Semua kategori
Diet kehamilan
Bersiap sedia untuk bersalin
Penjagaan diri ketika kehamilan
Mencuba untuk hamil?
Jangkaan ketika kehamilan
Trimester ke-2
Trimester ke-3

Hamil 27 minggu

27WeeksPregnantWhatToExpectjpg

Kehamilan Di Minggu Ke-27 | Huggies Malaysia

Pada peringkat ini, rahim anda perlu berkembang disebabkan saiz bayi yang semakin membesar dengan pantas. Tidak lama lagi, Si Manja akan keluar untuk bertemu dengan anda.

Perubahan Fizikal Ibu Mengandung 27 Minggu | Huggies Malaysia

Aktiviti normal seperti bercakap di telefon, naik tangga, berjalan dengan laju pun boleh membuatkan anda rasa mengah. Elakkan membongkokkan dan amalkan postur badan yang elok supaya paru-paru anda mempunyai ruang yang cukup untuk berkembang.

Rasa gatal di bahagian perut adalah kerana serat kolagen pada bahagian tengah kulit yang meregang. Gunakan krim pelembab selepas mandi dan jangan mandi dengan air yang terlalu panas kerana kulit boleh menjadi kering.

 

Retensi air boleh menyebabkan carpal tunnel pada pergelangan tangan membengkak dan memberi tekanan pada saraf. Lakukan fisioterapi atau guna penganduh pergelangan tangan untuk mengurangkan risiko masalah ini.

 

 

Ada banyak punca sekiranya anda tidak boleh tidur malam. Fikiran yang kusut bila anda berfikir tentang terlalu banyak perkara sebelum tidur adalah salah satu sebab. Bila berjaga hingga larut malam pula boleh buatkan anda kerap rasa mahu buang air kecil. Paling penting sekali adalah anda perlu ada jadual tidur yang tetap dan elak daripada tidur siang supaya badan boleh fokus untuk rehat pada waktu malam.

 

Perubahan bayi dalam minggu ini

  • Bayi kurang mengerekot dan panjang boleh diukur dari kepala ke kaki
  • Panjang berukuran 38 sentimeter pada minggu ini dan lemak terus terbentuk di bawah kulit dan sekeliling organ penting
  • Retina mata bayi semakin matang dan melalui perubahan, sambil mata dibuka dan ditutup yang berlaku sejak minggu lepas
  • Bayi mula menghisap ibu hari secara aktif dan mengikut kemahuan sendiri tanpa paksaan oleh apa-apa faktor
  • Bayi masih menghirup cecair amnion ke dalam paru-paru semasa bernafas dengan oksigen dibekalkan oleh plasenta

Tips Untuk Mengandung 27 Minggu | Huggies Malaysia

Setiap negeri mempunyai garis panduan berkenaan pengurusan dan simpanan darah tali pusat, jadi kami sarankan untuk anda dapatkan info lanjut secara awal.

Tahukah Anda - Kehamilan 27 Minggu | Huggies Malaysia

Kalau berat anda tak bertambah ketika hamil, anda dan kandungan mungkin mengalami masalah. Dalam pada masa yang sama, perubahan pada diet juga boleh menyebabkan berat badan tak bertambah tetapi pengambilan nutrien masih mencukupi.

ARTIKEL YANG BERMINAT

How-to-have-twins
Kehamilan 22/06/2020

Cara dapat bayi kembar

Semua orang mempunyai pendapat berbeza tentang bayi kembar. Ada yang berfikiran terbuka untuk membesarkan bayi kembar, dan ada juga yang merasakan sebaliknya.

Gatal Celah Kelangkang Ketika Hamil | Huggies Malaysia
Kehamilan 22/06/2020

Kegatalan Kulit Semasa Mengandung

Salah satu kesan sampingan kehamilan ialah kegatalan kulit. Pasti anda hairan mengapa masalah sekecil ini perlu disertakan di sini dan anda mungkin

Rangsang Perkembangan Bahasa Untuk Bayi Anda | Huggies Malaysia
Moving Baby 22/06/2020

Merangsang perkembangan pertuturan bayi anda

Perkembangan penguasaan bahasa melibatkan proses semula jadi dan pembelajaran di mana setiap bayi mempunyai tahap kemampuan masing-masing.

Huggies club

ARTIKEL DENGAN TOPIK