Tips untuk penyusuan yang berjaya

Bagaimana anda boleh menyusu dengan betul dari awal.


Berikan bayi anda susu sebaik sahaja dilahirkan

Bayi anda dilahirkan dengan naluri untuk menyusu yang kuat pada jam pertama setelah dilahirkan. Jika anda berdua mampu, ambil kesempatan ini supaya anda dapat menyusukan bayi anda dengan mudah.

Dapatkan bantuan untuk posisi duduk yang sesuai

Penyusuan memerlukan banyak latihan jadi jangan teragak-agak untuk meminta bantuan jururawat atau pakar laktasi apabila anda berada di hospital. Walaupun pada mulanya ketegangan adalah normal, tetapi anda tidak sepatutnya berasa sakit dan selalunya, memperbetulkan kedudukan anda membuat perbezaan yang sangat besar.

Peluk bayi anda dengan erat

Sentuhan kulit-ke-kulit menenangkan bayi anda dan membantu anda melihat tanda-tanda yang bayi anda sudah lapar dan mahu disusukan, jadi peluklah bayi anda dengan erat.

Kerap menyusu merupakan normal pada awalnya

Semakin banyak anda menyusu, semakin banyak susu yang anda akan hasilkan, jadi tawarkan susu badan apabila bayi anda kelihatan lapar atau menangis. Ini mungkin akan berlaku setiap 2 jam atau lebih pada awalnya. Jangan cuba untuk melaksanakan jadual penyusuan pada masa ini. Rutin yang sesuai akhirnya akan terbentuk untuk anda berdua.

Tawarkan kedua-dua payudara anda pada setiap penyusuan

Jika bayi anda memilih untuk menyusu daripada payudara sebelah, mulakan penyusuan anda yang seterusnya dengan payudara satu lagi.

Jangan berikan bayi anda botol atau puting

Ketika bayi anda masih membiasakan diri dengan penyusuan, jangan kelirukan mereka dengan botol atau puting. Anda boleh memperkenalkan benda-benda tersebut apabila anda sudah biasa dengan penyusuan badan.

Rawati kesakitan

Jika anda mengalami kesakitan selepas beberapa tempoh penyusuan tanpa kesakitan, anda mungkin mengalami jangkitan pada puting anda. Bertemu dengan doktor anda supaya anda dan bayi anda boleh mendapatkan rawatan yang diperlukan.

Lupakan masa

Sesetengah bayi menyusu dengan cepat dan selesai menyusu dalam masa 10-15 minit. Bayi lain boleh mengambil masa sehingga 40 minit. Biarkan bayi anda tentukan rentak mereka sendiri asalkan anda berdua selesa. Biarkan bayi anda menyusu selama yang dia mahu sebelum bertukar kepada payudara sebelah. Apabila anda berbuat demikian, anda akan tahu sama ada bayi anda dapat susu akhir berkalori tinggi yang mencukupi dan anda dapat membekalkan susu yang mencukupi. Jika anda menyusu secara tetap lebih dari satu jam, tidak berjaya membuatkan bayi anda gembira dan bayi anda tidak lena, ada sesuatu yang tidak kena. Periksa kedudukan anda untuk memastikan bayi anda dapat menyusu dengan puas.

Periksa pad payudara anda dengan kerap

Pad payudara yang lembap boleh menyebabkan bakteria tumbuh dengan cepat dan boleh membawa kepada jangkitan.

Hentikan hisapan sebelum mengangkat bayi anda

Bayi anda akan berhenti melekap apabila mereka sudah habis dan anda tidak sepatutnya mengangkat bayi anda. Tetapi jika anda perlu menghentikan penyusuan, perlahan-lahan selitkan jari anda ke penjuru mulutnya untuk menyekat kedap hisapan sebelum mengangkat bayi anda.

Lembapkan dengan susu ibu

Pada pengakhiran penyusuan, perahkan sedikit susu dan gosokkan pada puting anda untuk mengelakkannya daripada kering dan merekah. Jika boleh, dedahkan puting untuk biarkan ia kering.

Ingat, penyusuan susu ibu adalah sesuatu yang anda dan bayi anda harus pelajari dan ia boleh mengambil masa yang lama untuk berasa normal dan semula jadi. Apa-apa yang berlaku pada beberapa hari dan minggu pertama akan berubah apabila masa berlalu.

Adakah anda tahu bahawa rata-rata bayi akan memerlukan 1057 perubahan lampin dalam 6 bulan pertama? Dapatkan promosi eksklusif dan sampel lampin percuma dengan menyertai Huggies Club sekarang!

 

Maklumat yang terkandung di dalam laman ini hanyalah untuk tujuan perkongsian informasi sahaja dan bukan sebagai gantian kepada nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan oleh pakar. Sentiasa dapatkan nasihat daripada doktor atau pembekal penjagaan kesihatan berkelayakan untuk sebarang persoalan berkenaan keadaan perubatan. Jangan berlengah untuk dapatkan nasihat perubatan, tidak mengendahkan nasihat perubatan atau berhenti mengambil rawatan perubatan disebabkan oleh maklumat di dalam laman ini. Setakat yang dibenarkan oleh undang-undang, Kimberly-Clark tiada liabiliti atau bertanggungjawab untuk tuntutan, kesilapan atau pengabaian di dalam laman ini, dan boleh meminda material pada bila-bila masa tanpa sebarang notis. 

ARTIKEL YANG BERMINAT

The-Basics-of-Carrying-Your-Newborn
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Cara Asas Mendukung Bayi Anda

Ketika hamil, rahim anda memberikan persekitaran yang selamat dan selesa buat permata hati anda.

5-Easy-Ways-to-Prevent-Diaper-Rash
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

5 cara mudah untuk mengelakkan ruam lampin

Jika anda pernah mengalami ruam, anda tahu betapa tidak selesanya keadaan ini. Jadi cuba anda bayangkan betapa teruknya untuk bayi anda dengan kulit mereka yang sensitif.

Baby-Care-11-Month-Old-Baby
BayiI Bergerak 22/06/2020

PENJAGAAN BAYI BERUMUR 11 BULAN

11 bulan? Semakin sukar untuk memantau setiap pergerakan Si Manja. Mereka anda aktif meneroka isi rumah dan juga ahli keluarga di sekeliling mereka.

ARTIKEL DENGAN TOPIK