Semua kategori
Aktiviti dan bermain
Panduan penggunaan lampin
Keluar bersama bayi
Kesihatan dan pemakanan
Pembelajaran dan perkembangan

Merangsang perkembangan pertuturan bayi anda

Boosting-your-babys-language-development

Perkembangan penguasaan bahasa melibatkan proses semula jadi dan pembelajaran di mana setiap bayi mempunyai tahap kemampuan masing-masing.

Penguasaan bahasa oleh kanak-kanak melibatkan kedua-dua proses, iaitu semula jadi dan melalui pembelajaran yang berlaku apabila mereka berinteraksi dengan manusia dan benda-benda lain dalam persekitaran mereka. Proses yang berlaku secara beransur-ansur ini dikuasai pada tahap yang berbeza bagi setiap kanak-kanak.

Cara anda berinteraksi dengan anak anda bakal menentukan bagaimana dia mengembangkan kemahiran berbahasa. Menurut pakar, 5 tahun pertama dalam kehidupan anak anda merupakan tempoh paling penting kerana sepanjang jangka masa inilah asas perkembangan penguasaan bahasa terbentuk.

Bahasa terbahagi kepada dua aspek utama:

  • Bahasa penerimaan: Kemampuan untuk mendengar dan memahami bahasa

  • Bahasa pengungkapan: Kemampuan untuk bercakap dan menyampaikan mesej.

Anak anda perlu mengembangkan kedua-dua aspek tersebut dengan baik untuk menjadi penutur yang fasih.

Peringkat Pembinaan Penguasaan Bahasa

Kelahiran

Bayi menyedari wujudnya bunyi-bunyian di sekitar mereka. Mereka akan menangis jika keadaan terlalu bising kerana mereka masih belum biasa dengan kebanyakan bunyi yang mereka dengari. Untuk menyatakan perasaan mereka, mereka juga akan mengeluarkan bunyi – itulah caranya bayi berkomunikasi.

0-3 Bulan

Bayi akan mula bertindak balas terhadap suara-suara yang biasa didengarinya dan mula mendengar dengan teliti sebarang bunyi yang tidak biasa mereka dengari. Bagi menyatakan keriangan apabila melihat ibu bapa mereka atau sesiapa sahaja yang biasa mereka lihat, mereka lazimnya akan senyum atau mengeluarkan bunyi ‘goo-goo’. Kita juga mungkin boleh membezakan jenis-jenis tangisan ketika usia mereka sebegini. Walaupun anda mungkin beranggapan bahawa bayi kecil anda tidak mampu menyatakan apa-apa, namun adalah penting untuk berkomunikasi dengan mereka bagi membantu mereka membina kemahiran berbahasa.

4-6 Bulan

Mereka mula menunjukkan tindak balas kepada perkataan “jangan” dan kelihatan amat takjub dengan bunyi-bunyi lain seperti muzik, bunyi yang dikeluarkan oleh peralatan elektrik dan bunyi-bunyi haiwan. Pada masa ini, bayi sepatutnya telah mampu membuka kerongkong mereka dan membuat bunyi membobok. Mereka juga berkemungkinan besar mampu membunyikan beberapa konsonan seperti m, b dan p.

7-12 Bulan

Pada usia ini, bayi mungkin telah biasa dengan nama mereka sendiri dan mungkin akan menoleh kepada sesiapa yang memanggil mereka. Mereka mungkin akan mula memberi respons kepada soalan dan permintaan. Mereka juga mungkin telah biasa dengan nama-nama objek barangan di rumah dan mungkin mampu menunjuk kepada barangan tersebut apabila diminta.

Lazimnya, inilah tempoh di mana bayi akan mula menuturkan perkataan pertama kerana mereka kini telah mampu menggabungkan bunyi-bunyi vokal dan konsonan.

Walau bagaimanapun, ibu bapa perlu ingat bahawa setiap anak kecil adalah unik dan perkembangan yang dicapai adalah mengikut tahap kepantasannya sendiri. Cuba jangan bandingkan anak anda dengan kanak-kanak lain kerana ini hanya akan mengakibatkan stres yang tidak wajar dan tekanan yang tidak diperlukan ke atas anak anda.

Mungkin ada di kalangan anda yang berasa cemas setelah membaca tentang tahap-tahap penguasaan bahasa yang berbeza. Tahap pencapaian yang dinyatakan di atas hanyalah contoh umum dan tidak sepatutnya ditakrif secara terlalu sempit.

Anda perlu ingat, sesetengah kanak-kanak mungkin akan berada di satu peringkat lebih lama berbanding kanak-kanak lain, dan sebahagian lagi mungkin akan melalui setiap peringkat dengan cepat.

 

Berikut adalah beberapa cadangan yang boleh mempercepatkan perkembangan penguasaan bahasa bayi anda:

Pelbagai perkara boleh anda lakukan untuk menggalakkan perkembangan penguasaan bahasa bayi anda

1. Gabungkan pembelajaran bahasa dalam aktiviti harian bayi anda

Sebagai ibu bapa, membantu perkembangan bayi anda dalam penguasaan bahasa pasti merupakan sesuatu yang mengujakan, namun mencabar. Peranan anda sangat penting kerana andalah orang yang sentiasa berada di sisinya. Anda tidak perlu menanti ‘detik-detik istimewa’ untuk mula membantu bayi anda menguasai bahasa. Setiap saat anda bersama dengannya adalah ‘peluang untuk mengajar‘.

Apabila bayi anda mengeluarkan bunyi, katakan sesuatu sebagai balasan. Ini akan membantu bayi anda memahami bahawa bunyi yang keluar dari mulutnya boleh menarik perhatian ibu atau bapa.

Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak yang menerima tindak balas apabila mereka mengeluarkan bunyi semasa bayi mempunyai kemahiran kognitif yang lebih baik apabila usia mereka meningkat berbanding bayi yang tidak diberi perhatian.

Namun begitu, pakar-pakar turut mengatakan bahawa ibu bapa tidak perlu memberi tindak balas kepada setiap bunyi yang dikeluarkan oleh bayi apabila usia mereka semakin meningkat. Ibu bapa hanya perlu memberi tindak balas kepada bunyi yang boleh difahami.

Ini akan membantu si manja menentukan bunyi-bunyi yang membawa kesan - menjadikan mereka berusaha dengan lebih gigih untuk mengulangi bunyi-bunyi tersebut.

2. Berinteraksi dengan anak anda sekerap mungkin

Nikmatilah interaksi dengan bayi anda. Menurut beberapa kajian, bayi yang terdedah kepada televisyen, belajar kurang 6 perkataan berbanding bayi yang tidak menonton TV. Ibu bapa dinasihati agar tidak sekali-kali membenarkan bayi mereka menonton televisyen.

Semasa melakukan sesuatu dengan bayi anda, bercakaplah seolah-olah anda sedang bercakap dengan orang dewasa dan terangkan apa yang sedang anda lakukan dengan terperinci. Anda juga boleh membacakan buku cerita atau puisi berima. Cuba jadikan berkomunikasi sebagai sesuatu yang benar-benar menyeronokkan untuk bayi anda.

Berinteraksi dengan bayi anda sebanyak mungkin

3. Bercakap dengan bayi anda dengan cara yang mereka sukai

 

Anda mungkin beranggapan bahawa bercakap seperti bayi membuatkan anda kelihatan bodoh, namun pakar-pakar mengatakan bahawa cara bercakap sebegini sebenarnya membantu bayi menjadi lebih sensitif terhadap bunyi setiap huruf. Ini menjadikan organ pendengaran mereka lebih peka. Oleh itu, gunakan nada suara seakan menyanyi apabila bercakap dengan bayi anda.

Bayi juga perlu melihat bibir anda ketika anda bercakap dengan mereka. Sebelum mereka mampu memahami sebarang perkataan yang anda tuturkan, mereka perlu belajar cara mensegmen terlebih dahulu. Ini bermakna mereka perlu melihat pergerakan bibir anda ketika satu perkataan berakhir dan satu lagi bermula.

4. Bantu bayi anda mempelajari nama-nama benda

Melabelkan objek adalah satu amalan penting yang boleh digunakan oleh ibu bapa untuk membantu perkembangan penguasaan bahasa anak-anak mereka. Ibu bapa boleh menunjuk kepada sesuatu objek sambil berkata, “Ini adalah ________.“

Walau bagaimanapun, ini hendaklah dilakukan secara lazim di mana ibu bapa perlu mengikut petunjuk yang diberikan oleh bayi mereka. Pastikan masa yang bersesuaian supaya bayi anda boleh mengaitkan label yang betul dengan sesuatu objek.

Semasa menyesuaikan label objek tersebut, anda boleh membuat pergerakan yang berlebih-lebihan untuk menarik perhatian bayi anda. Amalan ini bukan hanya mencakupi pengalaman deria pendengaran semata-mata, tetapi juga deria penghilatan bayi anda.

5. Benarkan bayi anda berinteraksi dengan orang lain

Anda pasti berasa cenderung untuk membolot masa bayi untuk diri anda sendiri, namun pakar-pakar mendedahkan bahawa bayi akan mempelajari perkataan dengan mudah jika dituturkan oleh orang yang berlainan.

Para pengkaji mendapati bahawa bayi akan mengalami kesukaran belajar perkataan baharu jika hanya seorang individu yang menyebutnya. Walaupun individu berkenaan terus mengulangi perkataan tersebut, ia masih tidak dapat ditangkap oleh bayi. Bayi lebih mudah mempelajari perkataan baharu jika ia diucapkan oleh ramai individu.

Perkembangan penguasaan bahasa di peringkat bayi merupakan suatu penerokaan yang menyeronokkan dan mendidik bagi semua kanak-kanak. Jika anda seorang ibu atau bapa yang menyaksikan bayi anda membesar dari sehari ke sehari dan menikmati setiap proses tersebut, kami berharap artikel ini bermanfaat dalam membantu bayi anda berkomunikasi.

Rujukan: Stages of Language Development; Bowen, C. (1998); Ages and Stages: Developmental milestones for receptive and expressive language development; Retrieved from http://www.speech-language-therapy.com/devel2.htm on 4-12-09.

Adakah anda tahu bahawa rata-rata bayi akan memerlukan 1057 perubahan lampin dalam 6 bulan pertama? Dapatkan promosi eksklusif dan sampel lampin percuma dengan menyertai Huggies Club sekarang!

 

Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah untuk tujuan perkongsian informasi sahaja dan bukan sebagai gantian kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan oleh pakar. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan untuk sebarang persoalan berkenaan keadaan perubatan. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan, tidak mengendahkan nasihat perubatan atau berhenti mengambil rawatan perubatan disebabkan oleh maklumat di dalam laman ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Kimberly-Clark tiada liabiliti atau bertanggungjawab untuk tuntutan, kesilapan atau pengabaian di dalam laman ini, dan boleh meminda material pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. 

ARTIKEL YANG BERMINAT

3-tummy-time-workouts-your-baby-will-love
BayiI Bergerak 22/06/2020

3 senaman perut yang bayi anda pasti suka

Meniarapkan bayi anda dapat membantu mereka membina kekuatan pada otot kepala, leher, bahu dan belakang. Bayi anda memerlukan otot-otot ini untuk berguling, bangun duduk, merangkak dan meneroka dunia, jadi ia penting untuk menjadikan senaman perut sebagai rutin bayi anda.

Baby-Physical-Development-Ready-Set-Go-Your-Babys-on-the-Move
BayiI Bergerak 22/06/2020

Perkembagan Fizikal Bayi: Dari Berjalan ke Merangkak

Sebaik sahaja bayi anda mengambil langkah pertamanya merupakan detik yang anda nanti-nantikan sebaik sahaja anda membawa bayi anda pulang. Apa yang mungkin anda tidak tahu ialah bayi anda sedang berlatih berjalan sejak mereka lahir lagi.

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK