Semua kategori
Aktiviti dan bermain
Panduan penggunaan lampin
Keluar bersama bayi
Kesihatan dan pemakanan
Pembelajaran dan perkembangan

Pergi Bercuti Dengan Bayi Anda Tanpa Sebarang Masalah

Baby in car seat

Jika anda suka bercuti, jangan biarkan bayi anda menghalang anda! Malahan, bercuti dengan bayi anda boleh menjadi pengalaman yang seronok dan berharga. Ia merupakan peluang yang terbaik untuk mengukuhkan ikatan bersama bayi anda. Apa yang perlu anda buat adalah memastikan yang anda sudah cukup bersedia untuk perjalanan yang lancar dan menyeronokkan. Untuk bermula, kami telah menyusun senarai barang yang perlu anda bawa bersama anda. Siapa tahu si bayi yang kecil ini memerlukan barang yang banyak ketika bercuti.

  1. Lampin

  2. Lagi banyak lagi bagus. Pastikan anda mempunyai lampin yang mencukupi untuk kecemasan!

  3. Krim ruam lampin

  4. Untuk melegakan bayi anda daripada gatal-gatal kulit

  5. Tisu lembap

  6. Anda tidak akan mendapat akses tandas pada setiap masa, gunakan tisu lembap untuk memastikan bayi anda sentiasa bersih.

  7. Mainan bayi

  8. Pilih beberapa mainan kegemaran bayi anda untuk menghiburkan mereka.

  9. Baju Tambahan

  10. Lagi banyak, lagi bagus, Tetapi 2-3 pakaian sehari adalah mencukupi.

  11. Selimut

  12. Gunakan selimut untuk membaringkan bayi anda, meneduh bayi anda atau untuk mengelakkan bayi anda sejuk.

  13. Lapik dada

  14. Untuk memastikan baju bayi anda bersih ketika waktu makan.

  15. Beg plastik

  16. Sediakan beberapa dalam saiz berbeza untuk lampin dan baju kotor.

  17. Set makan plastik
  18. Ia sangat berguna apabila bayi anda bermula makan makanan pejal.

  19. Susu formula dan air

  20. Jika anda memberikan susu badan, susu formula merupakan satu kaedah alternatif apabila tiada waktu yang bersesuaian untuk memberikan susu badan. Tambahan pula, berikan bayi anda air supaya mereka kekal hidrat.

  21. Botol bayi tambahan

  22. Anda mungkin memerlukan botol tambahan untuk menyimpan susu atau air.

  23. Kit pertolongan cemas

  24. Berikut adalah barang-barang yang penting untuk merawat luka-luka kecil atau jika bayi anda tidak sihat:

    • Termometer

    • Ibuprofen bayi untuk melegakan demam dan kesakitan.

    • Pelindung serangga yang selamat untuk kanak-kanak

    • Kapas alkohol gosok

    • Minyak antibiotik untuk luka dan calar

    • Kain pembalut

    • Kain kasa

    • Gunting

    • Pita pelekat

     

  25. Penggendong bayi atau pendukung bayi hadapan.

  26. Cara bebas tangan untuk membawa bayi anda di kawasan sesak.

  27. Kereta tolak bayi yang boleh lipat
  28. Jika anda bercadang untuk banyak berjalan, gunakan kereta tolak bayi untuk bayi anda.

ARTIKEL YANG BERMINAT

Rangsang Perkembangan Bahasa Untuk Bayi Anda | Huggies Malaysia
BayiI Bergerak 22/06/2020

Merangsang perkembangan pertuturan bayi anda

Perkembangan penguasaan bahasa melibatkan proses semula jadi dan pembelajaran di mana setiap bayi mempunyai tahap kemampuan masing-masing.

Beg Bayi / Barangan Bayi Perlu Disertakan | Huggies Malaysia
BayiI Bergerak 01/07/2020

Apa yang harus ada dalam setiap beg lampin bayi

Pastikan beg lampin anda lengkap untuk sebarang kecemasan dengan panduan mengemas kami.

How-to-have-twins
Pregnancy 22/06/2020

Cara dapat bayi kembar

Semua orang mempunyai pendapat berbeza tentang bayi kembar. Ada yang berfikiran terbuka untuk membesarkan bayi kembar, dan ada juga yang merasakan sebaliknya.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK