Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 25 minggu

Hamil 25 Minggu | Huggies Malaysia

Kehamilan Di Minggu Ke-25 | Huggies Malaysia

Tiba waktu di mana perut anda semakin membulat tetapi tetap jelita dengan kehamilan. Bagi yang pertama kali menjadi ibu, pasti anda rasa gembira dan gementar dalam pada masa yang sama. Tapi tak mengapa, semuanya adalah normal dan baik-baik saja.

Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 25 Minggu | Huggies Malaysia

Gusi anda mudah untuk kena gingivitis dan senang berdarah. Pastikan berus gigi dua kali sehari dan flos setiap malam. Terus berjumpa dengan doktor kalau rasa gusi tidak selesa.

Rasa mengidam untuk makan biskut, kek atau snek-snek lain memang kuat tapi tak membuatkan perut anda kenyang untuk masa yang lama. Sebab itulah anda kena makan roti bijirin penuh, mufin, buah, minuman bersusu dan bijiran berkualiti tinggi. Elakkan makanan tidak berkhasiat.

Perubahan bayi dalam minggu ini

  • Lubang hidung terbuka sepenuhnya
  • Surfaktan terhasil, bahan yang meliputi alveoli di dalam paru-paru supaya kekal terbuka dan bayi boleh bernafas dengan sendiri ketika dilahirkan
  • Bayi akan berada di dalam kedudukan songsang di dalam rahim
  • Anda boleh dengan denyutan jantung bayi ketika kunjungan antenatal minggu ini

Kedudukan songsang bermaksud kedudukan bayi dalam rahim yang punggungnya di bahagian bawah dan kepala di bawah tulang rusuk. Atau bayi juga boleh berada dalam kedudukan melintang; senget atau serong; di dalam rahim. Tetapi masih banyak ruang dalam uterus untuk bayi bergerak dan mengambil semula posisi normal.

 

Secara purata, denyutan jantung bayi adalah dua kali ganda berbanding denyutan jantung ibu.

 

Tips Untuk Mengandung 25 Minggu | Huggies Malaysia

Elakkan keju lembut, coleslaw, pate, susu tak dipastur, hirisan daging sejuk, sushi dan daging mentah kerana mengandungi listeria.

Kalau anda tidur dengan lasak, pasti susah untuk tidur hanya dalam satu posisi. Cuba rehatkan badan sebelum tidur dengan mandi atau minum teh buah.

ARTIKEL YANG BERMINAT

How-to-have-twins
Kehamilan 22/06/2020

Cara dapat bayi kembar

Semua orang mempunyai pendapat berbeza tentang bayi kembar. Ada yang berfikiran terbuka untuk membesarkan bayi kembar, dan ada juga yang merasakan sebaliknya.

Gatal Celah Kelangkang Ketika Hamil | Huggies Malaysia
Kehamilan 22/06/2020

Kegatalan Kulit Semasa Mengandung

Salah satu kesan sampingan kehamilan ialah kegatalan kulit. Pasti anda hairan mengapa masalah sekecil ini perlu disertakan di sini dan anda mungkin

Cara Menangani Sifat Malu Di Kalangan Kanak-Kanak | Huggies Malaysia
Kanak-kanak 22/06/2020

Sifat Malu Di Kalangan Kanak-kanak

Kanak-kanak daripada pelbagai rupa dan usia mempunyai personaliti yang berbeza. Salah satu sifat kanak-kanak yang boleh menjadi cabaran kepada ibu bapa untuk menanganinya ialah sifat malu.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK