Hamil 19 minggu

Hamil 19 Minggu | Huggies Malaysia

Kehamilan Di Minggu Ke-19 | Huggies Malaysia

Anda sudah hampir separuh jalan dalam tempoh kehamilan dan banyak perubahan yang sudah dilalui. Sekarang hanya tinggal lagi beberapa minggu dan tak lama lagi anda bakal mendukung cahaya mata dalam dakapan.

  Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 19 Minggu | Huggies Malaysia

Sistem peredaran darah anda bekerja dua kali ganda dari normal untuk mengepam darah ke seluruh badan dan melalui tali pusat kepada bayi. Ini boleh buatkan anda rasa kurang stamina dan cepat mengah. Sebab itulah anda perlukan diet yang kaya dengan zat besi dan vitamin C.

Terus pergi ke tandas setiap kali rasa ingin buang air kecil dan jangan tahan-tahan. Pastikan juga anda sentiasa lap dari bahagian depan ke belakang. Langkah berjaga-jaga ini membantu daripada terkena jangkitan saluran kencing.

Anda akan berpeluh dengan lebih banyak kerana suhu dalaman yang meningkat, terutamanya pada waktu ini. Dinasihatkan untuk pakai pakaian yang longgar dan selesa untuk badan anda.

Hormon kehamilan memberi kesan kepada serat otot lembut di dalam perut dan usus. Anda akan rasa pedih dan panas selepas makan; lebih-lebih lagi bila anda makan makanan pedas atau makanan yang susah untuk dihadam. Susu sejuk boleh bantu mengurangkan rasa pedih atau dapatkan nasihat doktor sama ada selamat untuk ambil antasid.

Perubahan bayi dalam minggu ini

  • Satu bahan yang dipanggil lemak perang mula dibentuk
  • Sebahagian badan bayi akan diselaputi bahan berminyak yang dipanggil verniks kaseosa
  • Buah pinggang bayi akan mula berfungsi dan menghasilkan air kencing
  • Bulu mula tumbuh di badan

Masih terlalu awal untuk lemak terbentuk pada badan bayi, kecuali lemak perang. Bahan ini melindungi organ-organ penting daripada pertukaran suhu yang terlampau sepanjang peringkat ini.

Dalam kes lahir tak cukup bulan, bayi akan dilahirkan dengan verniks masih di atas badan. Tetapi ia akan berkurangan bila lahir cukup bulan.

Buah pinggang atau ginjal bayi boleh dilihat dengan jelas dalam minggu ini. Air kencing juga sudah mula dihasilkan dengan jumlah cecair amnion yang tinggi.

Jangan risau kalau bayi anda lahir dengan rambut lebat atau pun botak, kerana rambut yang tumbuh untuk setiap bayi adalah berbeza.

Bayi yang lahir pada peringkat pramatang boleh dilihat mempunyai bulu halus di bahagian belakang badan dan lengan.

Ketika di dalam perut ibu, bayi tidur sepanjang masa tetapi badan tetap berkembang sambil menyimpan tenaga untuk mencapai kematangan.

Tips Untuk Mengandung 19 Minggu | Huggies Malaysia

Aspek fizikal setiap individu yang hamil yang berbeza. Bagi ibu yang menampung berat lebih banyak di bahagian midrif, akan nampak seperti tak hamil. Sama juga dengan otot abdomen yang tegang, boleh menyorokkan rahim yang membesar.

Luahkan perasaan atau kerisauan dan jangan disimpan-simpan. Lebih-lebih lagi kalau anda mudah murung, ini adalah peringkat di mana emosi anda senang terganggu. Pastikan anda mendapat nasihat daripada doktor.

Makan sayur-sayuran berdaun, bijiran, daging merah dan buah-buahan segar dalam kuantiti yang cukup supaya keperluan zat besi dan vitamin sentiasa dipenuhi.

Tahukah Anda - Kehamilan 19 Minggu | Huggies Malaysia

Saiz dan bentuk perut anda adalah berpunca daripada bentuk asal, jumlah dan pengagihan lemak, kekuatan otot abdomen, bilangan kehamilan terdahulu, posisi dan kedudukan bayi, dan lain-lain.

ARTIKEL YANG BERMINAT

Jadual Pemakanan Ibu Mengandung | Huggies Malaysia
Kehamilan 22/06/2020

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Walaupun, wanita hamil perlu selalu makan makanan yang menyihatkan, namun ada masanya mereka juga boleh menikmati makanan yang mereka gemari.

Pregnancy-Diet
Kehamilan 22/06/2020

Pemakanan Semasa Mengandung

Walaupun anda tidak begitu memikirkan tentang pemakanan anda sebelum ini, namun apabila anda mengandung serba sedikit pasti akan ada perubahan berlaku.

Attention-Seeking
Toddler 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

ARTIKEL DENGAN TOPIK