabila mereka lebih stabil berdiri, bayi anda akan mula beronda-ronda – berjalan sambil memegang perabot atau anda. Daripada situ, bila-bila sahaja mereka akan mengambil langkah pertama mereka dengan sendirinya, selalunya pada hari lahir mereka yang pertama.

Panduan berguna #2:  

Apabila bayi anda mula meronda merupakan waktu yang terbaik untuk memperkenalkan mainan yang boleh ditolak supaya mereka dapat pegang dan jalan pada masa yang sama.

Lebih daripada langkah pertama bayi anda

Walaupun langkah pertama bayi anda merupakan pencapaian yang anda nanti-nantikan, bayi anda mempunyai banyak perkara yang perlu dipelajari sebelum mereka berjalan. Apabila keseimbangan mereka menjadi semakin baik, mereka boleh berdiri dengan sendiri, dan juga mencangkung dan bangun semula.

Pada 18 bulan, bayi akan tertarik kepada tangga. Perhatikan mereka kerana mereka tidak mempunyai masalah untuk naik tetapi mereka akan menghadapi kesukaran untuk turun tangga. Mereka juga akan mula memanjat perabot.

Apabila tahun kelahiran bayi anda yang kedua tiba, berjalan, berlari dan melompat sudah menjadi biasa buat mereka.

ARTIKEL YANG BERMINAT

Rangsang Perkembangan Bahasa Untuk Bayi Anda | Huggies Malaysia
BayiI Bergerak 22/06/2020

Merangsang perkembangan pertuturan bayi anda

Perkembangan penguasaan bahasa melibatkan proses semula jadi dan pembelajaran di mana setiap bayi mempunyai tahap kemampuan masing-masing.

Beg Bayi / Barangan Bayi Perlu Disertakan | Huggies Malaysia
BayiI Bergerak 01/07/2020

Apa yang harus ada dalam setiap beg lampin bayi

Pastikan beg lampin anda lengkap untuk sebarang kecemasan dengan panduan mengemas kami.

Cara Menangani Sifat Malu Di Kalangan Kanak-Kanak | Huggies Malaysia
Kanak-kanak 22/06/2020

Sifat Malu Di Kalangan Kanak-kanak

Kanak-kanak daripada pelbagai rupa dan usia mempunyai personaliti yang berbeza. Salah satu sifat kanak-kanak yang boleh menjadi cabaran kepada ibu bapa untuk menanganinya ialah sifat malu.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK