Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 20 minggu

Hamil 20 Minggu | Huggies Malaysia

Kehamilan Di Minggu Ke-20 | Huggies Malaysia

Tahniah! Anda sudah mencecah separuh jalan dalam kehamilan, kerana purata tempoh gestasi adalah 40 minggu. Tetapi tetap normal kalau anda bersalin dua minggu awal atau dua minggu lewat daripada tempoh yang disebut tadi.

Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 20 Minggu | Huggies Malaysia

Bila saiz perut semakin membesar, pusat graviti badan juga akan berubah dan memberi kesan pada cara anda berjalan.

Sekarang rahim anda semakin hampir dengan pusat. Ukuran pinggang yang semakin tak kelihatan membuatkan lebar badan anda nampak seperti seakan simetri, dari bahagian bawah lengan hingga ke pinggang. Perubahan ini boleh jadi lebih awal kalau anda pernah bersalin sebelum ini.

Vena varikos atau buasir yang boleh terjadi berpunca daripada darah yang mengalir dengan lancar. Kelancaran darah ini pula berpunca daripada hormon kehamilan yang membuatkan saluran darah tak tegang.

Pakai topi dan guna krim pelindung matahari supaya Kloasma tak menjadi semakin gelap.

Elakkan daripada berdiri terlalu lama atau bangun tergesa-gesa dari posisi duduk atau tidur sebab boleh membuatkan anda pening atau pitam.

Kalau anda tiba-tiba ada habit suka pegang perut seperti mahu menyokong berat perut, itu adalah sangat normal.

Perubahan bayi minggu ini

  • Bahagian luar telinga mula terbentuk.
  • Panjang bayi dalam 16.5 sentimeter.
  • Bayi kekal hangat di dalam cecair amnion, yang bersuhu sedikit tinggi daripada suhu badan anda.
  • Pergerakan bayi meningkat dalam minggu, tanpa menyebabkan anda rasa kurang selesa

Bunyi dari luar sudah mula tembus ke dalam perut melalui dinding abdomen dan sekarang dengan bahagian luar telinga mula terbentuk, gelombang bunyi boleh sampai ke telinga dalaman bayi. Perkara ini membuatkan Si Manja anda mudah mengenali suara ibu bapanya selepas dilahirkan.

Tips Untuk Mengandung 20 Minggu | Huggies Malaysia

Amalkan postur badan yang elok dengan badan sentiasa tegak supaya ada banyak ruang untuk bayi dalam perut dan elakkan membongkok. Kalau anda bekerja di dalam pejabat, pastikan guna kerusi yang selesa.

Jangan angkat barang yang berat sebab boleh menyebabkan sakit belakang. Rajinkan diri untuk pergi berurut, mandi dengan air suam atau guna koyok untuk kurangkan sakit belakang. Tetapi kalau rasa sakit tak berkurangan, sila berjumpa dengan ahli fisioterapi.

Elakkan juga daripada menahan rasa ingin membuang air. Setiap kali anda ingin melepas hajat, terus ke tandas dan jangan tunggu-tunggu, kerana konstipasi mendatangkan komplikasi yang tak diingini.

Ramai kaum wanita yang fikir terlalu banyak tentang proses bersalin sehingga timbul rasa bimbang keterlaluan. Sila dapatkan nasihat dan panduan daripada doktor bila anda rasa runsing.

Jangan terlalu fikirkan tentang tarikh anda dijangka bersalin. Tenang-tenang sahaja kerana ia hanya anggaran dan boleh berlaku seminggu awal atau seminggu lambat.

Tahukah Anda - Kehamilan 20 Minggu | Huggies Malaysia

Saiz yang meningkat boleh disebabkan oleh berat ekstra yang perlu anda pikul, sekaligus kaki bekerja lebih keras dan lengkungan tapak kaki menjadi rata.

ARTIKEL YANG BERMINAT

40WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 40 Minggu

Dari kontraksi Braxton Hicks hingga otot pelvis yang diregang, ambil tahu tentang tanda-tanda bersalin yang boleh anda jangka.

39WeeksPregnantWhatToExpectjpg
Kehamilan 26/06/2020

Hamil 39 Minggu

Kami tahu aktiviti apa yang sesuai untuk anda sekarang, seperti temu janji waxing dan berenang di kolam renang.

7-Tips-on-How-to-Take-Care-of-Baby's-Sensitive-Skin
Bayi Baru Lahir 22/06/2020

Menjaga Dengan Penuh Berhati-hati: Menjaga Kulit Sensitif Bayi Anda

Tiada apa yang lebih anda suka daripada memeluk bayi anda yang mempunyai kulit yang sangat lembut. Jadi ia merupakan perkara baik yang kulit bayi anda sangat sensitif kepada sentuhan anda yang menenangkan, mengasuh dan penting untuk perkembangan mereka.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK