Semua kategori
Penjagaan kulit bayi
Penyusuan Susu Ibu
Berpantang
Panduan penggunaan lampin
Ambil tahu - bayi baru lahir
Penjagaan selepas kehamilan
Waktu tidur
Vaksinasi

MENGAPA SAYA PERLU MENGIMUNKAN ANAK?

Why-I-should-immunize-my-child

Konsep imunisasi untuk kanak-kanak adalah bertujuan untuk mengurangkan penyebaran wabak penyakit. Ia terbukti berguna dalam penghindaran beberapa jenis penyakit sejak dilaksanakan. Penyakit seperti demam campak dan polio telah berjaya dibasmi.

Terdapat penyakit yang boleh membawa kepada kecacatan kekal dan juga kematian, walaupun jumlahnya ada kurang.

Pihak kerajaan Malaysia mempunyai jadual vaksinasi yang dicadangkan untuk diikut oleh ibu bapa. Jadual tersebut adalah untuk anak yang baru lahir hingga berumur 15 tahun, dan ia direka bentuk untuk melindungi anak-anak anda daripada penyakit berbahaya yang pernah menyebabkan kecacatan dan kematian.

Jadual vaksinasi ini melindungi anak anda daripada:

  • Tuberkulosis (TB) yang boleh menyebabkan paru-paru rosak, meningitis TB dan penyakit tulang.
  • Hepatitis B yang merupakan penyakit berjangkit, boleh menular kepada jaundis atau kanser hati.
  • Difteria yang menyebab halangan pada saluran pernafasan, membawa kepada kerosakan jantung dan otak.
  • Batuk kokol yang boleh menyebabkan jangkitan paru-paru dan otak.
  • Tetanus, atau kancing gigi, boleh menyebabkan kekejangan otot yang membawa kepada kematian.
  • Polio yang diketahui menyebabkan kelumpuhan, terutamanya di bahagian kaki.
  • Demam campak yang boleh dirumitkan oleh radang paru-paru (pneumonia), ensefalitis dan otitis media (jangkitan telinga tengah).
  • Rubela yang boleh dijangkiti oleh ibu mengandung sehingga berjangkit pada bayi dikandung, menyebabkan sindrom rubela kongenital.
  • Influenza Haemophilis jenis b iaitu sejenis bakteris yang menyebabkan radang paru-paru teruk, meningitis dan penyakit berjangkit lain terutamanya di kalangan kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.

Vaksinasi yang dicadangkan termasuk BCG, Hepatitis B, DTaP, Polio, MMR dan Hib, dan boleh diambil di antara satu hingga lima dos. Setiap dos adalah selamat dan perlu dilakukan oleh pakar perubatan.

Memberikan vaksin kepada anak sendiri bermakna anda juga membantu melindungi kanak-kanak lain yang tidak mampu mendapatkan vaksinasi disebabkan oleh alasan perubatan tertentu. Imuniti ini berfungsi sebagai perlindungan komuniti daripada merebaknya penyakit berjangkit yang merbahaya.

Kalau kita peka dan sedar tentang kepentingan imunisasi, sebagai satu komuniti, kita boleh sama-sama melindungi dan membasmi penyebaran penyakit berjangkit demi anak-anak sendiri, anak jiran tetangga dan juga generasi akan datang.


ARTIKEL YANG BERMINAT

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

Tempoh Berpantang Cara Orang Asia | Huggies Malaysia
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Pantang, Cara Orang Asia

Waktu berpantang bagi ibu baru termasuklah amalan tradisional selepas bersalin yang direka untuk membantu si ibu sembuh daripada kehamilan dan kelahiran.

Rangsang Perkembangan Bahasa Untuk Bayi Anda | Huggies Malaysia
BayiI Bergerak 22/06/2020

Merangsang perkembangan pertuturan bayi anda

Perkembangan penguasaan bahasa melibatkan proses semula jadi dan pembelajaran di mana setiap bayi mempunyai tahap kemampuan masing-masing.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK