Semua kategori
Aktiviti dan bermain
Panduan penggunaan lampin
Keluar bersama bayi
Kesihatan dan pemakanan
Pembelajaran dan perkembangan

PENJAGAAN BAYI BERUMUR 10 BULAN

Baby-Care-10-Month-Old-Baby

Si Manja akan menjadi lebih berdikari ketika mereka belajar mengawal pergerakan badan. Ini maknanya akan masa mereka mengalami cabaran seperti terjatuh atau terlanggar objek sepanjang mereka belajar bertatih. Memang mencabar untuk menjadi protektif sambil membiarkan mereka meneroka secara bebas. Pastikan kawasan mereka bermain adalah selamat dan mesra kanak-kanak. Untuk beberapa tahun yang seterusnya, anda perlu asingkan barang-barang berharga di tempat yang selamat dan pastikan objek berat tidak senang dicapai. Faktor keselamatan adalah penting dalam memastikan persekitaran permainan untuk Si Manja, tidak kira apa-apa perubahan pun yang anda lakukan pada susunan ruang dalaman rumah.

Makan dan Tidur

Pada umur sepuluh bulan, waktu tidur siang kebanyakan bayi berkurangan dari 3 kepada 2 kali sehari. Waktu tidur pagi biasanya pada pukul 9 - 10 pagi selepas bangun tidur dan bersarapan. Tanda-tanda kepenatan pada umur ini biasanya konsisten termasuk menguap, merengek, sering mahukan pelukan atau tertidur ketika bermain. Tapi bayi berumur 10 bulan biasanya mempunyai perwatakan aktif dan boleh memprotes bila mereka belum mahu tidur. Dalam situasi sebegini, ibu bapa perlu kekal tenang dan fokus sambil mempraktikkan rutin pra-enapan untuk waktu tidur siang dan malam.

Susu adalah komponen penting dalam diet harian bayi 10 tahun, tetapi makanan pejal juga sama penting. Cuba untuk tidak mengehadkan pemakanan mereka hanya kepada makanan yang sama sahaja. Tambahkan kreativiti ke dalam menu dan cuba untuk memasak sendiri resepi berlainan. Makanan yang dimasak sendiri secara amnya lebih sedap dan mempunyai tekstur pepejal berbanding makanan diproses. Dari umur 1 tahun dan ke atas, kebanyakan bayi akan menjadi lebih cerewet, tetapi kalau dari usia awal Si Manja anda telah didedahkan dengan pelbagai pilihan makanan, diet mereka tidak akan terbatas.

Tingkah Laku

Ini adalah umur bersosial, perhatikan reaksi mereka bila berada di kalangan bukan ahli keluarga. Mereka akan melihat mata dahulu, kemudian mulut dan telinga sebelum mengimbas keseluruhan muka dengan gerak-geri mata mereka sendiri. Banyak maklumat yang dikumpul menggunakan keseluruhan deria yang ada, bermakna banyak tenaga dan perlu diganti semula dengan beberapa sesi tidur siang. Perkembangan otak di peringkat ini sangat sensitif dan akan dibentuk oleh pengalaman yang mereka alami sendiri. Anda tidak boleh menukar personaliti atau perangai mereka, tetapi anda boleh membantu mereka untuk berasa selamat di dalam dunia yang baru ingin dikenali. Anda masih individu pertama yang mereka cari setiap mencelikkan mata, jadi ikutilah naluri keibubapaan dan berikan pelukan dan ketenangan bila Si Manja memerlukan. Tiada cara yang betul dan salah, hanya hubungan tulen di antara anak dan ibu bapa.

Jika Si Manja tidak gemar bermain dengan bayi lain, jangan risau. Pada umur ini memang ada sikap ego semula jadi, yang bermakna mereka tidak boleh memproses emosi bayi lain. Anda perlu perhati dengan teliti sekiranya ada kanak-kanak lain atau haiwan di sekeliling mereka kerana mereka masih terlalu muda untuk menggunakan reaksi yang selamat dan sepatutnya.

Pencapaian Tumbesaran

Si Manja pasti aktif merangkak di peringkat ini dan boleh bergerak dengan cara mereka yang unik. Terdapat pakar yang mengatakan merangkak berkait rapat dengan kemampuan belajar ketika umur meningkat, kerana pergerakan kaki dan tangan bertentangan membantu menghubungkan bahagian hemisfera kanan dan kiri otak. Walker tidak digalakkan di peringkat ini kerana boleh menghindar peluang untuk merangkak dan mengundang risiko cedera. Bersentuhan dan bergerak di atas permukaan lantai adalah tempat yang paling sesuai untuk Si Manja berumur 10 bulan. Bermakna anda perlu mengekalkan tahap kebersihan optimum untuk lagi beberapa bulan.

Dalam bulan ini juga Si Manja sudah mula boleh berdiri sendiri atau berjalan di keliling perabot. Mereka boleh duduk secara mudah dari posisi meniarap dengan memutarkan badan, dan memusingkan tangan dan kaki dengan penuh ketangkasan.

Beri perhatian dan dengar bila Si Manja mula bertutur dan sebut mama, dada dan papa. Memang satu lumrah dalam semua bahasa di dunia, nama panggilan ibu dan bapa dan juga bayi berbunyi lebih kurang sama. Ajar Si Manja untuk melambai dan sebut ta ta, main cak cak atau pun main kejar-kejar. Si Manja akan mula belajar untuk mengajak anda bermain dan melakukan aktiviti yang mereka rasa menyeronokkan. Walaupun lambat laun anda akan rasa bosan, pengulangan adalah konsep penting dalam membantu menguatkan memori mereka.

Perkembangan

Berat Si Manja akan meningkat sehingga 3 kali ganda berbanding berat semasa lahir, dan bila hampir 12 bulan, perkara ini adalah normal. Setiap bayi membesar pada kadar individu dan saiz dan perkembangan mereka dipengaruhi oleh faktor genetik. Tetapi persekitaran dan pemakanan juga memainkan peranan besar dalam tumbesaran. Kalau anda risau Si Manja tidak mengambil makanan yang secukupnya untuk membesar, sila dapat nasihat daripada doktor atau pakar pediatrik. Kadang kala, panduan dan nasihat nutrisi daripada pakar pediatrik diperlukan, lebih-lebih lagi apabila tumbesaran tidak berapa memberangsangkan.

Pada musim panas, anda akan kurang perasan perkembangan Si Manja melalui saiz baju mereka. Tapi anda boleh perhatikan tempat tidur, pram atau posisi mereka kereta didukung sebagai panduan peningkatan saiz mereka. Pasti ada hari di mana anda melihat Si Manja dan terus perasan yang mereka dah semakin besar. Cuba bezakan mereka dengan bayi yang baru saja lahir, pasti anda boleh nampak perbezaan yang ketara berbanding hari pertama Si Manja ditimang. Kadar perkembangan dalam tahun pertama dan ketika usia remaja adalah sangat pantas.

Penjagaan Rapi

Memang mustahil untuk memastikan Si Manja tidak comot sepanjang masa. Bila anda pergi ke taman permainan, Si Manja memang akan mudah untuk duduk atau merangkak di atas tanah. Elakkan daripada perkara sebegitu berlaku dengan menggunakan pram di mana saja anda pergi. Sentiasa berjaga-jaga dan serkap jarang dengan perangai Si Manja yang tidak akan duduk diam pada umur 10 bulan.

Berwaspada dengan produk pembersihan, racun serangga, baja dan produk am lain. Sisa produk boleh menjadi risiko terhadap kesihatan dan anda perlu mengambil langkah proaktif untuk memastikan penggunaan produk yang selamat dan disimpan rapi jauh dari dicapai oleh Si Manja.

Bermain dan Interaksi

Pada peringkat ini anda mungkin ingin mengatur semula susunan isi rumah demi zon selamat yang boleh diakses oleh Si Manja. Pagar di bahagian bawah pintu boleh menghindar mereka daripada bahaya. Kalau anda mempunyai anak yang lebih tua dan tidak suka diganggu, letakkan juga pagar di pintu mereka agar adik kecil tidak boleh masuk ke dalam bilik sesuka hati. Dalam tempoh Si Manja aktif bergerak, mereka pasti ingin bergerak ke arah semua ahli keluarga dan mustahil untuk memantau gerak-gerak mereka setiap saat. Tetapi ada banyak nilai yang boleh dipelajari apabila anak-anak yang berlainan umur berinteraksi sesama mereka. Adik-beradik selalunya akan belajar untuk beralah atau bergaduh manja dari umur yang muda baru menepati kemahuan masing-masing.

Perhatikan tingkah laku Si Manja kerana mereka mesti mahu berinteraksi dengan abang atau kakak mereka. Bayi sangat bijak dalam menarik perhatian orang lain kepada mereka dan dianggap sebagai “perangkap deria”. Bukan orang dewasa saja yang terpedaya!

Bagaimana Dengan Ibu?

Mencecah 10 bulan, akan ada corak struktur harian yang boleh membantu anda merancang. Kalau anda menghadapi cabaran dalam rutin harian, sila dapatkan pemeriksaan kesihatan lengkap daripada doktor. Kadangkala kita anggap ia hanya rasa penat, tetapi sebenarnya ada masalah kesihatan serius disebalik itu. Dapatkan bantuan penjagaan buat Si Manja sementara anda pergi dapatkan rawatan. Kalau anda rasakan memori tidak berapa kuat, tuliskan di atas kertas simptom-simptom yang dialami.

Bila anda tidak sihat, anda tidak boleh menjaga Si Manja dengan rapi, Di peringkat ini anda sepatutnya rasa lebih bertenaga tanpa mengalami kepenatan yang begitu ketara. Tahap tenaga anda boleh terganggu disebabkan oleh masalah seperti tiroid, sistem endokrin dan kekurangan nutrisi.

Emosi Anda

Kalau anda rasa runsing dan tidak selesa dalam melakukan kerja rumah, jangan risau. Kebanyakkan kaum wanita berkata mereka tetap melakukan majoriti kerja rumah dan penjagaan anak walaupun mereka telah mula bekerja. Sila berbincang dengan pasangan secara jujur dan telus dan dapatkan pertolongan dan kerjasama dalam mengatur keharmonian rumah tangga dan keluarga.

Keperluan Tidur Anda

Jangan terlalu tergesa-gesa untuk bangun dari tidur apabila Si Manja menangis di tengah malam. Kalau anda berpuas hati yang mereka telah disusukan, selamat dan selesa di tempat tidur dan tiada sebab lain untuk anda berasa risau, tunggu sebentar. Beri peluang untuk mereka bertenang dengan sendiri, kerana ramai bayi berumur 10 tahun melakukan perkara yang sama.

Jangan abaikan keperluan anda untuk berehat. Ambil masa untuk tukar cadar katil, lipat atau gantung semua baju dan atur semula susunan bilik tidur anda. Cari inspirasi untuk menghasilkan persekitaran rumah yang selesa - anak-anak bukan alasan untuk anda hilang motivasi. Walaupun bahagian rumah lain tidak kemas, sangat penting untuk ruang peribadi anda memberikan keselesaan optimum untuk berehat.


ARTIKEL YANG BERMINAT

3-tummy-time-workouts-your-baby-will-love
BayiI Bergerak 22/06/2020

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

Meniarapkan bayi anda dapat membantu mereka membina kekuatan pada otot kepala, leher, bahu dan belakang. Bayi anda memerlukan otot-otot ini untuk berguling, bangun duduk, merangkak dan meneroka dunia, jadi ia penting untuk menjadikan senaman perut sebagai rutin bayi anda.

Baby-Physical-Development-Ready-Set-Go-Your-Babys-on-the-Move
BayiI Bergerak 22/06/2020

Perkembagan Fizikal Bayi: Dari Berjalan ke Merangkak

Sebaik sahaja bayi anda mengambil langkah pertamanya merupakan detik yang anda nanti-nantikan sebaik sahaja anda membawa bayi anda pulang. Apa yang mungkin anda tidak tahu ialah bayi anda sedang berlatih berjalan sejak mereka lahir lagi.

Attention-Seeking
Kanak-kanak 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK