Hamil 21 minggu

Hamil 21 Minggu | Huggies Malaysia

Kehamilan Di Minggu Ke-21 | Huggies Malaysia

Kualiti tidur anda akan terganggu dalam minggu ini. Saiz perut yang semakin besar boleh buatkan anda tak selesa ketika baring atau pergerakan bayi yang mengejutkan anda. Ada yang berkata ini sebagai persiapan untuk fasa bersengkang mata bila bayi sudah dilahirkan.

Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 21 Minggu | Huggies Malaysia

Perkara normal dalam trimester kedua adalah kulit lengan dan kaki akan nampak berbelak, berpunca daripada tahap estrogen dalam badan yang tinggi. Kulit akan pulih seperti biasa selepas bersalin.

Anda juga pasti peka tentang perubahan saiz payudara, dan terpaksa membeli saiz bra yang lebih beberapa kali. Waktu ini saiz puting semakin besar dan areola menjadi semakin gelap. Tetapi dalam minggu ini, saiz payudara akan menjadi stabil.

Berat yang bertambah adalah normal. Ini adalah kesan utama yang berpunca daripada kehamilan.

Jangan risau kalau anda mula mengidam mahu makan kapur atau arang atau benda-benda pelik yang lain. Jenis mengidam ini adalah dipanggil ‘pica’. Penjelasan logik kenapa anda mengidam makanan sebegitu adalah mungkin kerana ianya unsur surih yang badan anda perlukan. Oleh itu, elakkan daripada makan kapur contohnya, dan cari makanan lain yang teksturnya seakan kapur di kalangan makanan yang selamat untuk anda makan.

Pusat adalah satu lagi bahagian badan yang akan berubah secara kekal selepas bersalin. Dalam minggu ke-21, pusat akan nampak rata tetapi akan timbul keluar bila bayi semakin membesar dalam perut.

Perubahan bayi dalam minggu ini

  • Berat dianggarkan sebanyak 310 gram dan saiz seperti sebiji pisang.
  • Otak dan otot berfungsi selaras.
  • Bayi akan berterusan menelan cecair amnion, menghadam dan membuang sebagai air kencing di dalam cecair amnion
  • Bahan buangan akan mula dihasilkan dan dikeluarkan sebagai air besar yang pertama, dipanggil mekonium.
  • Kumtum gigi kecil terbentuk di dalam gusi, sebelum tumbuh menjadi gigi kekal

Walaupun saiz bayi masih kecil, ia bukan saiz terakhir kerana akan terus berkembang setiap hari.

Perhatikan pergerakan bayi yang kurang mengejut, lebih disengajakan dan kuat. Sebabnya adalah mereka mula memberi reaksi. Contohnya bila anda baring dalam postur yang tak disukai oleh bayi, mereka akan bergerak sehingga anda tukarkan posisi yang lebih selesa.

Kalau air yang anda minum mengandungi kandungan fluorida yang tinggi, ia boleh bantu pembentukan gigi bayi.

Tips Untuk Mengandung 21 Minggu | Huggies Malaysia

Gunakan sokongan ortotik dalam kasut anda untuk kurangkan rasa sakit. Elakkan juga dari guna kasut tumit rendah, gel heel cup atau kasut bersaiz besar. Rujuk dengan pakar podiatrist kalau anda rasa ragu-ragu.

Guna sarung tangan kalau anda perlu bersihkan tahi kucing peliharaan kerana ada jangkitan parasit dipanggil toksoplasmosis. Tetapi lebih elok untuk dapatkan pertolongan orang bila membersihkan pasir kumbahan kucing.

Jangan makan daging mentah, buah-buahan dan sayur-sayuran tak dibasuh atau minum susu yang tak dipastur kerana boleh menjadi buat jangkitan toksoplasmosis.

Badan anda akan terasa panas dan berpeluh pada setiap masa. Hidupkan saja penghawa dingin untuk rasa lebih selesa.

Tahap kesabaran anda juga akan teruji bila berhadapan dengan orang lain kerana perubahan angin akan menjadi tak menentu.

Rancang cuti bersalin atau penjadualan tempat asuhan bayi anda dengan awal supaya tak terjadi sebarang kesulitan. Anda juga akan rasa lebih tenang sepanjang kehamilan bila urusan sudah teratur rapi.

Tahukah Anda - Kehamilan 21 Minggu | Huggies Malaysia

bayi baru lahir dengan berat kurang dari 2.5kg dianggap berat badan lahir rendah dan perlukan penjagaan istimewa.

ARTIKEL YANG BERMINAT

Jadual Pemakanan Ibu Mengandung | Huggies Malaysia
Kehamilan 22/06/2020

Rancangan Pemakanan Semasa Hamil

Walaupun, wanita hamil perlu selalu makan makanan yang menyihatkan, namun ada masanya mereka juga boleh menikmati makanan yang mereka gemari.

Pregnancy-Diet
Kehamilan 22/06/2020

Pemakanan Semasa Mengandung

Walaupun anda tidak begitu memikirkan tentang pemakanan anda sebelum ini, namun apabila anda mengandung serba sedikit pasti akan ada perubahan berlaku.

Attention-Seeking
Toddler 22/06/2020

Kelakuan Si Manja - Inginkan Perhatian

Manusia adalah makhluk sosial. Kita dilahirkan dengan keinginan untuk hidup dan berinteraksi dengan orang lain – kita beri perhatian kepada orang lain dan mahukan perhatian daripada mereka yang berada di sekeliling kita.

ARTIKEL DENGAN TOPIK